Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merah, ia baik untuk mata.” Tetapi apakah kebaikan lobak merah hanya untuk mata?
Haa…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, marilah baca perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Nutrisi lobak merah
Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini.
Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap.
Carrot ( karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:
- Kalori – 52
- Karbohidrat – 12.26 g
- Gula – 3 g
- Protein – 1.19 g
- Lemak – 0.31 g
- Serat – 3.6 g
- Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram)
- Vitamin C- 7.6
- Kalsium – 42 mg (miligram)
- Zat besi – 0.38 mg
- Magnesium – 15 mg
- Fosforus – 45 mg
- Kalium – 410 mg
- Sodium – 88 mg
- Zink – 0.31 mg
- Folat – 24 mcg
- Vitamin K – 16.9 mcg
Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA).
Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.
Kebaikan lobak merah
Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay?
Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.
- Penjagaan mata
Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata.
Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
- Kecantikan kulit antara kebaikan lobak merah
Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan.
Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
- Cegah kanser
Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser.
Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan.
Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah.
Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.
Baca juga: