Senaman yoga mata, adalah pergerakan yang dikatakan mampu menguatkan otot pada struktur mata.
Senaman yoga mata, adalah pergerakan yang dikatakan mampu menguatkan otot pada struktur mata.
Menurut dakwaan, mereka yang mengamalkan yoga mata berupaya meningkatkan penglihatan, mengurangkan simptom glaukoma mahupun masalah ketegangan mata.
Namun, sejauh mana kebenarannya? Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, mari fahami dahulu manfaat senaman mata ini.
Teruskan pembacaan anda!
Jika diikutkan, tidak ada bukti menunjukkan yoga mata atau senaman mata lain dapat merawat masalah rabun jauh, yang turut dikenali sebagai myopia.
Menurut kajian 2012, pengamalan teknik yoga mata untuk golongan astigmatism dan refraction errors menunjukkan sama ada peningkatan objektif yang sedikit atau tidak sama sekali.
Penulis kajian ini percaya, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kesan yoga mata sepenuhnya sebagai rawatan pelengkap buat penglihatan.
Senaman mata ini dikatakan berfungsi untuk mencegah dan melegakan simptom ketegangan mata.
Dalam kajian melibatkan 60 pelajar kejururawatan, dengan mengamalkan senaman yoga mata selama 8 minggu membuatkan mata merasa kurang tegang dan penat.
Ini kerana, ketegangan mata berkait dengan tekanan, justeru senaman yoga mata boleh berfungsi dengan 2 cara:
Ada pihak yang mendakwa bahawa senaman ini dapat membantu dalam menurunkan tekanan intraokular (IOP) di dalam mata.
Jika benar, ia boleh melambatkan perkembangan glaukoma, suatu masalah yang mengikis saraf optik mata.
Dalam International Journal of Yoga, bukti dikumpulkan bagi mewujudkan kes yang mengetengahkan yoga mata sebagai fungsi menurunkan IOP.
Pun begitu, setakat ini, masih belum ada ujian klinikal yang dilakukan untuk membuktikan teori tersebut.
Walaupun banyak dakwaan manfaat senaman mata ini berlegaran, namun masih banyak sains diperlukan bagi menyokong tuntutan tersebut.
Senaman mata sebenarnya membantu seseorang meningkatkan tindak balas otak terhadap cara penaksiran sesuatu.
Mungkin, ia tidak mempengaruhi kualiti penglihatan tapi membuatkan kalian lebih fokus terhadap apa yang diperhatikan.
Itulah sebabnya, dalam 1 kajian, tidak ada peningkatan penglihatan yang dapat diukur secara objektif tetapi peserta mendakwa mereka melihat dengan lebih jelas.
Dengan kata lain, senaman mata membantu mereka mengenal pasti objek yang dilihat dengan lebih cepat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen