Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Eh, Betul Ke Orang Dewasa Pun Boleh Kena Chicken Pox? Kenal Pasti Simptomnya!
Bercakap tentang cacar air atau chickenpox, mungkin ramai yang menyangka bahawa ia adalah penyakit khusus untuk kanak-kanak. Sebenarnya, virus varicella-zoster yang menjadi punca cacar air boleh menjangkiti semua peringkat umur daripada bayi sehingga warga emas. Jom kenali simptom chicken pox pada orang dewasa!
Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.
Satu jangkitan memberikan perlindungan seumur hidup
Orang dewasa lebih jarang ditemui menghidap cacar air kerana kebiasaanya mereka pernah mengalaminya sewaktu kecil atau telah menerima vaksin.
Sistem imun akan menghasilkan antibodi selepas menerima jangkitan atau vaksin dan akan memberikan perlindungan seumur hidup.
Bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti sewaktu kecil atau tidak mengambil vaksin, mereka masih berisiko untuk dijangkiti.
Selain itu, risiko mungkin lebih tinggi jika:
Hidup bersama kanak-kanak bawah 12 tahun yang tidak divaksin.
Kebiasaannya, simptom akan surut selepas 5 hingga 10 hari. Namun, simptom chicken pox pada orang dewasa mungkin akan lebih teruk. Mereka yang paling berisiko mendapat komplikasi termasuk:
Ibu mengandung yang tidak pernah dijangkiti.
Mengambil ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun seperti kemoterapi.
Chicken pox (cacar air) pada orang dewasa biasanya sembuh dalam 7 hingga 10 hari. Lepuh akan mula kering dan berkuping dalam masa 4 hingga 7 hari selepas muncul.
Pesakit dianggap tidak berjangkit apabila semua lepuh telah kering sepenuhnya. Pemulihan penuh mungkin ambil masa 2 minggu, bergantung kepada tahap imun badan dan rawatan.
Dalam sesetengah kes, keletihan atau gatal-gatal boleh berlarutan beberapa hari selepas kulit pulih.
Simptom chicken pox pada orang dewasa: Adakah chicken pox gatal?
Ya, chicken pox (cacar air) memang sangat gatal, terutama ketika:
Lepuh mula muncul pada kulit.
Lepuh mula kering dan berkuping, biasanya selepas beberapa hari.
Gatal boleh menjadi lebih teruk pada waktu malam atau ketika badan berpeluh.
Vaksin varicella untuk orang dewasa
Seperti bayi dan kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mendapatkan vaksin varicella untuk mencegah daripada dijangkiti virus tersebut.
Dengan 2 dos vaksin, anda boleh mendapatkan perlindungan daripada cacar air sehingga 90 peratus. Ia adalah langkah pencegahan paling efektif dari sudut keberkesanan dan kos.
Jika masih dijangkiti virus varicella-zoster, anda boleh mendapatkan rawatan di klinik.
Doktor mungkin akan memberikan beberapa ubat-ubatan seperti antiviral, acetaminophen dan losen calamine untuk mengawal simptom yang ada.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Chickenpox. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/symptoms-causes/syc-20351282. Accessed June 21, 2022.
Chickenpox. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/chickenpox. Accessed June 21, 2022.
Chickenpox. https://dermnetnz.org/topics/chickenpox/. Accessed June 21, 2022.
Chickenpox. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4017-chickenpox. Accessed June 21, 2022.
Varicella (Chickenpox): Q&A Questions and Answers. https://www.immunize.org/catg.d/p4202.pdf. Accessed June 21, 2022.
Why Vaccinate Adults Against Chickenpox? https://www.nfid.org/infectious-diseases/why-vaccinate-adults-against-chickenpox/. Accessed June 21, 2022.
Versi Terbaru
28/07/2025
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim