Manfaat Lobak Merah kepada Penglihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin selalu mendengar saranan ibu bapa anda untuk makan lobak merah agar penglihatan anda lebih baik sejak usia kecil lagi. Walau bagaimanapun, adakah pengambilan lobak merah benar-benar membantu kesihatan mata anda?

Lobak merah kaya dengan Lutein

Lobak merah kaya dengan lutein, antioksidan penting yang membantu kesihatan anda. Makanan yang kaya dengan lutein telah dikenal pasti meningkatkan ketumpatan pigmen yang terkandung dalam makula, iaitu kawasan kuning berbentuk bujur yang terletak di pusat retina. Apabila ketumpatan pigmen telah meningkat, retina dilindungi dengan lebih baik, dan risiko mengalami kemerosotan akan berkurangan.

Lobak menyediakan karotenoid

Untuk mendapatkan penglihatan yang baik, anda perlu mengambil banyak karotenoid (juga dikenali sebagai beta-karotena), yang terkandung dalam lobak merah. Apabila dimakan, karotenoid akan bertukar bentuk menjadi vitamin A yang boleh digunakan, dikenali sebagai retinol, yang sesuai untuk dicerna badan. Memandangkan beta-karotena penting untuk tubuh menghasilkan vitamin A, kekurangan beta-karotena boleh menyebabkan masalah penglihatan dalam keadaan kurang pencahayaan. Demikianlah mengapa orang dewasa sentiasa menggesa kita untuk makan banyak lobak merah.

Setiap kali anda mengunyah lobak merah, anda mengambil sejumlah besar beta-karotena. Beta-karotena ini akan disalurkan ke hati selepas dimakan, di mana ia akan bertukar kepada satu lagi bentuk vitamin A. Karotene juga akan disebarkan kepada mata, yang akan bertukar kepada pigmen rhodopsin yang baik untuk mata.

Lobak mencegah penyakit penglihatan 

Pelbagai jenis vitamin dan nutrien terdapat dalam lobak merah, misalnya, vitamin C, E dan A. Kebaikan nutrien ini adalah sebab mengapa anda harus makan lebih banyak lobak, kerana ia membantu mengurangkan kesan penyakit mata berbahaya, seperti katarak dan degenerasi makula berkaitan usia. Di samping itu, lobak merah juga telah terbukti menjadi jenis sayur-sayuran yang mempunyai jumlah vitamin A tertinggi, yang bermakna pengambilannya sangat memberi kesan kepada mereka yang kekurangan vitamin A. Di negara-negara membangun, terdapat beribu-ribu kanak-kanak akan buta setiap tahun kerana kekurangan vitamin A, dengan itu, memakan lobak merah setiap hari perlu digalakkan.

Disebabkan banyak vitamin dan mineral yang dibawa lobak merah, memakannya menghasilkan pelbagai kebaikan. Di samping itu, gabungkan lobak merah dengan makanan lain untuk mendapatkan hidangan dengan manfaat kesihatan yang terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

    Tahukah anda, ada satu diet umur panjang yang boleh diamalkan sekiranya anda ingin panjang umur. Diet ini dikenali sebagai Diet Zon Biru.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan Di Usia Emas 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

    Anda mahu jika kami ajarkan cara kurus tanpa perlu berdiet? Ini cara cara untuk kurus yang boleh diikuti. Anda pasti terkejut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet & Turun Berat Badan 22/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pening Lagi, Ini Menu Diet Seminggu Untuk Kurus Yang Patut Anda Cuba!

    Anda mahu tahu contoh menu diet 7 hari? Kami kongsikan di sini beberapa contoh menu diet seminggu. Boleh cuba di rumah bersama ahli keluarga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet Sihat 19/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wajah Nampak Tua Jika Ada Masalah Kantung Mata, Macam Mana Nak Hilangkan?

    Dari mata turun ke hati, sepasang mata cantik mampu menambat mereka yang memandang. Namun, bagi yang mempunyai kantung mata, mungkin menjadi satu masalah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Mata Lain 18/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    makanan tidak berkhasiat

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    mata bertahi

    Penuh Tahi Mata Sampai Susah Nak Kelip? Kena Periksa Cadar Tilam & Sarung Bantal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 2 minit bacaan
    cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata

    Angkara Kurang Tidur, Jadilah ‘Mata Panda’, Ada 9 Cara Untuk Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan