Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster adalah kondisi di mana kekejangan otot perut secara luar biasa menghalang kebolehannya untuk mencerna makanan. Apabila anda menghidapi penyakit ini, perut anda akan mengecut dan menghancurkan atau membawa makanan ke dalam usus seperti biasa. Makanan boleh terbentuk menjadi blok pepejal, mengakibatkan mual, muntah dan tersekat dalam perut.
Golongan wanita muda dan pertengahan umur sering mengalami gastroparesis dan gangguan motiliti gaster idiopatik. Hal ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom gastroparesis dan gangguan motiliti gaster ialah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa doktor anda.
Anda patut menghubungi doktor anda jika mengalami simptom dalam jangka masa yang panjang dan tidak reda. Setiap tubuh bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca gastroparesis dan gangguan motiliti gaster masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, saintis mengatakan bahawa gastroparesis and gangguan motiliti gaster disebabkan oleh kecederaan pada saraf perut. Saraf ini boleh jadi rosak kerana anda ada kencing manis atau pernah menjalani pembedahan perut.
Selain itu, penyalahgunaan ubat tidur, perencat kalsium, ubat kimoterapi serta endokrin atau penyakit imun, juga antara penyebab gastroparesis dan gangguan motiliti gaster.
Terdapat banyak faktor risiko gastroparesis dan gangguan motiliti gaster, seperti:
Tiada faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Ini antara faktor yang selalu terjadi dan hanyalah sebagai rujukan sahaja. Anda harus berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Terdapat beberapa ujian untuk mendiagnosis penyakit ini:
Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dalam darah untuk mengurangkan simptom yang disebabkan oleh gastroparesis dan gangguan motiliti gaster. Anda patut membahagikan juadah anda dalam satu hari dan elakkan makanan yang berlemak, serat dan berbentuk pepejal untuk memudahkan pencernaan. Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, doktor akan mempreskripsikan ubat rasangan otot abdomen seperti metoclopramid (REGLAN) dan erythromycin (Eryc, EES).
Jika anda mengalami rasa mual atau muntah, doktor akan mempreskripsikan ubat antiemetik seperti prochlorperazime (Compro), thiethylperazine dan diphenhydramine (Benadryl, Unisom). Jika pesakit tidak dapat menyerap sebarang makanan atau minuman, doktor akan melakukan prosedur pembedahan untuk memasukan tiub makanan ke dalam usus.
Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi gasroparesis dan gangguan motiliti gaster :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen