backup og meta

10 Tip Penjagaan Gigi Paling Asas, Barulah Gigi Cantik Berseri

10 Tip Penjagaan Gigi Paling Asas, Barulah Gigi Cantik Berseri

Seringkali kita terlupa atau terlepas pandang bahawa, selain kesihatan mental dan fizikal, kesihatan dan amalan penjagaan gigi juga sebenarnya perlu diberi perhatian. Ia sangat penting bagi memberi kita keyakinan dan senyuman yang mampu mencairkan hati individu yang lain.

Persoalannya, adakah terdapat tip yang benar-benar berkesan untuk menjaga kesihatan oral? Ikuti artikel ini untuk amalan penjagaan gigi dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Tip amalan penjagaan gigi paling asas 

amalan penjagaan gigi

Baru-baru ini menerusi satu sidang media yang bertempat di Kuala Lumpur. Pengurus jenama serantau syarikat pengeluar alat penjagaan kesihatan oral yang terkemuka di dunia, Jordan Asia Pacific Sdn. Bhd. Sandee Chai mengeluarkan kenyataan bahawa, rakyat Malaysia hanya menukar berus gigi mereka sekali dalam tempoh tujuh bulan dan hanya memberus gigi sekali sehari sahaja!

Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia perlu mengubah persepsi mereka terhadap amalan penjagaan gigi dan kesihatan oral dengan memberikan beberapa petua seperti menukar berus gigi setiap tiga bulan dan memberus gigi 30 minit selepas waktu makan untuk mengelak pembentukan plak pada gigi.

Berikut merupakan tip kesihatan oral paling asas yang anda perlu tahu:

#1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari –  Waktu yang paling sesuai untuk memberus gigi anda adalah setiap kali selepas waktu makan.

#2. Gunakan ubat gigi berfluorida – Fluorida dapat membantu menguatkan enamel gigi lalu mengurangkan risiko ia reput.

#3. Berus gigi dengan teliti – Ambil masa sekurang-kurangnya dua ke tiga minit untuk memberus gigi.

#4. Flos gigi setiap hari – Flos gigi anda dengan perlahan dan lembut untuk membuang kotoran yang terlekat di celah gigi.

#5. Kurangkan minuman berasid seperti minuman ringan, kordial dan jus – Ia akan melemahkan material dan menguraikan mineral pada enamel gigi lalu menyebabkan kaviti.

#6. Kurangkan makanan bergula – Bakteria yang terdapat pada plak-plak di gigi akan menukarkan gula menjadi asid.

amalan penjagaan gigi

#7. Lindungi gigi daripada kecederaanKetika bersukan atau melakukan aktiviti lasak, pakai alat perlindungan seperti alat pelindung gigi atau helmet.

#8. Cuba selamatkan gigi yang tercabut – Caranya, letak semula gigi yang tercabut pada tempat asalnya sementara anda mencari rawatan pakar. Jika tidak mampu, simpan gigi tersebut di dalam bekas atau plastik berisi susu dan segera berjumpa doktor gigi.

#9. Elakkan menggunakan gigi untuk mengunyah benda lain selain makanan – Jangan guna gigi untuk memecahkan kacang, membuka tudung botol atau untuk koyak plastik kerana ia berisiko merosakkan gigi.

#10. Pilih produk oral dengan sebaiknya – Pilih produk yang sesuai agar anda sentiasa bermotivasi untuk mengekalkan penjagaan kesihatan oral.

Dalam pada itu, berus gigi merupakan alat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan oral selain ubat gigi, flos gigi dan ubat kumur.

Baca juga:

Berikut merupakan perkara yang anda perlu buat dan harus dielakkan dalam perihal penjagaan berus gigi.

Amalan penjagaan gigi yang perlu dibuat:

amalan penjagaan gigi

  • Ganti berus gigi anda setiap 3 ke 4 bulan sekali. Ia juga boleh digantikan dengan lebih cepat sekiranya bulu berus tersebut mula rosak.
  • Bilas berus gigi anda dengan air selepas memberus gigi dan biarkannya kering. Ini dapat membunuh bakteria yang tumbuh apabila terdedah kepada udara.
  • Simpan berus gigi anda secara menegak agar ia dapat mengalirkan air ke bawah lalu mengering lebih cepat.
  • Biarkan berus gigi anda kering sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menyimpannya.

Kesihatan oral yang harus dielak: 

  • Jangan sesekali berkongsi berus gigi kerana ia boleh menyebarkan kuman dan bakteria yang mampu menyebabkan gigi reput.
  • Jangan letakkan berus gigi dalam bekas kecil untuk tempoh yang lama. Ini kerana kelembapan merupakan faktor pertumbuhan bakteria.
  • Jangan simpan berus gigi anda berdekatan dengan tandas. Kuman boleh tersebar apabila jamban dipam lalu meningkatkan risiko ia tumbuh pada berus gigi.

Kesimpulannya, kesihatan gigi sebenarnya sangat berkait rapat dengan kebersihan dan kecantikan gigi. Dengan mengamalkan tip-tip di atas, senyuman anda pasti akan lebih menarik selepas ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Oral health: A window to your overall health. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/dental/art-20045536. Accessed on July 19, 2022.
  2. Basics of Oral Health. https://www.cdc.gov/healthywater/hygiene/dental/index.html. Accessed on July 19, 2022.
  3. Oral health. https://www.who.int/health-topics/oral-health#tab=tab_1. Accessed on July 19, 2022.
  4. Oral Health. https://www.healthypeople.gov/2020/topics-objectives/topic/oral-health. Accessed on July 19, 2022.
  5. Oral Health. https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/o/oral-health. Accessed on July 19, 2022.

Versi Terbaru

19/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Buat 11 Perkara Penting Ini Untuk Elak Gigi Si Manja Cepat Rosak & Berlubang!

Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini...


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan