Anak Muntah? Ibu, Jangan Bagi Si Kecil Makan 1 Jam Selepas Itu! Ini Petua Lain Hilangkan Mual

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

    Anak Muntah? Ibu, Jangan Bagi Si Kecil Makan 1 Jam Selepas Itu! Ini Petua Lain Hilangkan Mual

    Apabila anak muntah, ia pastinya akan mewujudkan rasa bimbang dalam diri anda sebagai ibu bapa. Malah anda mungkin akan sibuk mencari petua hilangkan muntah kanak kanak.

    Namun biasanya muntah yang terjadi bukanlah disebabkan masalah kesihatan serius. Selalunya ia berpunca daripada jangkitan virus atau keracunan makanan dan keadaan ini akan berlanjutan untuk 1-2 hari.

    Walau bagaimanapun, kerisauan yang paling besar adalah anak akan mengalami dehidrasi apabila muntah. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah tindakan sewajarnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Memahami punca anak muntah

    Sebelum mengetahui apakah antara petua hilangkan muntah kanak kanak, ayuh kita dalami secara ringkas faktor yang menjadi punca si kecil muntah.

    Pelbagai perkara boleh membuatkan kanak-kanak muntah, seperti:

    • Gastroenteritis virus, merupakan salah satu sebab paling biasa untuk muntah akut pada kanak-kanak. Namun jangkitan lain seperti selesema atau jangkitan saluran kencing juga boleh menjadi punca
    • Keracunan atau alahan makanan juga boleh mengakibatkan muntah
    • Batuk yang kuat boleh menjadi punca anak muntah, terutamanya jika mereka mengalami refluks
    • Cirit-birit, demam dan secara amnya rasa tidak sihat boleh mengakibatkan muntah
    • Sesetengah kanak-kanak boleh mengalami mabuk perjalanan dan muntah apabila berada di dalam kereta atau kereta sorong

    Dalam kes jarang berlaku, muntah boleh disebabkan oleh masalah serius, termasuklah:

    • Usus tersumbat seperti stenosis pilorik pada bayi
    • Masalah lain perut dan usus seperti batu karang, pankreatitis atau apendisitis
    • Selepas kecederaan kepala atau sebagai gejala meningitis atau tumor otak

    Baca juga:

    Petua hilangkan muntah kanak kanak: Kenal pasti gejalanya

    Kanak-kanak sering berasa loya dan sakit perut sebelum muntah. Gejala lain mungkin termasuk:

    Apabila si kecil kerap muntah, ia boleh menyebabkan dehidrasi – tidak cukup air dalam badan.

    Antara simptom dehidrasi adalah kurang kencing, kerap menangis dengan sedikit atau tanpa air mata, mulut kering atau bibir merekah, berasa pening atau sakit kepala ringan dan tampak mengantuk.

    Petua hilangkan muntah kanak kanak

    petua hilangkan muntah kanak kanak

    Kebanyakan kes muntah boleh diatasi dengan rawatan di rumah:

    Rehatkan perut

    Elakkan memberi sebarang makanan atau minuman selama 30-60 minit selepas muntah. Ini memberi peluang perut anak untuk pulih.

    Petua hilangkan muntah kanak kanak #Menggantikan cecair

    Dehidrasi boleh terjadi apabila anak muntah. Sebaiknya, mulakan untuk menggantikan cecair yang hilang selepas anak tidak muntah selama 30-60 minit.

    • Tunggu sehingga anak dalam keadaan okay dan berasa ingin minum. Jangan paksa anak minum dan elak daripada mengejutkan mereka untuk minum jika sedang tidur
    • Mulakan dengan memberi anak air dalam jumlah yang sangat kecil (½ auns atau kurang) setiap 5-10 minit. Gunakan sudu teh dan bukannya gelas untuk memberi anak minum
    • Berikan air kosong atau sebarang cecair jernih bukan berkarbonat lain. Susu ibu boleh diberikan jika si kecil masih menyusu
    • Jika anak memuntahkan kembali cecair tersebut, tunggu sehingga 30 minit. Kemudian cuba sekali lagi untuk memberikan cecair dalam jumlah yang sangat kecil dalam setiap 5 hingga 10 minit
    • Jika anak menghadapi masalah menelan cecair, tawarkan popsicles atau ketulan ais
    • Larutan rehidrasi oral boleh digunakan jika anak mengalami dehidrasi kesan muntah yang berulang. Anda boleh membelinya di farmasi. Elakkan memberi minuman sukan kerana ia tinggi kandungan gula

    petua hilangkan muntah kanak kanak

    Makanan pejal

    Jika anak lapar dan ingin makan, berikan mereka bland food seperti roti bakar, kraker atau kentang lenyek. Buah-buahan dan yogurt juga boleh diberikan.

    Jangan berikan anak makanan berminyak, berlemak atau pedas selama beberapa hari sehingga anak benar-benar pulih.

    Ubatan, salah satu petua hilangkan muntah kanak kanak

    Sekiranya anak demam, rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum anda memberikan sebarang ubat tanpa preskripsi seperti acetaminophen atau suplemen ORS.

    Jangan memberikan anak di bawah usia 16 tahun aspirin untuk melegakan demam kerana berisiko menyebabkan sindrom Reye. Ibuprofen juga tidak dibenarkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.

    petua hilangkan muntah kanak kanak

    Pemeriksaan doktor

    Kini anda sudah mengetahui petua hilangkan muntah kanak kanak. Pun begitu jika si kecil mengalami keadaan berikut, bawa mereka ke jabatan kecemasan segera:

    • Tidak boleh minum selama beberapa jam
    • Mempunyai tanda-tanda dehidrasi
    • Mengalami demam panas
    • Muntah darah, hijau atau coklat
    • Muntah tidak berhenti
    • Kesakitan pada perut atau belakang badan yang teruk
    • Mengalami sakit kepala atau kebas leher – dengan atau tanpa fotofobia (sakit melihat lampu terang
    • Muntah selepas kecederaan kepala
    • Anak muntah pada awal pagi
    • Fontanel (ubun-ubun) yang membonjol pada bayi

    Doktor akan melakukan pemeriksaan seperti ujian darah dan air kencing atau x-ray untuk mendapatkan diagnosis mengenai keadaan sebenar anak.

    Seandainya anda mempunyai kebimbangan mengenai keadaan anak, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan