backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ghairah Tengok Benda Seksi Sebab Hidung Berdarah? Ini Jawapan SEBENAR Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/02/2024

    Ghairah Tengok Benda Seksi Sebab Hidung Berdarah? Ini Jawapan SEBENAR Anda Perlu Tahu

    Sekiranya anda adalah seorang peminat tegar karya kartun Jepun (anime), mesti anda selalu menonton babak di mana ada watak mengalami hidung berdarah bukan? Namun begitu, adakah benar punca hidung berdarah bagi watak tersebut berlaku setiap kali mereka memikirkan perkara yang menghairahkan?

    Bagaimana pula cara tradisional merawat hidung berdarah ini?

    Untuk tahu jawapannya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila klik di sini.

    Apakah sebenarnya pendarahan pada hidung?

    Sebelum itu, kita perlu tahu apa punca sebenar kondisi hidung berdarah berlaku terlebih dahulu.

    Kondisi ini boleh terjadi sekiranya saluran darah kecil yang berada dalam lubang hidung pecah akibat sentuhan atau tekanan yang terlalu kuat.

    Sebagai contoh, perbuatan mengorek hidung dengan terlalu ganas boleh mengakibatkan kondisi ini berlaku.

    Ini kerana jari yang anda guna untuk mengorek mungkin akan terkena saluran darah kecil di dalam lubang hidung lantas menyebabkannya pecah.

    Akan tetapi, telah timbul satu teori di mana ada yang mengatakan bahawa perasaan ghairah akibat rangsangan seksual juga boleh jadi punca hidung berdarah! Adakah ia benar?

    Adakah benar ghairah boleh sebabkan hidung berdarah?

    Menurut satu teori, peningkatan rangsangan seksual mempunyai kaitan yang sangat erat dengan peningkatan tekanan darah. Secara hipotesisnya, semakin tinggi rangsangan seksual, semakin tinggi tekanan darah dalam tubuh badan.

    Disebabkan ini, ada yang percaya bahawa ia akan menyebabkan saluran darah kecil yang terdapat dalam lubang hidung boleh pecah akibat tekanan yang terlalu tinggi.

    Jika difikirkan secara logik akal, ia memang ada kemungkinan untuk berlaku. Namun, teori ini adalah SALAH sama sekali jika dinilai dari sudut saintifik.

    Menurut penjelasan yang diberikan oleh laman sesawang Blood Pressure UK, tekanan darah memang akan meningkat ketika mendapat rangsangan seksual.

    Pun begitu, ia hanyalah dalam skala yang sangat kecil sahaja dan bukanlah punca hidung kerap berdarah.

    Kenyataan ini turut disokong oleh laman sesawang Mayo Clinic yang menyatakan bahawa punca hidung berdarah bukan disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

    Sebaliknya, ia hanyalah faktor risiko yang akan menerukkan lagi kondisi ini sekiranya ia berlaku.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, ghairah TIDAK boleh sebabkan hidung berdarah seperti yang terjadi di dalam kartun. Ia hanyalah sekadar komedi semata-mata.

    Namun, anda juga perlu tahu bahawa kondisi hidung berdarah itu sememangnya wujud dan ia berlaku disebabkan punca hidung kerap berdarah yang lain.

    Selain saluran darah pecah, apa punca hidung berdarah yang lain?

    punca hidung berdarah
    Hidung berdarah sebab stres.

    Perbuatan mengorek hidung dengan terlalu ganas juga merupakan salah satu punca hidung kerap berdarah kerana ia boleh menyebabkan saluran darah dalam lubang hidung anda pecah.

    Pun begitu, ada beberapa lagi punca hidung berdarah yang lain, antaranya:

    • Udara yang kering dan sejuk
    • Reaksi alahan
    • Keradangan yang disebabkan bahan kimia
    • Bersin terlalu kerap
    • Pengambilan ubatan seperti aspirin pada dos yang tinggi
    • Jangkitan sistem pernafasan
    • Kecederaan pada hidung
    • Ada objek asing yang tersangkut di dalam lubang hidung

    Dalam pada itu, punca hidung berdarah sebelah kiri juga boleh terjadi disebabkan:

    • Tekanan darah tinggi
    • Gangguan pendarahan
    • Kanser

    Kebanyakan kes pendarahan pada hidung tidak memerlukan rawatan perubatan. Pun begitu, anda mungkin perlu lebih berhati-hati sekiranya pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit, atau jika ia terjadi selepas anda mengalami kemalangan.

    Kemalangan ini termasuklah seperti kemalangan jalan raya, terjatuh, atau ditumbuk pada bahagian muka.

    Hidung berdarah selepas kejadian malang seperti ini adalah tanda anda mengalami patah hidung, retak tengkorak atau pendarahan dalaman.

    Jadi, jangan ambil mudah ya!

    Bagaimana untuk mengelak pendarahan pada hidung berlaku?

    penyebab hidung berdarah
    Kanak-kanak pun boleh mengalami hidung berdarah.

    Baiklah. Sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat banyak punca hidung berdarah dan keghairahan seksual bukanlah salah satu daripadanya.

    Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelak kondisi ini daripada berlaku? Terdapat beberapa cara tradisional merawat hidung berdarah yang boleh anda cuba seperti berikut:

    • Jangan terlalu kerap guna penyaman udara di dalam rumah
    • Pasang pembersih udara untuk memastikan udara tidak terlalu sejuk atau kering
    • Elakkan mengorek hidung dengan terlalu ganas
    • Hadkan pengambilan aspirin, sebaiknya bincang dahulu dengan doktor anda
    • Guna antihistamines dan decongestants secara berkala sahaja
    • Guna saline spray atau gel yang boleh mengekalkan kelembapan dalam lubang hidung
    cabut bulu hidung
    Cara betul buang bulu hidung.

    Konklusi

    Kesimpulannya, situasi di mana seseorang mengalami hidung berdarah tatkala sedang berfantasi sesuatu yang mengghairahkan hanyalah sekadar hiperbola semata-mata.

    Memang benar tekanan darah dalam tubuh badan boleh berubah ketika sedang asyik dirangsang nafsu seksual, namun ia bukanlah punca hidung kerap berdarah.

    Sebaliknya, ia mungkin terjadi akibat beberapa faktor lain seperti kecederaan pada saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung dan pelbagai lagi faktor lain.

    Jadi, jika ada kenalan anda yang mengalami hidung berdarah, jangan terus tuduh dia sedang berfantasi mengenai seks pula ya? Banyak sebab lain yang boleh jadi punca hidung berdarah sebenarnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan