backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 4 minggu lalu

    PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

    Ubat dilarang semasa hamil merupakan salah satu pertanyaan yang sering diajukan oleh ibu mengandung. Contohnya, adakah ibu mengandung boleh makan panadol dan lain-lain?

    Artikel ini akan menyenaraikan 10 jenis ubat dilarang semasa hamil yang perlu bakal ibu elak!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Pengelasan mengikut profil keselamatan kepada ibu mengandung

    ubat dilarang semasa hamil
    Pengambilan ubat yang bahaya ketika sedang hamil.

    Mudah untuk setiap wanita hamil keliru apabila ia berkaitan dengan ubat seperti persoalan adakah ibu mengandung boleh makan ubat batuk, adakah ibu mengandung boleh makan ubat selsema dan lain-lain.

    Saranan berkenaan dengannya bergantung kepada dapatan kajian semasa yang disokong oleh badan kesihatan global.

    Apabila sesuatu larangan dibuat untuk ibu hamil elak pengambilan ubat tertentu, ia boleh membawa 2 maksud iaitu:

    • Ubatan yang diambil boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap perkembangan janin.
    • Dapatan kajian masih tidak mencukupi untuk membuktikan ubat tersebut selamat diambil oleh ibu hamil.

    Keputusan untuk mempreskripsikan ubat pula terletak pada tangan doktor selepas menimbang kebaikan dan keburukan yang bakal dialami ibu hamil.

    Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan petugas kesihatan, sistem pengelasan ubat dibuat mengikut risiko kepada ibu mengandung.

    Pengambilan ubat dilarang semasa hamil tingkat risiko kecacatan kongenital

    ubat dilarang semasa hamil
    Pengambilan ubat yang bahaya ketika sedang hamil.

    Berikut merupakan ubat dilarang semasa hamil berserta risikonya untuk menyebabkan kecacatan janin.

    Jika anda dipreskripsikan dengan ubat dilarang semasa hamil di bawah, sila rujuk dengan doktor anda.

  • Chloramphenicol – Ini merupakan ubat antibiotik yang dipreskripsikan untuk merawat jangkitan. Pengambilan ubat ini semasa hamil meningkatkan risiko sindrom bayi kelabu (keadaan kesihatan yang boleh mengancam nyawa bayi).
  • Levofloxacin dan ciprofloxacin – Sama seperti chloramphenicol, kedua-dua ubat ini adalah antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria. Menurut satu kajian pada tahun 2017, pengambilan ubat ini boleh meningkatkan risiko keguguran. Ia juga boleh menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang dan otot bayi di dalam kandungan.
  • Ubat malaria primaquine – Tidak banyak kajian yang dibuat untuk melihat kepada kesan ubat primaquine terhadap ibu hamil. Namun kajian terhadap subjek haiwan menunjukkan ia boleh menyebabkan kecacatan janin.
  • Sulfonamides – Lagi antibiotik.  Ubat ini meningkatkan risiko keguguran dan masalah jaundis (kekuningan) pada bayi baru lahir.
  • Trimethoprim – Antibiotik ini boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf pada bayi yang sedang membesar.
  • Codeine, ubat batuk – Siapa yang ketagih dengan ubat batuk tu harapnya berhentilah ambil ubat ini. Ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.
  • Ibuprofen, ubat tahan sakit – Selain keguguran, ubat ibuprofen boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi pada bayi seperti jaundis, pendarahan, kerosakan pada dinding usus perut. Ia juga boleh menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus.
  • Ubat cair darah warfarin – Selain daripada mengelakkan pembekuan darah, warfarin juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital pada janin. Pengambilan ubat ini perlu dipantau oleh doktor.
  • Clonazepam, ubat tidur – Selain daripada merawat masalah keresahan dan serangan panik, ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.
  • Lorazepam – Sama seperti clonazepam, ubat ini juga boleh menyebabkan masalah simptom withdrawal. Namun, skala keterukannya boleh mengancam nyawa bayi yang baru lahir.
  • suplemen ibu hamil
    Perlukah ibu hamil ambil suplemen tambahan?

    Bagaimana jika doktor preskripsikan saya ubat dilarang semasa hamil ini?

    Larangan berkenaan dengan pengambilan ubat dilarang semasa mengandung yang tersenarai adalah berdasarkan kajian berkaitan.

    Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang membenarkan penggunaan ubat yang tersenarai.

    Mereka yang dipreskripsikan dengan ubat yang berisiko menyebabkan komplikasi akan dipantau dengan lebih rapi.

    Kesan positif ubat dilarang semasa hamil  yang diberikan perlu ditimbang tara dengan risiko komplikasi yang dialami oleh ibu hamil.

    Sebagai contoh, sekiranya anda terkena jangkitan dan tiada satu pun antibiotik yang berkesan (atau anda alergi) melainkan apa yang disenaraikan di atas, situasi tersebut adalah lebih klinikal.

    Ini bermakna, pemberian ubat dilarang semasa hamil tersebut dibuat atas dasar untuk menyelamatkan nyawa ibu dan dalam masa yang sama meminimumkan risiko ke atas janin.

    Oleh sebab itu, adalah sangat penting bagi anda yang sedang hamil sentiasa menurut nasihat doktor yang merawat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan