backup og meta

Kenapa Hidung Si Kecil Kerap Berdarah? Ada Punca Ibu Bapa Mungkin Tak Sangka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/01/2023

    Kenapa Hidung Si Kecil Kerap Berdarah? Ada Punca Ibu Bapa Mungkin Tak Sangka!

    Anda tahu tak hidung anak kerap berdarah adalah sesuatu yang serius dan tak boleh di pandang ringan? Sebelum itu, pernahkah anak anda mengalami masalah hidung berdarah?

    Jika ya, ia sudah pasti merupakan salah satu daripada keadaan yang sangat membimbangkan anda sebagai ibu bapa, bukan?

    Sebagai ibu bapa, anda semestinya sangat prihatin dengan keadaan si comel anda.

    Setiap tumbesaran dan perkembangan mereka sudah pasti akan membuat anda teruja dan gembira.

    Namun begitu, apakah perasaan anda sekiranya anak anda mengalami kecederaan?

    Sudah tentu anda akan berasa risau dengan keadaan mereka yang kelihatan sakit!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Hidung anak kerap berdarah

    Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak (epistaksis) adalah masalah biasa yang berlaku.

    hidung anak kerap berdarah

    Ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan oleh trauma.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya adalah tidak dapat dikenal pasti.

    Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang sangat mudah untuk mengalami pendarahan.

    Bagaimana anda boleh pasti bahawa pendarahan itu adalah berpunca daripada hidung dan bukan berpunca daripada bahagian lain?

    Epitaksis dibahagikan kepada dua iaitu pendarahan di bahagian hadapan hidung (nosebleed anterior)  dan satu lagi di bahagian belakang hidung (nosebleed posterior).

    Hampir 90 peratus kanak-kanak yang mengalami hidung berdarah adalah disebabkan pendarahan bahagian hadapan.

    Pendarahan di bahagian hadapan hidung selalunya melibatkan hanya sebelah rongga hidung dan ia adalah mudah untuk dirawat.

    Manakala pendarahan di bahagian belakang hidung pula adalah lebih serius dan berbahaya kerana biasanya ia melibatkan saluran darah yang lebih besar seperti arteri.

    Pendarahan teruk di bahagian belakang hidung berupaya menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan darah tersebut boleh masuk ke dalam paru-paru.

    Untuk mengelakkan ibu daripada terkeliru antara kondisi-kondisi pendarahan hidung ini, anda perlu kenali gejala-gejalanya terlebih dahulu.

    Gejala hidung anak kerap berdarah

    • Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung
    • Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah darah
    • Sering terasa seperti ada cecair di belakang hidung dan tekak

    Jika gejala-gejala ini berlaku kepada anak anda, apakah yang perlu dilakukan segera?

    Rawatan segera hidung berdarah

    hidung anak kerap berdarah

    • Minta anak anda duduk dan tunduk ke hadapan
    • Minta anak bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
    • Terus picit hidung anak anda dan letakkan pek ais di bahagian antara hidung dengan mata
    • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung anak anda dan periksa sama ada darah telah berhenti
    • Minta anak anda elak daripada bersin, menghembus atau mengorek lubang hidung
    • Bawa anak anda ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

    Ini seterusnya akan membawa kepada tanda tanya yang paling penting untuk diutarakan di dalam artikel ini iaitu apakah punca sebenar hidung anak kerap berdarah?

    Menurut pakar, punca utama kanak-kanak mengalami pendarahan pada hidung adalah kerana tabiat mengorek hidung.

    Punca lain anak mengalami hidung berdarah

    Pun begitu, sudah tentu bukan itu sahaja punca kanak kanak mengalami hidung berdarah.

    Terdapat punca-punca lain juga yang akan menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya:

    • Trauma punca hidung anak kerap berdarah

    Hidung yang terhantuk pada sesuatu objek atau tempat yang keras akan mengalami kecederaan dan menyebabkan pendarahan.

    Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu telah patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.

    Selain terhantuk, ia juga mungkin berlaku disebabkan oleh pergaduhan sesama rakan sebaya mereka yang melibatkan penumbuk atau penyepak tepat di hidung anak anda.

    Baca juga:

    • Jangkitan yang teruk pada hidung

    Hidung yang tersumbat teruk akibat alahan, sinus, atau demam selesema juga mungkin antara punca hidung kerap berdarah.

    Selain itu, hidung anak anda juga boleh mengalami pendarahan jika terdapat apa-apa yang merengsakan hidung terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.

    • Infeksi bakteria atau impetigo

    Lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada infeksi daripada bakteria lantas mungkin menyebabkan hidung anak anda berdarah.

    • Udara kering

    Rembesan hidung akan menjadi kering sehingga menyebabkan anak suka korek hidung.

    Ini kemudiannya mungkin akan menjadi punca si comel anda mengalami pendarahan hidung.

    hidung anak kerap berdarah

    • Darah beku, antara faktor hidung anak kerap berdarah

    Ini juga merupakan salah satu punca kanak-kanak mengalami pendarahan hidung dan juga merupakan punca yang paling ditakuti.

    Namun begitu, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana keadaan ini jarang berlaku kecuali didiagnosis oleh doktor.

    Jika anak anda mula menunjukkan gejala-gejala hidung berdarah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah jangan panik.

    Ibu bapa seharusnya mempelajari berkenaan cara untuk mengendalikan keadaan jika anak anda mengalami pendarahan pada hidung.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan