Semasa hamil, penting untuk anda mendapatkan vitamin secukupnya bagi memastikan kesihatan tubuh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jumlah vitamin yang berlebihan mungkin boleh memudaratkan anda dan kandungan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Semasa hamil, penting untuk anda mendapatkan vitamin secukupnya bagi memastikan kesihatan tubuh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jumlah vitamin yang berlebihan mungkin boleh memudaratkan anda dan kandungan.
Anda perlukan vitamin A kerana:
Semasa hamil, jika anda mengambil lebih vitamin A, bayi anda mungkin berisiko mendapat kecacatan semasa lahir atau toksik hati. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil sebanyak mana karotenoid daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Wanita hamil berusia 18 dan ke bawah: 750 mcg RAE setiap hari
Wanita hamil berusia 19 dan ke atas: 770 mikrograms RAE setiap hari
Wanita yang menyusukan bayi berusia 18 dan ke bawah: 1,200 mcg RAE setiap hari
Wanita yang menyusukan bayi berusia 19 dan ke atas: 1,300 mcg RAE setiap hari
Wanita yang tidak hamil: 700 mcg RAE setiap hari
Mengapa anda dan bayi memerlukan vitamin C?
Anda memerlukan vitamin C semasa hamil kerana:
Pun begitu, jika ibu mengambil jumlah vitamin C yang berlebihan, bayi dalam kandungannya mungkin mengalami kekurangan vitamin C yang teruk dipanggil skurvi.
Wanita hamil berusia 18 dan ke bawah: 80 milligrams (mg) setiap hari
Wanita hamil berusia 19 dan ke atas: 85 mg setiap hari
Wanita yang menyusukan bayi berusia 18 dan ke bawah: 115 mg setiap hari
Wanita yang menyusukan bayi berusia 19 dan ke atas: 120 mg setiap hari
Wanita yang tidak hamil berusia 18 dan ke bawah: 65 mg setiap hari
Wanita yang tidak hamil berusia 19 dan ke atas: 75 mg setiap hari
Mengambil vitamin sebanyak mungkin bukanlah pilihan yang bijak. Jika anda tidak tahu berapa banyak vitamin yang anda perlukan, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui jumlah vitamin optimal yang perlu anda ambil semasa mengandung.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen