Memang benar bahawa apabila diambil dalam jumlah yang sedikit, alkohol berupaya untuk memberikan rasa tenang dan kurang cemas. Namun yang demikian, terlalu banyak alkohol adalah berbahaya kepada sistem saraf anda. Akibatnya, anda boleh mengalami masalah kelesuan dan juga kesukaran untuk mendapat rangsangan. Tambahan lagi, penyalahgunaan dadah berupaya untuk menekan nafsu berahi anda. Contohnya, marijuana mempunyai keupayaan untuk menekan penghasilan testosteron oleh kelenjar pituitari.
Ketidakseimbangan hormon
Libido atau nafsu berahi, dipengaruhi secara langsung oleh hormon testosteron. Justeru, ianya agak lazim untuk melihat gangguan libido disebabkan oleh paras testosteron yang rendah. Terdapat pelbagai punca kepada gangguan imbangan hormon. Menurut Ira Sharlip, MD, Professor klinikal bidang Urologi di University of California, San Francisco, merangkap jurucakap bagi Persatuan Urologi Amerika, paras testosteron yang rendah boleh disebabkan oleh kecederaan, keradangan atau ketumbuhan pada testis.
Merokok
Rokok, tembakau dan juga cerut boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah yang membekalkan darah dan nutrien ke kawasan zakar. Apabila aliran darah telah tersekat, darah akan pergi ke bahagian organ yang penting terlebih dahulu dan zakar merupakan antara bahagian badan yang terakhir untuk menerima bekalan darah, walaupun ketika rangsangan seks. Ini menjelaskan mengapa nafsu berahi anda berkurang.
Dengan atrikel ini, jelaslah terdapat beberapa sebab dan punca mengapa seseorang mengalami masalah kentandusan nafsu berahi atau libido. Apabila anda telah mengenal pasti punca tersebut, hapuskannya demi kebaikan anda. Sekiranya anda masih mengalami masalah libido, berjumpalah dengan doktor anda, pakar diet ataupun pakar kesihatan yang lain untuk mendapatkan pemeriksaan, panduan dan juga rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atauapun rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen