Alahan mengandung atau morning sickness merupakan antara simptom yang biasa dialami pada awal kehamilan. Rasa loya, muntah, pening dan sensitif terhadap bau tertentu boleh membuatkan rutin harian ibu menjadi kurang selesa.
Alahan mengandung atau morning sickness merupakan antara simptom yang biasa dialami pada awal kehamilan. Rasa loya, muntah, pening dan sensitif terhadap bau tertentu boleh membuatkan rutin harian ibu menjadi kurang selesa.

Walaupun keadaan ini lazim berlaku, ibu tidak semestinya perlu menanggung rasa tidak selesa tersebut sepanjang hari.
Ada beberapa langkah mudah yang boleh dicuba sebagai cara hilangkan alahan mengandung dan membantu mengurangkan rasa loya.
Tetapi bila sebenarnya morning sickness bermula? Kenapa ibu mengandung kerap muntah dan pening? Dan bilakah alahan mengandung akan hilang?
Jom fahami dahulu puncanya sebelum mencuba beberapa tip untuk melegakan simptom.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Morning sickness biasanya berlaku pada peringkat awal kehamilan dan boleh bermula sekitar minggu ke-4 hingga ke-7.
Bagi kebanyakan wanita, simptom seperti loya dan muntah akan menjadi lebih ketara sekitar trimester pertama. Namun, tempoh dan tahap keterukan alahan mengandung berbeza bagi setiap individu.
Antara simptom yang biasa dialami termasuk:
Walaupun dikenali sebagai morning sickness, rasa loya dan muntah sebenarnya boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari.
Punca sebenar morning sickness masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dipercayai memainkan peranan.
Tahap hormon seperti human chorionic gonadotropin (hCG) dan estrogen meningkat dengan ketara pada awal kehamilan.
Hormon hCG khususnya meningkat dengan cepat pada peringkat awal dan mencapai paras yang tinggi sekitar minggu ke-9 hingga ke-12. Perubahan hormon ini dipercayai berkait dengan rasa loya dan muntah yang dialami sesetengah ibu.
Progesteron membantu merehatkan otot rahim bagi menyokong kehamilan. Namun, hormon ini juga boleh memperlahankan pergerakan sistem penghadaman.
Kesannya, sesetengah ibu mungkin mengalami:
Semasa hamil, sesetengah wanita menjadi lebih sensitif terhadap bau tertentu. Bau makanan, minyak wangi atau asap yang sebelum ini tidak mengganggu mungkin tiba-tiba mencetuskan rasa loya atau muntah.
Bagi kebanyakan wanita, alahan mengandung akan beransur-ansur berkurangan apabila kehamilan memasuki trimester kedua.
Ada yang mula berasa lebih baik sekitar minggu ke-12 hingga ke-14, manakala sesetengah wanita mungkin mengalami loya lebih lama.
Jadi, tiada tempoh tepat bila alahan mengandung akan hilang kerana setiap kehamilan adalah berbeza.
Jika loya dan muntah masih teruk selepas trimester pertama atau semakin bertambah, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.
Tiada satu cara yang berkesan untuk semua ibu, tetapi beberapa langkah mudah boleh membantu mengurangkan loya dan muntah.
Elakkan perut kosong terlalu lama dengan mengambil hidangan kecil atau snek seperti biskut tawar dan roti bakar sepanjang hari. Jika loya lebih teruk pada waktu pagi, cuba makan sedikit sebelum bangun dari katil.
Muntah berulang boleh menyebabkan dehidrasi. Jika sukar minum banyak air sekaligus, ambil sedikit tetapi lebih kerap atau cuba menghisap kiub ais.

Kenal pasti makanan, minuman atau bau yang membuatkan anda lebih loya. Makanan yang terlalu berlemak, pedas atau berbau kuat mungkin sukar diterima ketika morning sickness.
Halia boleh membantu mengurangkan loya bagi sesetengah wanita hamil.
Anda boleh mengambilnya dalam makanan atau minuman seperti teh halia. Jika ingin mengambil suplemen halia, rujuk doktor terlebih dahulu.
Keletihan boleh membuatkan loya terasa lebih teruk. Jadi, pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Bilas mulut dengan air selepas muntah untuk membantu mengurangkan kesan asid pada gigi. Elakkan memberus gigi serta-merta selepas muntah kerana asid boleh melembutkan enamel buat sementara waktu.
Jika loya dan muntah terlalu teruk sehingga sukar makan atau minum, mengalami dehidrasi atau kehilangan berat badan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Moring sickness biasanya tidak membahayakan ibu atau bayi. Namun, muntah yang terlalu kerap dan teruk boleh menyebabkan dehidrasi serta kekurangan nutrien.
Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda:
Keadaan muntah yang sangat teruk semasa hamil juga boleh dikaitkan dengan hiperemesis gravidarum, yang mungkin memerlukan rawatan perubatan.
Alahan mengandung biasanya berlaku pada peringkat awal kehamilan dan boleh menyebabkan loya, muntah, pening serta sensitiviti terhadap bau. Walaupun morning sickness adalah perkara biasa, tahap dan tempohnya berbeza bagi setiap ibu.
Antara cara hilangkan alahan mengandung yang boleh dicuba ialah makan sedikit tetapi kerap, mengelakkan pencetus loya, minum air dengan kerap, mengambil makanan yang lebih mudah diterima dan mendapatkan rehat yang mencukupi.
Namun, jika muntah terlalu kerap sehingga anda sukar makan atau minum, mengalami dehidrasi atau kehilangan berat badan, jangan anggap ia sekadar alahan mengandung biasa.
Dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan anda dan bayi mendapat penjagaan yang sewajarnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Morning sickness. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/morning-sickness/diagnosis-treatment/drc-20375260, Accessed on March 6, 2023.
Morning Sickness Remedies. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/morning-sickness-remedies Accessed on March 6, 2023 .
Taste, smell and food-related nausea and vomiting responses in hyperemesis gravidarum: A case-controlled study. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7064589/. Accessed on March 6, 2023.
Morning Sickness. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16566-morning-sickness-nausea-and-vomiting-of-pregnancy. Accessed on March 6, 2023.
Morning Sickness. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/morning-sickness. Accessed on March 6, 2023.
Versi Terbaru
12/08/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa