Selepas memberus gigi, jangan terus berkumur. Mengapa demikian? Berkumur pada dasarnya akan membersihkan dan mengurangkan kesan zat florida pada sisa ubat gigi, sehingga hasil penggunaan ubat gigi menjadi tidak maksimum. Sebaiknya tunggu sehingga 5-10 minit, sebelum anda berkumur.
3. Gunakan benang gigi (dental floss)
Anda boleh membersihkan gigi menggunakan benang khas yang mampu membasmi sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi, kerana kebanyakan berus tidak boleh menjangkau ke celah-celah bahagian gigi.
Flossing atau benang gigi bukan hanya berguna mencapai makanan yang menyelit di celah gigi anda, ia juga biasanya mengurangkan risiko jangkitan gigi, bau mulut, dan bahkan menghilangkan plak yang terbentuk di sepanjang gusi. Ini adalah cara menggunakannya:
- Ambil 20-30 cm benang atau pita gigi. Pegang pada dua hujungnya sehingga ada sisa benang yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi.
- Letakan benang di celah gigi dan ke bahagian antara gigi dan gusi.
- Angkat dengan gerakan naik turun di antara gigi, untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak.
4. Gunakan ubat kumur
Selepasselesai memberus dan membersihkan gigi, kini tiba masanya anda boleh menggunakan ubat kumur yang mengandungi florida untuk membantu mencegah kerosakan gigi. Pilih cecair ubat kumur yang tidak mengandungi alkohol. Anda juga boleh menggunakannya di waktu sahur, untuk mendapatkan aroma dan wangian yang segar pada mulut anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen