backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Positif HIV Bukan Maksud Putus Harapan, Mungkin Ada Rawatan HIV Boleh Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/02/2023

Positif HIV Bukan Maksud Putus Harapan, Mungkin Ada Rawatan HIV Boleh Cuba!

Jangkitan akibat virus HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) merupakan antara penyakit yang ditakuti oleh seluruh populasi dunia. Kerana itu, ramai yang takut jika didiagnosis positif HIV.

Jika anda sering mengikuti perkembangan berkenaan dengan jangkitan ini, anda akan tahu saintis berusaha keras dalam mencari penawarnya.

Setakat ini hanya terdapat beberapa pesakit yang sembuh atau mencapai remisi tanpa bantuan ubat. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kisah benar seorang pesakit yang positif HIV

hiv
Timothy Ray Brown (empat dari kiri) bersama ahli Projek Polisi AIDS. Gambar oleh Griffin Boyce – Flickr (CC BY 2.0).

Pada tahun 1995, Timothy Ray Brown telah menerima diagnosis positif HIV.

Berbekalkan ubat zidovudine (AZT), simptomnya terkawal dan Brown mempunyai jangka hayat pesakit HIV yang hampir sama dengan populasi umum. 

10 tahun berlalu, Brown mula mengalami kelesuan. Takkan AIDS kot? Dia patuh dengan jadual pemakanan ubat yang diberikan dan tidak pernah tertinggal walau satu hari pun.

Pada keesokan harinya, semasa pemeriksaan doktor, Brown diberitahu bahawa jumlah darah merahnya rendah. Setelah melalui beberapa ujian makmal, dia disahkan menghidap leukemia.

Hati siapa yang tidak hancur. Selepas satu ujian yang timbul, satu lagi menunggu. Brown hanya akur dengan ketentuan takdir dan menjalani rawatan terapi kemo.

Dia sepatutnya menjalani 4 kitaran terapi kemo, namun setelah tamat kitaran ketiga, Dr Huetter telah mengambil darah Brown untuk dilihat kesesuaiannya dengan terapi sel induk (stem cell therapy). 

Namun Brown tidak membenarkan rawatan terapi sel induk tersebut memandangkan leukemianya berjaya dikawal dan dia boleh terus mengambil ubat antiretroviral untuk mengawal simptom HIV.

positif hiv

Cadangan yang diberikan oleh Dr Huetter adalah supaya Brown diberikan sel induk yang mempunyai mutasi pada CCR5 Delta 32 yang akan membuatkan sel CD4 Brown kebal terhadap tindakan HIV.

Namun Brown tidak mahu menjadi tikus putih kepada pembedahan eksperimen tersebut.

Namun pada tahun 2006, penyakit leukemia tersebut menjadi bertambah teruk. Dia terpaksa menjalani prosedur pemindahan sel induk untuk menyelamatkan nyawanya.

Setelah memberikan persetujuannya, Brown berhenti mengambil ubat antiretroviral dan mula berdoa agar prosedur tersebut berjaya. Pemindahan sel induk tidak mempunyai kadar kejayaan yang tinggi. 

Namun, prosedur tersebut telah menyelamatkan nyawa Brown dan tiada positif HIV yang dapat dikesan di dalam darahnya.

Setelah melalui prosedur yang sama pada tahun 2008 (kali kedua) akibat daripada leukemia yang menyerang kembali, Brown akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi pengalamannya berkenaan dengan rawatan tersebut.

Potensi rawatan farmakologikal untuk pesakit!

Ubat antiretroviral merupakan salah satu kejayaan terbesar dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang didiagnosis telah positif HIV.

Namun pengambilannya perlu diteruskan seumur hidup dan ia hanya boleh menurunkan paras jumlah virus tersebut sehingga ia tidak boleh dikesan oleh mana-mana teknologi pengesanan HIV.

Mereka yang mempunyai status undetectable masih mempunyai virus tersebut namun mereka tidak lagi boleh menjangkiti individu lain.

Pelbagai usaha telah dilakukan namun rawatan definitif yang ada cuma terapi sel induk. Prosedur ini sangat berisiko dan mereka yang mempunyai sel induk bermutasi CCR5 Delta 32 adalah tidak ramai.

positif hiv

Teknologi penyuntingan gen CRISPR yang sering diuar-uarkan sebagai alternatif kepada rawatan HIV sedang giat digunakan sebagai alat untuk mematikan gen CCR5 pada struktur sel induk penderma.

Kebanyakan prosedur yang dijalankan tidak berjaya menyunting gen tersebut sepenuhnya.

Namun ia tetap dianggap sebagai salah satu berita baik bagi mereka yang menghidap jangkitan virus ini. Mereka hampir berjaya menemukan rawatan definitif!

Pada 24 September 2019, sekumpulan pengkaji dari Universiti California telah menemui potensi rawatan untuk pesakit positif HIV yang boleh membunuh virus hidup dorman di dalam badan.

Prosesnya melibatkan penyuntingan bahan genetik sel sistem pertahanan badan dan dalam masa yang sama mematikan gen yang sering menjadi sasaran HIV menggunakan kaedah penyuntingan CRISPR.

Gen tersebut dikenali sebagai HIV-1 Enhanced LncRNA (HEAL) dan ia dianggap memainkan peranan penting dalam proses patogenesis jangkitan HIV. Kesannya? Tanpa rawatan antiretroviral, HIV tidak lagi dapat dikesan di dalam darah. 

Walau bagaimanapun, kajian seterusnya yang melibatkan penggunaan haiwan perlu dijalankan untuk memastikan kaedah rawatan terbaru ini tidak memberi kemudaratan kepada tahap kesihatan individu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan