backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia @ COVID-19, Periksa Cepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/03/2024

    Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia @ COVID-19, Periksa Cepat!

    Sejak wabak COVID-19 semakin tular di seluruh dunia, ramai netizen yang panik apabila mereka mengalami masalah sesak nafas. Namun, mereka juga risau adalah ia benar-benar kerana COVID-19 atau kondisi lain.

    Hal ini kerana kita tahu masalah sesak nafas adalah antara tanda coronavirus, selain daripada batuk, selsema, demam dan sakit tekak.

    Oleh kerana virus korona banyak menjangkiti saluran pernafasan, bagaimana pula dengan asma dan pneumonia?

    Kedua-dua penyakit ini juga mempengaruhi keadaan pada paru-paru.

    Malah, individu dengan pneumonia dan penyakit kronik lain lebih berisiko dijangkiti virus korona!

    Bagi mengetahui sama ada kita sudah selamat atau belum daripada COVID-19, sila rujuk infografik di bawah:

    penyakit covid-19
    Faktor penentu kita bebas daripada COVID-19.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Antara virus corona, asma dan pneumonia – apa dia bezanya?

    Asma adalah masalah sesak nafas yang menyebabkan keradangan berkala dan penyempitan saluran udara. Ia menjejaskan bronkus utama, yang merupakan 2 tiub yang dari trakea menuju ke paru-paru.

    Asma tidak dapat disembuhkan, tetapi anda boleh mengurusnya dengan berkesan. Dan ia juga boleh bertambah baik dari semasa ke semasa.

    Manakala pneumonia adalah jangkitan paru-paru. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua paru-paru.

    Ia menyebabkan keradangan kantung udara dan juga boleh menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan cecair/bendalir. Pneumonia boleh dirawat dan diubati.

    Walaupun simptomnya sama, asma dan pneumonia adalah masalah sesak nafas yang berbeza yang memerlukan pendekatan rawatan yang berlainan.

    Masalah sesak nafas: Apa hubungan antara asma dan pneumonia?

    masalah sesak nafas
    Masalah pada sistem pernafasan.

    Pada permulaan, diketahui bahawa penghidap asma berisiko tinggi membangunkan pneumonia malah juga dijangkiti COVID-19!

    Selain itu, mempunyai sesak nafas tapi tidak batuk akibat pneumonia dalam asma boleh meningkatkan risiko serangan asma.

    Walaupun pneumonia telah sembuh, pesakit asma sering mengalami keadaan pulmonari yang tidak normal untuk beberapa bulan selepas pneumonia hilang.

    Terdapat beberapa bukti kecil menunjukkan bahawa punca sesak nafas tiba-tiba akibat asma dan pneumonia mungkin sama.

    Walaupun keadaannya berbeza antara satu sama lain, hubungan sebenar antara kedua-dua itu adalah dalam bentuk peningkatan risiko pneumonia dengan komplikasi lebih besar yang disebabkan oleh pneumonia yang dialami oleh pesakit asma.

    Ini adalah bagaimana pneumonia dan asma dikaitkan.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), penghidap sesak nafas tapi jantung normal gara-gara asma lebih cenderung untuk mengalami pneumonia sebagai komplikasi.

    Asma punca masalah sesak nafas pneumonia

    Sesetengah ubatan dan rawatan asma boleh meningkatkan risiko pneumonia dalam kalangan pesakit.

    Dalam kajian klinikal, kadar pneumonia didapati lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mengambil ubat untuk merawat COPD, berbanding individu yang tidak mengambil ubat yang disedut.

    Sebaliknya, kes-kes sesak nafas tapi oksigen normal angkara pneumonia selalunya lebih kerap berlaku pada mereka yang berumur 65 tahun, dan tidak dilihat pada pesakit asma yang lebih muda.

    Walaupun terdapat sedikit risiko pneumonia dalam asma, ia tidak sepatutnya menakutkan anda daripada meneruskan pengambilan ubat menguruskan asma kerana komplikasi yang semakin buruk mungkin timbul akibat menghentikan pelan rawatan tanpa kelulusan doktor.

    Berbincang dengan doktor tentang risiko pneumonia jika anda mempunyai asma. Jika anda berumur lebih dari 60 tahun, mendapatkan vaksin pneumonia dapat membantu mengurangkan risiko.

    masalah sesak nafas
    Sesak nafas sebab masalah asma, pneumonia ataupun COVID-19.

    Pneumonia punca masalah sesak nafas asma

    Terdapat beberapa bukti bahawa pneumonia boleh menyumbang kepada asma. Mycoplasma pneumoniae bertanggungjawab untuk perkembangan pneumonia.

    Dan, para penyelidik mendapati bakteria ini dapat menyumbang kepada jangkitan kronik dan keradangan kronik paru-paru, yang boleh menyebabkan asma walaupun jangkitan itu akan hilang sendiri.

    Mycoplasma pneumoniae sering dikesan pada kanak-kanak dengan asma, dan sehingga 40 peratus kanak-kanak yang dijangkiti dengan mycoplasma pneumoniae akan berdehit dan mempunyai ujian fungsi pulmonari yang tidak normal.

    Bolehkah asma dan pneumonia dicegah?

    Asma tidak boleh dicegah. Walau bagaimanapun, pengurusan penyakit yang baik boleh mengurangkan serangan asma.

    Selain itu, anda boleh mendapatkan vaksin untuk jenis pneumonia bakteria yang dikenali sebagai pneumococcal pneumonia.

    Doktor mengesyorkan vaksin ini untuk orang yang berisiko untuk membangunkan penyakit ini. Tanya doktor anda jika anda perlu mendapatkan vaksin.

    Kini anda telah tahu masalah sesak nafas yang berkaitan antara asma, pneumonia dan juga COVID-19.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan