AWAS Ibu Hamil! Bukan Semua Vitamin Anda Boleh Ambil, Ini Vitamin Yang Perlu DIELAK

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 31/03/2020

Nutrisi merupakan antara fokus penting yang perlu anda tumpukan jika sedang hamil. Ini berikutan anak yang dikandung memerlukan zat yang mencukupi bagi menjalani proses tumbesaran yang normal.

Banyak jenis vitamin untuk ibu mengandung yang boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan namun ia seringkali mengelirukan.

Mungkin anda beranggapan bahawa semua jenis vitamin perlu diambil oleh wanita mengandung. Hakikatnya, ada vitamin yang perlu dielakkan ketika hamil kerana ia lebih memberikan kemudaratan.

Artikel ini akan memfokuskan kepada vitamin untuk ibu mengandung yang boleh diambil atau perlu dielakkan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi berada pada paras optimum. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Mengapa perlu ambil vitamin semasa mengandung?

Jika dilihat secara umum, pengambilan jenis pemakanan yang betul dapat menghindarkan seseorang individu itu daripada ancaman penyakit kronik dan risiko kematian pramatang. Pelbagai jenis penyakit metabolik dikaitkan dengan pengambilan nutrisi tidak seimbang menyebabkan masalah seperti obesiti berleluasa.

Ketika wanita sedang hamil, keperluan nutrisi harian mereka meningkat. Ini berikutan mereka perlu mengambil nutrien yang cukup untuk diri mereka dan janin yang sedang membesar. Sebagai contoh, bagi individu biasa, nutrisi makro protein perlu diambil dalam jumlah 0.8 gram per kilogram. Apabila seseorang itu hamil, keperluan protein meningkat kepada 1.1 gram per kilogram.

Contoh yang diberikan bukan sahaja membuktikan bahawa ibu mengandung perlu mengambil jumlah nutrien yang lebih, malah menyangkal mitos yang mengatakan ibu hamil perlu makan dua kali ganda berbanding dengan individu lain.

Ingat ya, walaupun anda kena makan banyak namun kenaikan berat badan mendadak juga boleh menyebabkan komplikasi. Keperluan nutrisi mikro seperti vitamin dan mineral yang lain turut meningkat ketika hamil, malahan peningkatannya lebih ketara berbanding dengan keperluan nutrisi makro.

Vitamin dan mineral seperti magnesium, penting untuk menyokong fungsi kritikal sel seperti tumbesaran sel dan pengisyaratan sel. Jenis mineral atau vitamin untuk ibu mengandung berbeza mengikut kepada situasi yang dialami sepanjang tempoh kehamilan seperti:

  • Kekurangan nutrien
  • Mengalami hiperemesis gravidarum. Ia merupakan komplikasi kehamilan yang berpunca daripada ketidakstabilan hormon. Wanita tersebut akan muntah dalam jumlah yang banyak menyebabkan masalah kekurangan nutrien dan hilang berat badan
  • Pengamalan diet tertentu
  • Merokok. Mereka yang masih merokok semasa mengandung seringkali mengalami masalah kekurangan vitamin C dan B9 (asid folik)
  • Kehamilan kembar
  • Gaya pemakanan tidak seimbang disebabkan oleh faktor sosioekonomi

Vitamin untuk ibu mengandung yang selamat diambil

vitamin untuk ibu mengandung

Vitamin pranatal

Ini merupakan sejenis vitamin yang direka khas untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu semasa hamil. Ia kebiasaannya dipreskripsikan kepada wanita yang merancang untuk mengandung, sedang mengandung atau sedang menyusukan anak. Vitamin pranatal merupakan vitamin untuk ibu mengandung yang selamat diambil.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Pittsburgh pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa pengambilan vitamin pranatal secara berkala boleh mengurangkan insiden kelahiran pramatang dan kelahiran bayi dengan berat badan rendah. Ia juga mampu merendahkan risiko untuk mendapat preeklampsia terutamanya dalam kalangan wanita yang kurus.

Vitamin pranatal mengandungi pelbagai jenis mineral dan nutrisi mikro penting kalsium, asid folik, zat besi, vitamin A, vitamin C dan sebagainya. Jika anda ingin mengambil suplemen vitamin tambahan, anda perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu. 

Ini kerana pengambilan sesuatu nutrisi mikro secara berlebihan tidak akan memberikan kebaikan tambahan malah kemudaratan. Vitamin pranatal kebiasaannya akan dipreskripsikan oleh doktor atau anda boleh membelinya di farmasi berhampiran.

Vitamin B9 (Asid folik)

Anda mesti pernah dinasihatkan untuk mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung, kan? Vitamin B9 merupakan vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi proses penghasilan DNA, sel darah merah dan menggalakkan tumbesaran bayi.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik bagi semua wanita setiap hari bagi menyokong keperluan nutrien jika berlaku kehamilan tidak dirancang. 

