backup og meta

JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2021

    JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

    Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan hidung rasa gatal lantas membuatkan kita teringin untuk menggaru, mengorek atau menghembusnya.

    Tidak dinafikan perbuatan-perbuatan sebegini mungkin boleh menghilangkan kegatalan tersebut namun anda perlu tahu bahawa ada risiko di sebaliknya.

    Ini khususnya perbuatan hembus hidung yang berisiko membuat telinga terkesan! Mengapa?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

    Apa sebabnya hidung gatal?

    Hidung boleh jadi gatal disebabkan banyak perkara dan untuk pengetahuan anda, kondisi ini mempunyai namanya yang tersendiri iaitu alergi rhinitis.

    Ia berlaku apabila hidung anda terhidu sesuatu yang boleh menjadi pemicu kepada terjadinya alahan.

    Contohnya, anda mungkin akan terkena reaksi alergi ini apabila terdedah dengan debu, habuk, debunga, makanan atau bulu haiwan.

    Berikut merupakan beberapa pencetus utama kegatalan pada hidung:

    • Debunga – Pokok, rumput, daun, bunga dan kulat adalah antara debunga yang banyak menyebabkan reaksi alergi dan sukar untuk dielakkan
    • Binatang peliharaan – Alergen juga boleh berasal daripada haiwan yang dipelihara terutamanya yang berbulu seperti kucing dan anjing
    • Kotoran persekitaran – Jika anda tinggal di tempat yang kotor, akan wujud risiko alergen tinggi seperti debu, habuk ataupun najis haiwan
    • Bahan-bahan lain – Selain itu, bau asap rokok, minyak wangi, bahan pencuci atau penyegar rumah juga boleh menyebabkan hidung gatal

    hidung tersumbat

    Sekiranya anda tidak pasti dengan punca kekerapan keadaan ini terjadi kepada diri, sila berjumpa doktor untuk diagnosis dengan kadar segera.

    Sementara itu, apa yang boleh dilakukan untuk melegakannya?

    Bagaimana legakan hidung gatal?

    Kegatalan pada kawasan luar atau dalam hidung khususnya pasti akan menyebabkan rasa tidak selesa yang perlu dirawat secepat mungkin.

    Jika belum berkesempatan berjumpa dengan doktor, ada beberapa tip yang boleh kalian cuba sendiri di rumah seperti:

    • Jika anda syak alami alahan, cuba jauhi daripada segala alergen sebelum ia menjadi lebih teruk lagi
    • Makan ubat alahan yang boleh dibeli di farmasi dalam bentuk pil atau alat penyembur tanpa preskripsi
    • Ambil paracetamol sekiranya anda mengalami kondisi hidung tersumbat untuk melegakannya
    • JANGAN sesekali menggaru atau mengorek hidung anda dengan terlalu ganas kerana ia boleh mengakibatkan rengsa
    • Gunakan pelembap udara untuk membantu kalian bernafas dengan lebih baik
    • Minum lebih banyak air untuk pastikan tubuh badan kekal terhidrasi

    hidung mancung

    Akan tiba waktu di mana kegatalan yang dialami akan membuat anda teringin atau terpaksa hembus hidung untuk melegakannya.

    Namun, adalah tidak disarankan untuk kalian melakukan perbuatan ini terutamanya dengan terlalu keras atau kuat ya?

    Ini kerana mungkin akan wujud beberapa kesan sampingan hembus hidung bukan sahaja pada hidung bahkan juga telinga anda!

    Tidak elok untuk hembus hidung?

    Perbuatan hembus hidung yang terlalu keras atau kuat sebenarnya mungkin boleh mengakibatkan trauma pada hidung.

    Ini kerana ia akan menyebabkan dinding hidung merengsa dan terluka sekali gus memburukkan lagi keadaan sedia ada.

    Bukan sahaja pada hidung, perbuatan ini juga akan menyebabkan trauma pada telinga kerana ia boleh menjejaskannya.

    Akibat perbuatan ini, ada risiko di mana gegendang telinga mungkin akan pecah atau rosak akibat tekanan yang berulang.

    wabak covid

    Namun ia bukanlah bermakna anda tidak boleh langsung hembus hidung, cuma ia perlu dilakukan dengan cara yang betul:

    • Pastikan kedua-dua lubang hidung terbuka apabila menghembus
    • Hembus hidung secara perlahan pada tisu melalui kedua-dua lubang
    • Anda boleh tutup sebelah lubang untuk mencipta lebih daya, namun ini sangat tidak disarankan
    • Bersihkan mukus yang keluar daripada hidung, buang tisu dan basuh tangan

    Sekiranya anda menghembus hidung terlalu kuat dan terdengar bunyi seakan ‘pop’, ia mungkin tanda gegendang telinga sudah terjejas.

    Lantaran itu, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjutan.

    Berhati-hati ketika mengalaminya ya?

    Tidak dinafikan bahawa adalah sangat sukar untuk mengawal perbuatan hembus hidung yang kadangkala berlaku di luar kawalan.

    Namun anda masih perlu lebih berwaspada ketika hidung mengalami kegatalan dan cuba untuk tidak menggaru, mengorek dan menghembusnya.

    Untuk lebih kepastian, segera dapatkan rawatan doktor di klinik berdekatan jika kejadian ini berlaku dan berulang pada anda okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan