Cara terbaik untuk memberus gigi adalah dengan menggosok keseluruhan gigi untuk tempoh 2 minit. Ini kerana ia bagaikan menjadi satu kebiasaan individu menggosok gigi untuk tempoh kurang daripada 30 saat.
Tindakan itu sememangnya meningkatkan risiko kekotoran tertinggal dan peratusan tidak menggosok keseluruhan gigi anda adalah sangat tinggi. Jadi luangkan 2 minit untuk menggosok gigi.
Bagi pemilihan berus gigi pula, anda boleh memilih untuk menggunakan berus gigi elektrik atau berus gigi tradisional.
Kelebihan penggunaan berus gigi elektrik adalah ia mungkin membantu anda untuk mencuci dengan lebih baik berbanding berus gigi tradisional.
Tetapi ia bukanlah satu kewajipan untuk anda menggunakannya. Tidak kira berus gigi elektrik atau tradisional, yang penting adalah anda perlu memberus dengan baik.
#3 Flossing
1 tabiat jarang dilakukan. Tetapi flossing sebenarnya amat penting sebagai salah satu cara penjagaan gigi.
Ia dapat membantu mencuci dan mengeluarkan kotoran terlekat atau berada pada celahan gigi yang tidak tercapai ketika anda memberus.
Sewaktu anda memberus, anda hanya dapat membersihkan 60 peratus sahaja daripada keseluruhan gigi anda? Dan flossing dapat membersihkan baki 40% yang tertinggal.
Mulai hari ini, jadikan flossing sebagai salah satu amalan penjagaan gigi harian anda, sekurang-kurangnya 2x sehari.

#4 Rawatan berkala
Doktor gigi merupakan antara doktor yang paling jarang anda jumpa, bukan?
Kebiasaannya anda hanya berjumpa dengan doktor gigi apabila berdepan dengan masalah gigi kuning. Situasi yang paling biasa berlaku adalah apabila keadaan gigi anda sudah terlalu kronik, baru teringat nak jumpa doktor gigi.
Kalau sakit yang sikit-sikit itu, pandai pula tanya ‘Pak Cik Google’ untuk petua.
Setahun 2x, jangka waktu rawatan yang disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor gigi. Jadi, janganlah terlalu berkira atau takut.
Bak kata Dr Ibrahim, pencegahan itu sebenarnya lebih murah dan mudah berbanding rawatan yang mungkin akan memakan kos yang lebih berlipat ganda. Rajin-rajinkanlah diri untuk berjumpa doktor gigi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen