Jangan salah lagi, berikut adalah cara ciuman lidah dan leher yang perlu anda dan pasangan ikut:
#1. Lakukan dari pelbagai arah dan posisi
Tiada siapa yang kata ia hanya boleh dilakukan dari depan sahaja! Anda juga boleh cuba buat dari belakang pasangan. Ini sudah pasti akan beri unsur kejutan yang sangat diperlukan oleh si dia.
Peluklah pasangan kalian dari belakang atau pelbagai arah dan posisi lain agar tidak mudah jemu.

#2. Gunakan tangan untuk teroka tubuh badan
Ketika aktiviti berpelukan dan berciuman berlangsung, tangan itu jangan cuma diam sahaja ya? Ia boleh main peranan penting untuk menyentuh, meraba serta meramas tubuh badan pasangan.
Sebaiknya, cuba usik di zon erotik pasangan seperti dada, paha, punggung, alat sulit serta lain-lain.
#3. Jangan cuma lakukan ciuman lidah dan leher, buat juga benda lain
Kenapa ramai orang cuma cium leher pasangan sedangkan ada banyak lagi benda lain boleh buat? Contohnya, anda juga boleh menjilat, menghisap dan menggigit di sekitar kawasan leher itu.
Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan lovebite atau gigitan cinta yang akan buat kalian lebih ghairah. Dalam pada itu, ia juga bakal meninggalkan suatu kenangan.
Ketika sedang sedap menggigit leher pasangan, anda harus sentiasa ingat untuk tidak berlebihan agar tidak terjadi masalah kulit tercedera. Segera jumpa doktor jika ada masalah berkenaan.
Baca lagi artikel berkaitan:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen