backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

5 Sebab Isteri Susah Keluar Air Mani Semasa Seks, No. 1 Punca Paling Kerap Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/09/2023

    5 Sebab Isteri Susah Keluar Air Mani Semasa Seks, No. 1 Punca Paling Kerap Berlaku!

    Berbicara tentang ejakulasi dan air mani, pasti akan mengaitkannya dengan lelaki. Ini kerana suami selalu mendapat perhatian dan menjadi keutamaan semasa hubungan seks. Persoalannya, pernahkah anda terdengar atau terlihat air mani perempuan? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Mengenal air mani perempuan

    Bukan sahaja kaum Adam, kaum Hawa juga sebenarnya akan mengalami klimaks dan ejakulasi semasa melakukan hubungan seks. Dalam erti kata yang lain, wanita juga akan mengeluarkan air mani bagi menandakan kepuasan nafsu syahwat mereka.

    Akan tetapi, pasti ramai yang belum tahu bagaimana rupa air mani yang sebenar buat para wanita, bukan?

    Buat anda yang tertanya-tanya, air mani wanita adalah lebih kurang sama sahaja seperti air mani lelaki dari segi penampilannya.

    air mani perempuan

    Ia mempunyai warna putih, tekstur likat, dan rasa masin, masam atau manis, bergantung kepada pemakanan. Jadi, perbezaan antara air mani perempuan dengan lelaki hanyalah kewujudan sperma di dalamnya.

    Bagaimana pula dengan kuantiti? 

    Jawapannya, ia bergantung kepada keupayaan wanita itu sendiri. Ada wanita yang mampu memancutkan air mani (squirting) semasa ejakulasi dan ada yang tidak mampu dan hanya akan mengeluarkannya seperti lelehan sahaja. 

    Maksunya, kuantiti air mani wanita adalah berbeza mengikut individu. Malah, ada juga di kalangan perempuan yang sangat susah untuk mengeluarkan air mani.

    Keadaan ini mungkin berlaku ekoran wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma disebabkan oleh beberapa faktor.

    Sebab air mani perempuan susah keluar semasa seks

    Jika kaum lelaki sering dimomokkan dengan masalah ejakulasi pramatang atau keluar air mani terlalu awal ketika beraksi di ranjang, wanita mungkin ada masalah lain yang lebih membimbangkan iaitu air mani wanita susah keluar semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan. 

    Menurut kajian, kira-kira hampir 1 daripada 3 wanita tidak mampu mencapai orgasma semasa melakukan hubungan intim.

    Ramai pasangan terpaksa melakukan rangsangan tambahan menggunakan tangan dan oral untuk mengeluarkan air mani wanita.

    Persoalannya, apakah yang menyebabkan air mani perempuan susah keluar, ya? Berikut merupakan jawapannya: 

    #1. Kurang rangsangan pada klitoris

    air mani perempuan

    Menurut doktor pakar kehamilan dari New York, rangsangan klitoris sangat diperlukan dalam usaha wanita mencapai klimaks. Tanpanya, orgasma dan air mani mustahil untuk dikeluarkan.

    Klitoris ada banyak saraf yang sangat sensitif terhadap apa-apa rangsangan, tidak kira sentuhan tangan atau jilatan lidah. Klitoris adalah kunci utama dalam memuaskan nafsu syahwat wanita.

    Oleh itu, pasangan suami isteri sebenarnya perlu merancang perlakuan seks dengan lebih menumpukan rangsangan pada klitoris berbanding payudara. Jika tangan atau lidah masih tidak cukup, boleh guna alatan seks seperti vibrator atau dildo!

    Punca air mani perempuan susah keluar #2. Tidak kenal tubuh badan sendiri

    Bagi wanita, klitoris adalah bahagian dalam tubuh badan yang perlu diutamakan untuk rangsangan semasa melakukan hubungan kelamin.

    Setiap wanita memiliki area sensitifnya yang tersendiri. Ada yang akan ghairah jika disentuh pada puting, payudara, punggung dan sebagainya. 

    #3. Pengambilan ubat-ubatan

    Menurut pakar, ada beberapa jenis ubat terutamanya jenis antidepresan untuk merawat depresi akan memberi efek kepada fungsi seksual wanita.

    Pengambilan ubat-ubatan ini mungkin akan menyukarkan usaha mengeluarkan air mani wanita.

    Ini kerana ubat jenis antidepresan misalnya akan menghalang produksi hormon seks seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin dalam tubuh badan perempuan. Tanpa hormon-hormon ini, agak mustahil untuk wanita menikmati seks bersama pasangan.

    #4. Kurang hormon oksitoksin

    air mani perempuan

    Hormon oksitoksin adalah hormon ‘cinta’ yang dirembeskan otak sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan seks. Kekurangannya sudah pasti akan mengakibatkan wanita susah mencapai orgasma.

    Anda dan pasangan perlu melakukan ‘foreplay’ terlebih dahulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi membantu wanita lebih mudah terangsang semasa berasmara.

    Adegan ‘ringan-ringan’ seperti berpelukan, bercium, berpegangan tangan serta bersentuhan badan sudah pasti dapat meningkatkan produksi hormon oksitoksin wanita.

    #5. Tidak ada keyakinan diri

    Wanita sukar untuk mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani adalah tidak mempunyai keyakinan diri dengan kecantikan dirinya.

    Memang sudah sifat wanita untuk merasa ‘insecure’ terhadap pandangan pasangan terhadap mereka.

    Mereka selalu akan beranggapan bahawa diri mereka adalah gemuk, busuk, tua dan tidak mampu menarik perhatian pasangan mereka. Ini adalah salah sama sekali!

    Jadi, perempuan tidak seharusnya berfikiran seperti ini. Hakikatnya, suami anda mungkin tidak begitu kisah dengan rupa dan bentuk tubuh badan anda. Ini kerana perasaan cinta yang akan membuat segala-galanya tampak indah. Cinta itu buta dan membutakan, bukan?

    Konklusi

    Kesimpulannya, air mani perempuan akan jadi sukar untuk dikeluarkan semasa hubungan seks adalah berpunca daripada anda dan pasangan anda sendiri.

    Jadi, sila berbincang sesama anda dan dapatkan pandangan daripada doktor untuk mengetahui di mana salah dan silap anda. Hello Doktor amat berharap setiap pasangan suami isteri di luar sana sentiasa menjalani kehidupan seks yang sihat dan sejahtera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan