Benarkah Lelaki Alami Menopaus?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Mungkin sebelum ini ramai yang menyangka hanya wanita yang akan mengalami kesan perubahan hormon. Tetapi terdapat kajian yang mengatakan bahawa lelaki turut berdepan simptom perubahan hormon, atau dikenali sebagai andropaus, sama seperti wanita yang mengalami perimenopaus dan menopaus. Namun, adakah benar bahawa lelaki alami menopaus?

Apa itu menopaus lelaki?

Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab kepada perubahan; suara, jisim otot, pertumbuhan rambut pada muka dan tubuh pada lelaki. Apabila seorang individu lelaki semakin meningkat usia, tahap testosteron secara beransur-ansur menurun, dan kesannya akan muncul simptom pada aspek fizikal dan psikologi.

Perubahan hormon adalah satu proses penuaan semulajadi. Walau bagaimanapun, perubahan hormon yang berlaku mungkin tidak dramatik seperti yang berlaku ke atas individu wanita. Dianggarkan bahawa testosteron berkurangan hampir 10% setiap dekad selepas lelaki mencapai usia 30 tahun.

Keadaan ini dirujuk sebagai andropaus, berkaitan dengan pengurangan hormon testosteron lelaki. Individu yang mengalami andropaus mungkin mempunyai beberapa simptom yang berkaitan dan berisiko berdepan masalah kesihatan yang lebih serius seperti osteoporosis tanpa rawatan yang sewajarnya.

Simptom

Walaupun simptom yang dihadapi mungkin berbeza bagi setiap individu, beberapa simptom fizikal, seksual dan psikologi umum yang mungkin dialami apabila berdepan masalah andropaus adalah seperti:

  • Kelesuan, kurang tenaga
  • Keletihan, sukar untuk fokus
  • Kemurungan, kesedihan
  • Masalah seksual seperti hilang keinginan seksual, sukar untuk ereksi
  • Perubahan emosi, hilang motivasi
  • Kehilangan jisim otot, kekuatan tubuh
  • Peningkatan berat badan
  • Keyakinan diri berkurangan
  • Sukar untuk tidur, insomnia

Tidak seperti menopaus wanita, apabila pengeluran hormon terhenti sepenuhnya, penurunan hormon testosteron pada lelaki berlaku secara perlahan-lahan. Testis, tidak seperti ovari, tidak akan berhenti menghasilkan testosteron. Individu lelaki yang sihat, mungkin masih dapat menghasilkan sperma pada usia 80 tahun atau lebih dari itu.

Namun, jika seseorang individu lelaki itu mengalami penyakit atau sebarang masalah kesihatan, perubahan pada fungsi dan keupayaan testis mungkin akan berlaku seawal usia 45 hingga 50 tahun dan akan menjadi lebih dramatik selepas usia 70 tahun.

Bolehkah andropaus dirawat?

Jika tahap testosteron rendah, terapi penggantian testosteron boleh membantu simpton seperti:

  • Kehilangan minat seks
  • Kemurungan
  • Keletihan

Sama seperti terapi penggantian hormon pada wanita, terapi penggantian testosteron berisiko mengalami kesan sampingan, ia mungkin memburukkan penyakit kanser prostat.

Rawatan paling umum untuk merawat masalah ini adalah dengan melakukan perubahan pada gaya hidup tertentu, seperti:

  • Diet
  • Bersenam
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Kurangkan tekanan
  • Ubatan, seperti anti-kemurungan (jika anda alami masalah kemurungan)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingatkan Seks Hanya Bagi Manfaat, Rupanya Ada Kesan Sampingan Juga! No 4 Tu Kena Hati-hati!

    Hubungan kelamin adalah satu 'kewajipan' untuk pasangan suami dan isteri dalam rumah tangga. Namun, aktiviti seksual turut mempunyai kesan sampingannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Hormon Ini Kurang, Kaum Adam Bakal Dapat 5 Masalah, Termasuk Tumbuh Payudara!

    Hormon testosteron penting buat kaum lelaki. Jika rendah, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah fisiologi termasuklah sukar untuk alami ereksi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Hormon Testosteron Rendah Punca Sperma Kurang? Ini Rawatan Kaum Adam Boleh Cuba!

    Ramai yang percaya bahawa hormon testosteron rendah adalah punca sperma kurang dan ketidaksuburan. Adakah ia benar? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Adakah dengan melakukan seks anal, maka ia menjadi punca buasir baharu muncul? Atau ia sekadar memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa menopaus

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    hormon androgen

    Perempuan Ada Misai, Banyak Bulu: Ini Sebab Hormon Testosteron Tinggi, Apa Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan