What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Anak Gemar Duduk Posisi W? Jom Ubah Tabiat Anak Kepada 6 Gaya Duduk Ini

    Anak Gemar Duduk Posisi W? Jom Ubah Tabiat Anak Kepada 6 Gaya Duduk Ini

    Jika anda perasan, kebanyakan posisi duduk bayi adalah W-sitting. Ia adalah keadaan di mana mereka duduk di pinggul, membengkokkan lutut dan kaki menghala ke luar.

    Sekiranya diperhatikan dari atas, tampak seperti anak duduk bentuk W seperti namanya W-sitting. Tetapi benarkah cara duduk ini berbahaya?

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini. Semoga bermanfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bahayakah anak duduk bentuk W?

    Secara amnya, posisi duduk berbentuk W ini bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan kerana ia tidak berbahaya.

    Ini kerana ia merupakan satu kedudukan yang sering menjadi pilihan si kecil sekitar usia 3 tahun dan biasanya akan hilang daripada rutin apabila mereka semakin membesar.

    Sekiranya posisi duduk bayi bentuk W ini dilakukan sekali-sekala, itu mungkin kedudukan yang selesa buat diri anak ketika bermain atau berehat.

    Walau bagaimanapun, jika anda secara konsisten melihat anak duduk dalam keadaan ini, lakukan pemeriksaan doktor jika wujud gejala lain seperti otot lemah, kesukaran bergerak, tidak seimbang atau kaki tidak simetri.

    health-tool-icon

    Jadual Vaksin Bayi

    Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila

    Apa jantina bayi anda?

    Lelaki

    Wanita

    Kelemahan pada bahagian kaki kesan anak duduk bentuk W

    Posisi duduk W mungkin menjadi pilihan anak kerana kaki mereka masih belum cukup kuat untuk memastikan diri stabil semasa bermain.

    Dalam kedudukan W, kaki mengambil beban kerja otot dan mencipta pusat graviti lebih rendah dengan tapak yang lebih luas bagi menyokong pergerakan mereka. Bahkan, posisi ini turut memberikan keseimbangan diri.

    Perhatikan gejala lain otot lemah seperti kerap jatuh, kelewatan dalam kemahiran motor kasar dan postur yang lemah secara keseluruhan.

    Kesan posisi duduk bayi bentuk W #Hip dysplasia

    Adakah anak didiagnosis dengan masalah kongenital atau perkembangan pada pinggul? Jika si kecil mengalami hip dysplasia, posisi duduk W adalah kedudukan yang tidak digalakkan. Ini kerana cara duduk ini boleh meningkatkan risiko terkehel pinggul.

    posisi duduk bayi

    Perhatikan tanda untuk gejala ini walaupun anak tidak didiagnosis dengan penyakit ini. Keadaan ini ada kalanya sukar untuk dikesan sehingga mereka sudah besar dan mengadu ketidakselesaan atau rasa sakit.

    Mengembangkan isu ortopedik

    Duduk dalam posisi W terlalu kerap boleh menyebabkan otot tegang pada kaki dan pinggul, sekali gus menghalang pergerakan normal, menjejaskan koordinasi dan keseimbangan anak.

    Perhatikan perubahan dalam gaya berjalan anak seperti pigeon-toed – kaki menghala ke dalam atau kaki terbalik (feet turned in).

    Isu koordinasi bilateral dalam posisi duduk bayi

    Posisi duduk ini menandakan anak mengelak koordinasi dan/atau pergerakan bebas sebelah kanan dan kiri badan.

    Anak anda mungkin hanya akan mencapai benda di sebelah kanan dengan tangan kanan dan benda di sebelah kiri dengan tangan kirinya.

    Perhatikan kelewatan perkembangan dalam penguasaan tangan atau ketangkasan pergerakan, kelewatan motor halus seperti memotong kertas dengan gunting dan kelewatan motor kasar, contohnya berlari dan melompat, serta isu lain berkaitan koordinasi kanan kiri badan.

    Baca juga:

    Masalah lain

    Posisi duduk W juga mungkin menjadi masalah jika anak mengalami peningkatan nada otot atau keadaan neurologi tertentu seperti cerebral palsy. Dalam kes ini, W-sitting menyebabkan otot tegang, lama-kelamaan, mengalami kesukaran untuk duduk dalam posisi lain.

    Perhatikan jika si kecil berdepan masalah untuk menukar posisi duduk yang lain.

    Posisi duduk bayi alternatif

    Anak yang terbiasa dengan posisi duduk W, tidak boleh diubah dengan hanya melarang mereka daripada duduk dalam kedudukan tersebut.

    Sebaliknya, anda disarankan memberikan anak alternatif yang membolehkan mereka duduk dengan selesa serta membiasakan diri dengan cara duduk baharu.

    Kerusi kecil

    Anda boleh bermula dengan memberikan si kecil kerusi kecil yang membolehkan mereka kekal dengan permukaan lantai semasa bermain.

    Posisi duduk bayi #Mencangkung

    posisi duduk bayi

    Posisi mencangkung juga sesuai untuk kanak-kanak dan mudah dilakukan mereka kerana kekuatan otot sedang berkembang. Cara duduk ini juga membantu membangunkan kekuatan teras serta kaki yang kuat.

    Berlutut

    Berlutut boleh menjadi alternatif yang lebih baik kepada W-sitting. Namun ada kalanya tanpa disedari si kecil, kedudukan berlutut ini boleh berubah kepada posisi duduk W.

    Kaki ke depan, antara salah satu posisi duduk bayi boleh dicuba

    Membetulkan kebiasaan cara duduk W yang paling pantas adalah dengan membiarkan si kecil meregangkan kakinya ke hadapan.

    Anda boleh galakkan anak duduk dalam posisi ini semasa membaca buku atau melakukan aktiviti bersendirian.

    Duduk bersimpuh

    Jika pilihan alternatif duduk yang lain tidak begitu menyelesakan buat si kecil, anda mungkin boleh mengesyorkan mereka untuk duduk bersimpuh.

    Umumnya, cara duduk ini turut dapat mengekalkan berat badan separa pada pinggul dan kaki.

    Duduk bersila

    posisi duduk bayi

    Anda boleh meminta anak duduk bersila di atas lantai dan ini merupakan kedudukan paling selamat dan seimbang untuk badan.

    Kesimpulan

    Walaupun W-sitting kelihatan tidak selesa, tetapi ia merupakan sebahagian daripada perkembangan normal si kecil.

    Sekiranya anak duduk bentuk W dan masih dapat bergerak dengan mudah ke kedudukan lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

    Namun dalam masa yang sama dorong mereka untuk duduk dalam kedudukan lain bagi membantu perkembangan dengan seimbang.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau pertanyaan, berundinglah dengan doktor pediatrik untuk mendapatkan lebih kepastian.


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. What is W-Sitting? https://pathways.org/what-is-w-sitting/, Accessed on Aug 12, 2022
    2. W-Sitting and Hip Development. https://hipdysplasia.org/w-sitting-and-hip-development/, Accessed on Aug 12, 2022
    3. Child Posture, The Right Way. https://mypositiveparenting.org/2015/10/23/child-posture-the-right-way/,  Accessed on Aug 12, 2022
    4. The 101 on W Sitting Position. https://napacenter.org/w-sitting/, Accessed on Aug 12, 2022
    5. The Truth About W-Sitting. https://www.cdchk.org/parent-tips/truth-about-w-sitting/, Accessed on Aug 12, 2022
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 14 jam lalu
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: