Apakah petanda dan simptom baby bottle tooth decay?
Berbeza dengan kaviti yang selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kondisi ini akan menyerang bahagian hadapan gigi anak anda yang jelas kelihatan. Kebanyakan ibu bapa tidak akan perasan akan gejala ini kerana kerosakan gigi ini pada mulanya tidak akan terlihat sehinggalah lapisan enamel gigi terhakis dan memperlihatkan gigi yang sudah reput.
Sebaiknya, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor gigi sekiranya anda perasan gigi anak anda mulai rosak atau anak anda mengadu sakit pada bahagian mulut mereka.
Apa yang perlu dilakukan?
Ada beberapa langkah yang boleh membantu mencegah pereputan gigi berlaku. Ini termasuklah mempraktikkan penjagaan gigi mulut pada awal usia anak anda lagi. Berikut merupakan apa yang boleh dilakukan untuk mengelak pereputan gigi:
- Bersihkan dengan lembut menggunakan pad atau kapas yang bersih setiap kali selepas makan
- Mula berus gigi anak anda tanpa menggunakan ubat gigi sejurus gigi pertamanya mulai tumbuh
- Bersihkan dengan lembut bahagian gusi yang masih belum tumbuh gigi
- Flos gigi anak anda selepas ia mulai tumbuh
- Pastikan anak anda mendapatkan florida yang mencukupi untuk membantu menghilangkan kaviti. Jika air di kawasan anda diami tidak mempunyai florida, berhubunglah dengan doktor gigi atau doktor anda untuk mendapatkannya
- Bawa anak anda berjumpa doktor gigi menjelang ulang tahun pertama kelahirannya untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu takut untuk menghentikan sesuatu tabiat buruk anak anda, Cuba halang anak anda daripada melakukan tabiat seperti menggigit botol susu semasa tidur untuk mengurangkan risiko pereputan gigi dengan:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen