Tekanan Darah Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019
Share now

Definisi

Apa itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi adalah penyakit biasa di mana darah mengalir melalui saluran darah (arteri) pada tekanan yang lebih tinggi daripada normal. Bacaan tekanan darah anda didapati secara berterusan 140/90, atau lebih tinggi, selama beberapa minggu.

Apakah kebarangkalian Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Tekanan Darah Tinggi?

Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi biasanya tidak mengalami simptom dan berasa sihat. Kebanyakan orang mengetahui tentang keadaan ini apabila mereka menjalani pemeriksaan rutin dengan doktor. Walau bagaimanapun, simptom bagi tekanan darah tinggi yang sangat teruk termasuklah sakit kepala yang teruk dan / atau kabur penglihatan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan ini.

Punca

Apakah punca Tekanan Darah Tinggi?

Penyebab sebenar tekanan darah tinggi masih belum difahami sepenuhnya. Walau bagaimanapun, beberapa perkara berikut menunjukkan perkaitan dengan keadaan ini:

  • Penuaan;
  • Tabiat minum lebih daripada 2 minuman beralkohol sehari untuk lelaki atau lebih daripada 1 minuman beralkohol sehari untuk wanita;
  • Makan banyak natrium (garam);
  • Berat badan berlebihan atau obes;
  • Banyak menghadapi tekanan;
  • Diet yang rendah kalium, magnesium, dan kalsium.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tekanan Darah Tinggi?

Terdapat banyak faktor risiko untuk tekanan darah tinggi, seperti:

  • Sejarah keluarga terhadap tekanan darah tinggi;
  • Kurang senaman atau aktiviti fizikal;
  • Bangsa/kaum: Afrika-Amerika lebih cenderung mendapat tekanan darah tinggi;
  • Apnea tidur dan gangguan pernafasan semasa tidur;
  • Penggunaan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang panjang seperti NSAID; contohnya naproxen (seperti Aleve) atau ibuprofen (seperti Motrin / Advil) atau perencat COX-2, seperti celecoxib (Celebrex).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Tekanan Darah Tinggi didiagnosis?

Anda akan diminta untuk mengukur tekanan darah anda. Bacaan tekanan darah diukur dengan manset tekanan darah atau secara perubatan dikenali sebagai sphygmomanometer. Manset yang mampu mengembung akan dibalut di lengan atas, dan dikembungkan sehingga ke tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan darah sistolik anda yang diketahui. Kemudian semasa manset dikecutkan semula, bunyi pertama yang terhasil pada stetoskop menunjukkan tekanan darah sistolik. Apabila bunyi tersebut mula hilang sepenuhnya, tekanan semasa yang dibaca adalah tekanan darah diastolik. Jika bacaan anda tinggi, lawatan susulan diperlukan untuk mengesahkan keadaan anda.

Perlu diingati bahawa sesetengah pesakit mungkin mengalami tekanan darah tinggi hanya apabila mereka berada di bilik doktor. Ini dikenali sebagai hipertensi kot putih. Doktor anda mungkin memerlukan anda untuk mengukur tekanan darah anda di rumah untuk menghapuskan kemungkinan ini.

Bagaimana pesakit Tekanan Darah Tinggi dirawat?

Bergantung kepada keadaan badan anda, doktor anda akan mengesyorkan pelbagai pelan rawatan, yang termasuk ubatan, perubahan gaya hidup dan kegiatan alternatif yang lain:

  • Ubat: Pilihan ubat boleh meliputi ubat diuretik, perencat ACE (ACEi), penyekat reseptor Angiotensin II (ARB), penyekat beta (beta blocker), penyekat saluran kalsium (CCB), perencat renin langsung. Ubat-ubatan lain untuk tekanan darah tinggi, termasuklah penyekat alfa (alpha blocker) dan vasodilator. Doktor anda biasanya akan memilih dos ubat yang rendah terlebih dahulu. Sekiranya tidak berkesan, peningkatan dos atau rawatan kombinasi boleh digunakan.
  • Perubahan gaya hidup: ini boleh termasuk diet yang sihat dan jadual bersenam.
  • Kegiatan alternatif: akupunktur, kaedah biomaklum balas, pernafasan berpandukan alat, meditasi, pengurusan tekanan dan kerehatan, serta senaman yoga.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tekanan Darah Tinggi?

Di samping itu, gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut pula mungkin membantu anda dalam mengatasi tekanan darah tinggi:

  • Diet yang sihat: memilih diet sihat yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayuran, produk rendah lemak dan daging tanpa lemak. Hadkan natrium, lemak, dan pengambilan minyak anda.
  • Tabiat minum yang bijak: elakkan alkohol dan kafein.
  • Bersenam secara kerap: cuba melakukan aktiviti fizikal intensif setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Kekal positif dan gembira.
  • Pemeriksaan yang kerap: pemantauan kendiri terhadap tekanan darah anda di rumah dan menghadiri pemeriksaan biasa anda di hospital. Pemeriksaan menyeluruh badan dapat membantu anda mengenal pasti faktor risiko dengan lebih awal dan tepat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Description of High Blood Pressure. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hbp. Accessed September 21, 2016.

    What is high blood pressure? http://www.bloodpressureuk.org/BloodPressureandyou/Thebasics/Whatishigh. Accessed September 21, 2016.

    High Blood Pressure. http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/tc/high-blood-pressure-hypertension-overview#1. Accessed September 21, 2016.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Tanda Anda Menghidap Hipertensi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

    Jika anda tertanya-tanya bagaimana individu boleh menghidap masalah darah tinggi, baca artikel ini untuk tahu tentang tanda darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Punca Tekanan Darah Tinggi

    Darah tinggi berlaku disebabkan pelbagai faktor dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia. Tetapi apakah punca darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Ketahui Simptom Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan sering dialami kebanyakan individu di Malaysia. Adakah cara membantu mengenal pasti simptom darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda yang anda perlu tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid