backup og meta

Punca-punca Anemia Pernisius

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Punca-punca Anemia Pernisius

    Anemia pernisus merupakan gangguan autoimun yang mana badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana badan tidak dapat menyerap vitamin B12 dengan cukup. Kekurangan vitamin B12 adalah salah satu punca utama kepada keadaan ini.

    Jenis anemia ini dipanggil “pernisius” kerana ia dianggap keadaan yang membawa maut jika tidak dirawat segera. Pada masa sekarang, penyakit ini mudah untuk dirawat dengan mengambil vitamin B12 atau menggunakan makanan tambahan B12.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini, sekiranya tidak terus dirawat, boleh mengakibatkan komplikasi serius, seperti:

    • Kecederaan otak
    • Saraf rosak
    • Masalah jantung
    • Anemia kronik
    • Kanser perut

    Punca-punca

    Anemia merupakan keadaan yang mana sel darah merah rendah daripada paras normal. Bagi kes anemia pernisius, badan perlu diberi vitamin B12 dan protein yang dipanggil Faktor Intrinsik (IF) yang boleh menghasilkan sel darah merah. Vitamin B12 boleh dijumpai di dalam:

    • Daging
    • Burung
    • Kerang-kerangan
    • Telur
    • Produk tenusu
    • Soya, kacang dan susu beras

    IF adalah protein yang dihasilkan oleh sel di dalam perut. Selepas vitamin B12 dimakan, ia akan bergerak ke bawah perut dan akan bercantum kepada IF. Vitamin B12 dan IF kemudian akan diserap pada penghujung usus kecil.

    Bagi kebanyakan kes anemia pernisius, sistem imun badan diserang dan memusnahkan sel yang menghasilkan IF di dalam perut. Jika sel ini telah musnah, badan tidak akan boleh menghasilkan IF dan oleh itu, tidak dapat menyerap vitamin B12.

    Vitamin B12 yang tidak mencukupi membuatkan badan menghasilkan sel darah merah yang besar secara luar biasa (sel darah merah gergasi). Oleh sebab saiz, sel darah merah yang abnormal ini tidak dapat keluar daripada tulang sumsum – tempat di mana sel darah merah dihasilkan dan di bawa ke dalam aliran darah. Akibat daripada perkara ini, paras oksigen berkurang di dalam sel darah merah dan di dalam aliran darah, menyebabkan letih dan lemah. Anemia pernisius juga dikenali sebagai anemia jenis sel darah merah gergasi (anemia megaloblastik).

    Walau bagaimanapun, anemia pernisius bukan hanya punca untuk anemia megaloblastik. Punca-punca lain bagi anemia ensefalofenik ini termasuk:

    • Penggunaan beberapa ubat dan antibiotik dalam jangka masa yang lama, seperti methotrexate dan azathioprine
    • Penyakit sekatan pulmonari kronik
    • Alkoholisme yang kronik
    • Kurang folat (vitamin B9) akibat kurang pemakanan atau gangguan yang menganggu serapan folat

    Punca-punca kekurangan vitamin B12, seperti malnutrisi, sering disalah faham sebagai anemia pernisius. Anemia pernisius hanya berpunca daripada gangguan autoimun akibat kekurangan IF dalaman. Anemia pernisius juga boleh berlaku pada kanak-kanak yang lahir dengan abnormaliti gen yang menganggu kebolehan badan untuk menghasilkan IF.

    Bagaimanakah untuk mengelakkan Anemia Pernisius

    Doktor akan memantau anda bagi tempoh masa yang lama. Pemantauan akan berfokus kepada mengesan abnormaliti (sekiranya ada) bagi anemia pernisius. Komplikasi yang paling serius untuk anemia jenis ini adalah kanser perut. Doktor boleh mengesan kanser dengan kerap melakukan pemeriksaan dan biopsi.

    Beritahu doktor anda jika anda fikir anda mempunyai simptom-simptom anemia pernisius. Diagnosis awal dan rawatan yang tepat pada masanya merupakan perkara yang paling penting bagi mencegah sebarang komplikasi pada masa akan datang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan