Ciuman ibu tidak membahayakan
Ciuman ibu menjadi rawatan awal yang yang selamat dan berkesan untuk membuang objek asing yang menghalang rongga hidung. Teknik ini mengelakkan daripada penggunaan teknik yang invasif seperti cangkuk, forseps, atau mesin menyedut untuk membuang objek. Ia juga membantu kanak-kanak daripada dibius dalam sesetengah kes.
Ia juga mungkin membantu sekiranya kanak-kanak tersebut diberikan penerangan sebelum memulakan teknik ini. Kanak-kanak pada usia ini biasanya mempunyai ketakutan kepada benda yang tidak diketahui dan untuk menjalankan sebarang prosedur kepada mereka yang boleh menjadi sukar, terutama apabila cubaan untuk membuang objek asing boleh mendatangkan kesakitan.
Risko utama teknik ini adalah kecederaan kepada gegendang telinga kanak-kanak atau saluran pendengaran dengan tekanan udara yang meningkat dengan mendadak. Walaupun begitu, risiko ini adalah rendah sekiranya glottis ditutup dan tiada laporan tentang kejadian ini dilaporkan dalam kajian. Terdapat juga bahaya sekiranya kanak-kanak yang mempunyai objek di dalam hidung, tercekik dengan objek tersebut.
Ciuman ibu boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan dan boleh diulang beberapa kali sekiranya cubaan pertama gagal. Walaupun begitu, anda harus berhati-hati tentang di mana dan bilakah teknik ini dilakukan. Jangan cuba teknik ini tanpa pemantauan daripada doktor. Kanak-kanak mungkin akan berasa selesa dan tidak takut dengan menggunakan teknik ini berbanding teknik yang biasa digunakan di bilik kecemasan. Meskipun begitu, ciuman ibu ini sebaiknya dilakukan dengan kehadiran doktor sekiranya objek tersebut masuk ke dalam paru-paru.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen