Mengapa Perlu Matikan Lampu Semasa Tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019
Share now

Berapa kali anda tertidur dengan lampu atau televisyen yang terbuka? Atau berjaga malam menggunakan komputer sebelum tidur?

Tahukah anda bahawa faktor utama dalam mengawasi tidur dan jam biologi anda adalah pendedahan kepada cahaya atau kegelapan? Jadi tertidur dengan lampu mungkin bukan yang terbaik untuk mendapatkan tidur malam yang baik.

Masalah kesihatan akibat tidur dengan lampu terbuka

Tidur sangat berharga, begitu juga dengan kesihatan anda. Anda mungkin berfikir mentol LED atau lampu jalan yang berdekatan baik-baik sahaja dan tidak memberikan kesan kepada diri anda, tetapi sebenarnya anda silap.

Jika anda ingin mengekalkan kesihatan dengan baik dan mendapatkan kualiti tidur yang baik, anda perlu memahami bagaimana cahaya berpotensi memberi kesan negatif kepada anda ketika tidur!

Berisiko tinggi terhadap kanser

Ia mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi tidur dengan lampu terbuka boleh meningkatkan peluang anda mendapat kanser. Satu kajian dari MIT mendapati bahawa dua gen yang bertanggungjawab untuk memahami masa, mempunyai keupayaan untuk menyekat tumor. Memusnahkan gen serta kekeliruan dengan rutin cahaya dan kegelapan boleh menyebabkan penyekat tumor yang berkurangan dan membuat tumor berpotensi lebih buruk.

Orang yang paling berisiko tinggi mendapat kanser akibat pendedahan terhadap cahaya lampu adalah mereka yang bekerja pada syif malam. Cahaya pada waktu malam adalah faktor risiko yang signifikan untuk membangunkan kanser payudara, menurut penyelidik yang mengkaji semula data dari 1,679 wanita dan menerbitkan penemuan mereka di Chronobiology International.

Perubahan hormon

Walaupun cahaya mungkin berbeza, cahaya biru yang disebarkan melalui televisyen, komputer atau telefon bimbit boleh membuktikan ia sama, berbahanya. Jenis cahaya ini memancarkan cahaya biru yang menbuatkan perubahan dalam hormon tubuh anda, seperti penurunan melatonin apabila anda terdedah kepada cahaya. Tubuh manusia direka untuk menjadi letih ketika ia gelap dan terbangun ketika cahaya menjadi terang, tetapi pencahayaan buatan dapat menyingkirkan pemahaman ini yang akhirnya menyebabkan gangguan hormon.

Masalah jantung

Seolah-olah peningkatan risiko kanser dan perubahan hormon tidak mencukupi untuk menjadi lebih berhati-hati terhadap lampu di sekeliling anda terutamanya pada waktu malam, kemungkinan juga menyebabkan peningkatan risiko masalah jantung. Menurut Harvard Health Publications, satu kajian telah menghubungkan komplikasi jantung yang kurang selesa dan sejak cahaya mempunyai kesan terhadap kualiti tidur, ia menyebabkan seseorang terjaga kerana kemampuannya menghancurkan melatonin.

Berisiko depresi

Cahaya menyebabkan seseorang terjaga yang boleh membawa kepada kualiti tidur yang kurang baik, dan mendapati cahaya memberi kesan kepada peraturan otak untuk mood. Satu kajian yang dilakukan oleh ahli biologi dari John Hopkins diterbitkan dalam jurnal Nature menyimpulkan bahawa cahaya mempengaruhi struktur neurologi otak yang terlibat dengan emosi. Terlalu banyak cahaya pada waktu yang tidak sesuai seperti waktu tidur boleh mempunyai kesan kemurungan yang tidak diingini.

Kesihatan reproduktif

Penerbitan dalam Epidemiologi, penyelidik melaporkan bahawa kerja syif yang menyebabkan peningkatan pendedahan kepada cahaya pada waktu malam, kelihatan mengganggu kitaran haid pekerja wanita. Semakin banyak masa yang dihabiskan untuk kerja syif, semakin tidak teratur kitaran haid seseorang. Para penyelidik beranggapan bahawa pendedahan terhadap cahaya dan kekeliruan waktu bangun atau terjaga boleh mengganggu kesuburan dari semasa ke semasa.

Obesiti

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences, walaupun cahaya terang pada waktu malam mungkin mengatur semula irama fizikal lain, seperti jadual makan. Penyelidik mendedahkan tikus kepada cahaya pada waktu malam lebih lapan minggu dan mendapati bahawa berlaku peningkatan berat yang lebih banyak berbanding tikus yang tidak terdedah kepada lampu malam. Dan, para penyelidik menyatakan bahawa penambahan berat pada tikus itu disebabkan oleh kecelaruan makan. Sebaliknya, jika tikus yang terdedah kepada cahaya pada waktu malam, tetapi dengan makanan yang terhad, ia tidak mendapat lebihan berat badan.

Berhati-hati dengan penggunaan lampu waktu malam

Untuk mengelakkan risiko akibat membiarkan lampu terbuka semasa tidur, tidak bermakna anda perlu berada dalam kegelapan secara berterusan. Tetapi cuba mengehadkan penggunaan cahaya pada waktu petang. Menutup tirai atau langsir untuk menyekat cahaya jalan, menahan diri daripada menyalakan lampu terang jika bangun pada tengah malam, mematikan televisyen sebelum tidur dan mengehadkan penggunan telefon bimbit pada waktu petang terbukti dapat membantu anda menghalang cahaya yang berlebihan pada waktu malam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    LIGHTS OUT FOR A GOOD NIGHT'S SLEEP https://www.sleepfoundation.org/sleep-news/lights-out-good-nights-sleep Accessed on Jan 17, 2019.

    Too Much Light: Ruining Not Just Your Sleep But Your Health Too https://www.everydayhealth.com/sleep/too-much-light-ruining-not-just-your-sleep-but-your-health-too.aspx Accessed on Jan 17, 2019.

    NEGATIVE HEALTH EFFECTS FROM SLEEPING WITH THE LIGHTS ON https://sleepchoices.com/negative-health-effects-from-sleeping-with-the-lights-on/ Accessed on Jan 17, 2019.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser dan Masalah Tidur

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan, sehingga 50 peratus pesakit kanser mempunyai masalah dalam tidur mereka. Jika anda menghadapi masalah dengan tidur, anda tidak bersendirian. Artikel ini akan membantu anda mengetahui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

    Berjalan semasa tidur, sleepwalking atau dikenali sebagai somnambulism, adalah satu gangguan tidur yang menyebabkan individu bangun dan berjalan semasa mereka sedang tidur. Kebanyakan gangguan tidur ini berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Apakah Penyebab Insomnia?

    Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau kekal tidur yang mengakibatkan masalah kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti. Akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Senggama Ketika Sedang Tidur, Biar Betul? Ya, Itu Mungkin Tanda Masalah Seksomnia Ini!

    Jika anda pernah melakukan seks secara seksual semasa tidur, maka anda mungkin mempunyai seksomnia (sexsomnia). Artikel ini akan memberi pembaca pengetahuan tentang gangguan ini. Majoriti orang biasanya berjalan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Anak Anda Tidur Berjalan? Ketahui Tentang Somnambulisme

    Anak Anda Tidur Berjalan? Ketahui Tentang Somnambulisme

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/01/2020
    Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019
    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019
    Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

    Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/03/2019