Tahukah anda bahawa manusia dewasa mempunyai sekitar 200 lebih tulang di dalam tubuh badan? Dan ini termasuklah pada hidung!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Tahukah anda bahawa manusia dewasa mempunyai sekitar 200 lebih tulang di dalam tubuh badan? Dan ini termasuklah pada hidung!
Meskipun ia sangat kuat, tulang termasuklah pada hidung masih boleh retak atau patah ekoran kecederaan akibat kemalangan dan lain-lain.
Namun kondisi tulang hidung patah mungkin tidak begitu diberi perhatian kerana ramai sudah tahu bahawa ia mungkin boleh sembuh dengan sendiri.
Persoalannya, apakah petanda anda mengalami kondisi ini? Jom ikuti artikel!
Kebanyakan orang mungkin akan memandang rendah kondisi ini kerana ia boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 3 minggu sahaja.
Pun begitu, ketahuilah bahawa kepatahan nasal ini bukan satu perkara remeh terutamanya jika ia melibatkan masalah pernafasan.
Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu bahawa kadangkala kondisi ini juga mungkin akan membawa kepada masalah penglihatan.
Jadi sila berwaspada dengan punca-punca ia boleh berlaku seperti kemalangan di jalan raya, sukan atau sebarang aktiviti lain yang berisiko tinggi.
Persoalannya, bagaimana untuk tahu sekiranya anda mengalami kondisi ini?
Ada kemungkinan di mana individu mengalami kondisi ini tetapi sedar kerana tidak tahu akan tanda ia berlaku.
Disebabkan itu, di sini kami senaraikan beberapa tanda anda alami tulang hidung patah:
Sekiranya anda sudah pasti bahawa anda mungkin alami kondisi ini, apa yang sebenarnya perlu dilakukan?
Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa kondisi ini kebiasaannya boleh pulih dengan sendiri dalam masa 3 minggu kemalangan berlaku.
Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui sama ada ia adalah serius atau tidak.
Sementara itu, ada beberapa petua yang kalian perlu tahu menurut saranan National Health Services iaitu:
Meskipun kita semua sudah tahu bahawa kondisi tulang hidung patah ini boleh pulih dengan sendiri selepas 3 minggu, masih ada risiko ia boleh jadi serius!
Segera hubungi talian kecemasan atau pergi sendiri ke hospital berdekatan jika anda alami komplikasi berbahaya ini:
Untuk lebih kepastian, segera berjumpa doktor jika alami kondisi tulang hidung patah tidak kira sama ada ia biasa, akut atau kronik ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen