#4. Setiap kali berbicara mengenai alat kontrasepsi ini, sudah pasti kita akan tertumpu kepada golongan lelaki sahaja. Hakikatnya, ia juga tercipta untuk wanita. Bagi versi wanita, ia mempunyai bentuk seakan kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap penghujungnya. Cara ia digunakan adalah dengan cara memasukkannya ke dalam lubang faraj setiap kali sebelum melakukan hubungan kelamin. Dalam erti kata yang lebih mudah, ia dapat berfungsi menghlang sperma daripada memasuki faraj lantas mencegah kehamilan luar jangkaan.
#5. Ia tidak 100% boleh mencegah kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin. Buat anda yang belum tahu, peratusan keberkesanannya hanya sebanyak 97%. Namun, jumlah yang memberangsangkan ini adalah yang tertinggi dalam senarai kaedah seks selamat yang wujud. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti salah cara guna kondom atau telah tamat tarikh luput.
Jadi, sudah terbukti kondom memang boleh mencegah kehamilan luar jangkaan dari berlaku. Oleh itu, penggunaannya adalah sangat penting bagi pasangan suami isteri terutamanya yang masih muda dalam usaha merancang keluarga.
Akan tetapi, bukan itu sahaja kebolehan alat kontrasepsi ini, ya? Ia juga sangat berkesan dalam usaha menentang penyakit kelamin yang boleh berjangkit (STD)!
Risiko STD lebih tinggi
The Food and Drug Administration (FDA) melaporkan bahawa jutaan individu yang tinggal di Amerika akan menghidapi STD setiap tahun. Antara penyakit kelamin yang dilaporkan selalu terjadi akibat tidak memakai alat kontrasepsi semasa hubungan seks bersama pasangan adalah HIV, gonorrhea, chlamydia, syphilis, herpes dan hepatitis.
Dalam pada itu, risiko STD ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda bertukar-tukar pasangan seks. Ini kerana anda mungkin tidak begitu tahu sejarah kesihatan dengan individu tersebut dan hanya kenal untuk beberapa hari sahaja sebelum memutuskan untuk melakukan ‘one night stand’. Ia adalah perbuatan yang sangat berisiko.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen