Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/05/2020

Adakah terdapat sebarang produk hilangkan jeragat yang berkesan dijual di pasaran?

Anda pasti tertanya-tanya mengenai hal ini sewaktu jeragat mula muncul, namun jangan bimbang. Ini kerana terdapat banyak pilihan produk yang boleh anda gunakan untuk hilangkan punca jeragat

Pun begitu, anda mestilah tahu jenis produk yang berkesan dan selamat digunakan untuk menghilangkan jeragat pada wajah.

Ini kerana tidak semua produk hilangkan jeragat itu benar-benar berkesan dan selamat seperti yang diiklankan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk hilangkan jeragat yang berkesan, sila lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.

Apa yang dimaksudkan dengan jeragat?

Sebelum anda terus ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat, eloklah sekiranya anda mengetahui punca jeragat yang ada pada wajah. 

Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda.

Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Punca jeragat ialah disebabkan oleh penghasilan komponen melanin secara berlebihan pada kulit anda.

Melanin bertanggungjawab dalam proses pigmentasi atau penghasilan warna pada kulit dan juga rambut. 

2 keadaan punca jeragat

Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:

#1. Ephelides: ia disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut.

Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.

#2. Lentigin solar: jenis jeragat ini muncul ketika seseorang itu telah dewasa. Ia lebih mudah berlaku pada mereka yang berbangsa Caucasian dan juga mereka yang berumur lebih 40 tahun.

Produk hilangkan jeragat yang boleh anda cuba

Terdapat beberapa produk hilangkan jeragat yang pasti berkesan dan juga selamat bagi menghilangkan jeragat dan punca jeragat.

Berikut adalah 5 jenis produk yang dicadangkan untuk anda.

#1. Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)

punca jeragat

Produk keluaran Himalaya ini berkesan menghilangkan minyak, bakteria dan juga menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.

Perkara-perkara seperti ini juga menjadi antara punca-punca kepada pembentukan jeragat.

Produk ini disarankan untuk digunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi membantu mengurangkan kesan pembentukan melanin.

#2. Eucerin Pro Acne Solution Toner (200ml)

produk hilangkan jeragat

Adakalanya wajah anda masih mempunyai sisa makeup atau kotoran lain yang tidak hilang sepenuhnya walaupun telah dicuci.

Penggunaan produk ini mampu menghapuskan sebarang kotoran yang masih tersisa pada wajah untuk melindungi daripada dicemari radikal bebas atau kerengsaan pada kulit.

Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan produk ini, hanya tuangkan beberapa titisan pada kapas dan sapukan secara perlahan pada wajah.

#3. Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence (15ml)

clinelle

Ia bertindak seperti jenis serum wajah yang lain. Produk ini mengandungi kandungan vitamin, antioksidan, nutrisi dan juga mineral yang membantu menghilangkan punca jerawat pada wajah.

Produk ini juga boleh membantu anda untuk meningkatkan sistem penghadangan kulit dan juga meratakan tona kulit agar lebih sekata.

#4. Benzac AC 5 (60G)

benzac

Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang cenderung untuk mendapat jeragat, jangan bimbang lagi kerana produk krim ini boleh membantu anda.

Krim ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan pada wajah untuk menghilangkan jeragat, malah ia turut sesuai untuk kegunaan pada bahagian kulit yang lain.

Ia juga mampu untuk menyingkirkan sebanyak 94% bakteria penyebab jerawat selepas 1 minggu tempoh penggunaannya.

#5. Avene D-Pigment Light Dark Spot

avene

Produk ini telah terbukti keberkesanannya dan ia juga telah diuji oleh ahli dermatologi.

Ia amat sesuai bagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif kerana dapat memberikan kelegaan terhadap keradangan yang berlaku pada kulit.

Ia bukan sahaja bertindak dengan berkesan bagi menghilangkan punca jeragat, malah membantu menghilangkan parut jerawat dan juga menyeimbangkan tona kulit.

Kesimpulan

Menghilangkan jeragat yang terdapat pada wajah anda bukanlah sesukar yang disangka. Terdapat banyak produk lain yang boleh digunakan selain daripada 5 cadangan produk hilangkan jeragat seperti yang dinyatakan di atas.

Paling penting, cari dan gunakan produk yang terbukti selamat dan telah diuji secara klinikal yang boleh didapati di farmasi.

Elakkan penggunaan sebarang produk tidak berdaftar dan tidak diuji jika tidak mahu kulit muka anda berubah dengan kesan yang tidak diingini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kredit: ProductNation

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Detoks Kulit, Boleh Ke?

Mesti pernah dengar mengenai produk detoks yang dikatakan bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri. Tetapi wujudkah sebenarnya istilah detoks kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Ya, sharing is caring. Tapi tidak semua perkara kita boleh kongsikan. Contohnya, tuala. Terdapat banyak bahaya kongsi tuala yang kalian perlu tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Albino Bukanlah Satu Jenaka, Ini 5 Fakta Tentangnya Yang Akan Mengejutkan Anda!

Sebelum ini, terdapat beberapa individu yang telah membuat lawak jenaka berkenaan individu dengan penyakit albino. Kenapa hal ini tidak patut berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Artikel lain untuk anda

kulit jadi gelap

Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 14/05/2020
mandi air panas

Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 12/03/2020
jatuh cinta

Muka Berjerawat Kerana Sedang Mabuk Dilamun Cinta- Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/03/2020
alahan kulit

JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 12/02/2020