home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Goda Isteri Malam Ini? Cuba 4 Cara Merangsang Pasangan Kepada Hubungan Kelamin Ini

Nak Goda Isteri Malam Ini? Cuba 4 Cara Merangsang Pasangan Kepada Hubungan Kelamin Ini

Mengadakan hubungan kelamin patut berlaku dengan kerelaan spontan tanpa perlu paksaan atau kerelaan. Jadi, bagaimanakah cara merangsang pasangan kepada seks?

Artikel di bawah akan memberi anda 4 cara termudah untuk menghangatkan kehidupan seks anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

4 Cara merangsang pasangan untuk hubungan kelamin

Bersikap romantik dengannya

manfaat seks

Berbeza dengan lelaki yang berfikir tentang bahagian bawah badan dan perut mereka, sementara wanita biasanya mengikut hati dan fikiran mereka apabila berkaitan percintaan, mahupun seks.

Disebabkan itu, wanita lebih suka dimanjakan dengan coklat, bunga, atau apa sahaja yang mengujakan mereka. Oleh itu, walaupun tiada yang istimewa pada tarikh tersebut, kejutkanlah pasangan anda dengan perkara kegemarannya dan luahkan betapa cantiknya dia.

Ciumlah pasangan anda dengan kerap, hargai rambut atau pakaian baru yang dikenakannya. Dengan demikian, hubungan kelamin akan lebih menyeronokkan untuk anda berdua.

Bersembang dengannya

Kita semua tahu bahawa wanita suka berfikir, bercakap dan berbincang dengan begitu banyak. Oleh itu, tunjukkan rasa hormat dengan mendengar apa yang dikatakannya dan menyertai perbualannya, pasangan anda mesti akan berasa begitu puas.

Kadangkala wanita tidak mengharapkan anda menyelesaikan masalah untuknya, dia hanya mahu seseorang mendengarnya, memahaminya dan bertanya soalan jika perlu. Dia akan terharu jika anda memberikannya pelukan lembut apabila dia tertekan atau menciumnya semasa dia bersedih.

Beri bantuan untuk tugas rumah

hubungan kelamin suami isteri

Walaupun ini mungkin kedengaran aneh dan kelihatan tidak mempunyai kaitan dengan hubungan kelamin, membantunya dengan tugas rumah menjimatkan tenaga pasangan anda yang akhirnya dapat dimanfaatkan untuk menunjukkan kasih sayang kepada anda.

Selain itu, tunjukkan kepada pasangan yang anda peduli dengan rutin hidup yang dijalani bersama ini. Daripada menunggu saat seks yang spontan, kenapa tidak merancang dan membuatnya terjadi dengan melakukan perkara kecil seperti membantu kerja rumah?

Ini menunjukkan bahawa anda menyayanginya bukan sahaja dari segi mental tetapi juga dari segi fizikal.

Peka terhadap reaksinya

Ini tidak bermakna mengambil tahu segala apa yang dikatakan atau dilakukannya. Sebaliknya, beri perhatian kepada reaksinya sewaktu sesuatu perkara berlaku.

Sebelum memberi perhatian berlebihan untuk menyiapkan diri anda dan mencipta mood untuk anda berdua, fikirkan tentang emosinya.

Adakah dia sihat atau tidak sihat, atau adakah terdapat kerunsingan dalam fikirannya yang menghalangnya daripada berkata ya? Butiran kecil seperti itu yang anda abaikan mungkin akan merosakkan mood malam yang cuba untuk anda bina.

Hubungan kelamin yang penuh kasih sayang sepatutnya berlaku dengan kerelaan dua-dua belah pihak tanpa pasangan anda merasa terbeban untuk memenuhi kehendak anda semata.

Oleh itu, jangan terkejut untuk mengetahui bahawa anda perlu meluangkan sedikit masa serta usaha untuk membuatnya berkata ya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Men: 3 Easy Ways to Get Her to Say Yes to S-E-X. http://idatedaily.com/top-fives/men-3-easy-ways-to-get-her-to-say-yes-to-s-e-x/ Accessed January 27, 2017
  2. Get Her To Say Yes To Sexual Intimacy Everytime. http://personallifemedia.com/2014/04/get-her-to-say-yes-to-sexual-intimacy-everytime/ Accessed January 27, 2017
  3. How to say ‘yes!’ to sex (and not just ‘OK, only if you shut up about it’). https://www.theguardian.com/commentisfree/2016/mar/04/how-to-say-yes-to-sex-and-not-just-ok-only-if-you-shut-up-about-it  Accessed January 27, 2017
  4. https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-attraction-doctor/201109/why-people-say-yes-sex
  5. https://www.dailymail.co.uk/femail/article-2901048/What-happens-wife-says-yes-sex-Three-brave-couples-unique-revealing-experiment.html
Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 27/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x