Tanpa asid folik yang mencukupi, bayi anda terdedah untuk mendapat kecacatan tiub saraf (neural tube) menyebabkan tumbesaran otak dan saraf tunjang terganggu. Kecacatan lain seperti gusi siung dan kecacatan jantung juga berisiko dialami oleh mereka yang kekurangan asid folik.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bahawa insiden kecacatan tiub saraf boleh dikurangkan melalui pengambilan asid folik.

Pengambilan suplemen tersebut perlu diambil sebulan sebelum anda cuba untuk hamil. Ini berikutan proses penutupan tiub saraf berlaku pada bulan pertama kehamilan. Kebanyakan individu tahu akan status kehamilan mereka pada minggu ke-6 kehamilan. Tanpa suplementasi asid folik, risiko untuk bayi mengalami kecacatan tersebut tinggi.

Vitamin D

Selain daripada menguatkan tulang, vitamin D juga berperanan dalam menguatkan sistem pertahanan badan dan membantu dalam proses pembahagian sel. Saranan pengambilan vitamin tersebut bagi individu biasa adalah 600 IU. Namun menurut pakar, dos keperluan untuk ibu mengandung adalah lebih tinggi.

Vitamin D merupakan antara vitamin untuk ibu mengandung yang penting bagi memastikan kesihatan ibu dan janin terjaga. Kekurangan vitamin ini sering dikaitkan dengan masalah kelahiran pramatang, preeklampsia, diabetes gestasi dan peningkatan risiko untuk pembedahan cesarean (czer).

Berjumpalah dengan doktor anda bagi mendapatkan maklumat dan membuat ujian saringan berkaitan dengan vitamin D. Jika anda tidak mendapatkan jumlah yang cukup untuk menampung keperluan harian, anda akan dipreskripsikan dengan vitamin tersebut.

Vitamin yang perlu dielakkan ketika mengandung

vitamin

Vitamin A

Jika anda sudah dibekalkan dengan suplemen vitamin pranatal, pengambilan vitamin A tambahan boleh mendatangkan kemudaratan. Pengambilan vitamin A sebagai salah satu daripada vitamin untuk ibu mengandung penting untuk penglihatan dan fungsi sistem imun bayi. Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Pengumpulan vitamin A di dalam organ hati boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan kecacatan kongenital pada bayi. Terdapat pelbagai jenis sumber makanan yang dapat membekalkan vitamin A, maka tidak perlulah anda mengambil suplemen tambahan.

Vitamin E

Seperti vitamin A, pengambilan vitamin E sebagai vitamin untuk ibu mengandung juga dapat membantu proses fisiologi badan dan menguatkan sistem imun.

Namun disebabkan oleh peningkatan risiko untuk ibu mengalami sakit abdomen dan kelahiran pramatang, justeru wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi vitamin ini.

Vitamin E boleh didapati daripada pelbagai jenis sumber makanan dan jika anda masih mengalami kekurangannya, doktor anda akan mempreskripsikan vitamin pranatal yang turut mengandungi vitamin ini dalam kadar yang selamat untuk ibu mengandung. 

Konklusi

Jika anda ingin mengambil vitamin untuk ibu mengandung, dapatkan nasihat dan pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan bagi mengetahui keperluan untuk mengambil nutrisi mikro tersebut. Pengambilan vitamin secara berlebihan boleh memudaratkan tubuh badan. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang sering diuar-uarkan berkenaan dengan suplemen ini.

Jika anda keliru, tanya kepada doktor anda bagi mengetahui alternatif lain, sekiranya ada.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Peluang Anda Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik. Betul Ke?

    Walau kebanyakan pasangan mengimpikan anak kembar, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, kajian kecil menunjukkan asid folik boleh bantu. Betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar?

    Ramai wanita mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko bayi mereka mempunyai kecacatan tiub neural, seperti spina bifida. Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik dalam sarapan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    4 Faktor Diet Tambahan Semasa Hamil

    Jika anda seperti kebanyakan pasangan yang cuba untuk hamil dan ingin hamil lebih awal. Untuk penyediaan kehamilan, anda perlu melihat banyak perkara seperti kesihatan fizikal, hubungan masa, terutamanya diet yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    5 Nutrisi Penting Diperlukan Oleh Wanita

    Pada semua peringkat umur, wanita perlu menyerap vitamin dan mineral, dan bersenam secara tetap untuk memastikan kesihatan yang baik dan tenaga yang optimum. Selain itu, wanita juga perlu mendapatkan nutrisi penting ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Asid Folik BUKAN Untuk Cepat Hamil, Tapi Siapa Nak Mengandung Kena Ambil Vitamin Ini!

    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/03/2020
    kesuburan

    Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020
    fetus

    3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019
    adakah-asid-folik-baik-untuk-lelaki

    Asid Folik Bukan Saja Baik Untuk Wanita, Malah Juga Lelaki! Ini 5 BUKTINYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/01/2019