Pernah terdengar atau terbaca tentang hormon testosteron normal namun tidak tahu apakah ia? Maka artikel ini adalah sangat sesuai untuk anda!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah terdengar atau terbaca tentang hormon testosteron normal namun tidak tahu apakah ia? Maka artikel ini adalah sangat sesuai untuk anda!
Buat anda yang mungkin belum tahu, testosteron adalah sejenis hormon yang wujud dalam tubuh badan manusia dan lebih tinggi jumlahnya buat lelaki berbanding wanita.
Ia sangat penting untuk kehidupan seharian individu terutamanya buat mereka yang bernama kaum Adam.
Persoalannya, berapakah kadar normal hormon testosteron dalam tubuh badan seorang lelaki? Jom baca lagi!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu serba sedikit tentang apa itu hormon testosteron terlebih dahulu.
Testosteron adalah sejenis hormon yang wujud dalam tubuh badan manusia namun lebih tinggi jumlahnya buat lelaki berbanding wanita.
Bagi lelaki, ia akan dihasilkan di dalam testis manakala bagi wanita pula ia akan dihasilkan di dalam ovari.
Pun begitu, kelenjar adrenal turut menghasilkan hormon ini dalam tubuh badan buat kedua-dua jantina.
Namun tidak semua orang mampu memiliki kadar testosteron yang optimum lantas menjejaskan fungsi tubuh badan mereka secara keseluruhan.
Seperti mana yang kita tahu, hormon ini adalah lebih tinggi dan lebih penting buat lelaki berbanding wanita.
Kandungan normal hormon testosteron sebenarnya sangat bergantung kepada pelbagai aspek yang lain seperti jantina, usia, kondisi kesihatan, fungsi tiroid, status protein dan lain-lain.
Pun begitu, mungkin ada cara yang dapat memberi gambaran kadar normal hormon ini melalui ukuran unit nanograms per deciliter.
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh American Urological Association (AUA), kadar testosteron yang normal buat lelaki adalah sekitar 300 ng/dL.
Manakala menurut Mayo Clinic Laboratories, kadar testosteron yang normal buat wanita berusia 19 tahun ke atas adalah sekitar 8 ke 60 ng/dL sahaja.
Jika terkurang atau terlebih, apakah risikonya buat encik abang di luar sana?
Secara umumnya, lelaki akan mengalami penurunan hormon ini secara berperingkat mengikut peningkatan usia manakala bagi wanita pula, ia akan berlaku secara mendadak.
Jika kalian mengesyaki kadar hormon testosteron rendah, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Mungkin ada yang menyangka bahawa adalah tidak mengapa jika seseorang lelaki itu mempunyai kadar hormon testosteron yang sangat tinggi dalam tubuh badan.
Tidak, ia mungkin akan mengakibatkan masalah ketidaksuburan buat kaum Adam.
Begitu juga dengan golongan wanita, warga emas atau kanak-kanak yang juga akan terjejas terutamanya pada aspek seksual jika hormon ini terlebih dalam tubuh badan.
Buat wanita, ada satu kondisi kesihatan yang boleh terjadi kepada anda jika terlalu tinggi hormon testosteron dalam tubuh badan iaitu polycystic ovary syndrome (PCOS).
Jika kalian rasa kadar hormon testosteron dalam tubuh tinggi, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Akhir kata, semua golongan lebih-lebih lagi lelaki perlu berjaga-jaga dengan kadar hormon testosteron di dalam tubuh badan.
Cuba kekalkannya pada tahap normal iaitu 300 ng/dL agar ia tidak terkurang atau terlebih untuk mengelakkan komplikasi.
Selain itu, jangan sesekali ambil steroid – digunakan untuk membina otot tubuh badan.
Ini kerana steroid boleh menjejaskan atau menghentikan penghasilan semula jadi testosteron dalam tubuh badan.
Ya, memang benar pengambilannya boleh meningkatkan testosteron namun akan memberi kesan yang negatif.
Antara kesan tersebut adalah kurang libido dan ketidaksuburan.
Untuk konsultasi atau sebarang rawatan lanjutan yang diperlukan bagi merawat kondisi berkaitan hormon ini, sila berjumpa doktor segera ya?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen