Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Asyik 'Terlepas' Awal Ketika Berasmara? Ini 5 Cara Anda Boleh Lakukan
Ego seorang lelaki pasti tercabar apabila beliau gagal membuatkan pasangan mereka mencapai klimaks dalam hubungan intim. Apabila mereka ‘selesai’ lebih awal, perasaan malu dan hina menghantui diri. Perasaan tersebut dibawa ke dalam hubungan seterusnya sehingga membuatkan keadaan menjadi semakin buruk. Ketahui lebih lanjut berkaitan masalah ejakulasi pramatang ini.
Ejakulasi pramatang (kebiasaannya seorang lelaki mencapai klimaks kurang dari seminit) ialah gangguan seks paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di semua peringkat umur (18 hingga 59 tahun) iaitu sekitar 30%.
Namun jangan bimbang, ia merupakan gangguan seks paling mudah dirawat dalam kebanyakan kes.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
5 Cara untuk menghadapi ejakulasi pramatang
1. Anda tidak berseorangan
Rasa malu dan sedih apabila mengalami ejakulasi pramatang mungkin berlaku apabila anda membandingkan situasi anda dengan orang lain, kebiasaannya pengaruh filem pornografi. Contoh dan penanda aras yang ditunjukkan oleh pelakon porno adalah tidak normal bagi kebanyakan orang.
Hakikatnya, anda tidak perlu terlalu berasa gemuruh kerana masalah ini sangat kerap berlaku dan tidak kekal.
2. Capai orgasma segera dan mulakan seks sekali lagi
Lepaskan brek anda sehingga mencapai klimaks, kemudian mulakan seks untuk kali kedua. Ejakulasi disebabkan oleh 2 perkara – gemuruh dan rangsangan erotik.
Apabila seorang lelaki mencapai klimaks dengan cepat, rasa gemuruh akan hilang. Seks untuk kali kedua dalam satu masa kebiasaannya akan mencapai klimaks lebih lambat.
3. Rangsang seluruh badan
Wanita perlu merangsang lelaki bagi membantu hubungan intim yang ingin dilakukan.
Kebiasaannya perempuan yang memerlukan rangsangan seluruh badan tetapi lelaki juga mungkin memerlukannya apabila mengalami ejakulasi pramatang.
Ia akan membuatkan lelaki tidak hanya menikmati rangsangan pada kemaluan sahaja tetapi seluruh badannya. Ini boleh membantu mengurangkan obses terhadap prestasi kemaluannya dan meningkatkan fokus terhadap keseronokan proses tersebut.
4. Terapi seks
Jika punca ejakulasi pramatang berlaku disebabkan oleh trauma, sejarah buruk mengenai seks atau masalah rumah tangga, terapi seks boleh menjadi pilihan.
Rawatan standard melibatkan langkah-langkah rangsangan seksual progresif dan berhenti sebelum berlaku klimaks. Jika pasangan boleh memberikan kerjasama yang baik, hasilnya sangat memberangsangkan.
5. Intervensi perubatan
Intervensi perubatan ialah antara langkah terakhir untuk merawat ejakulasi pramatang. Doktor mungkin mempreskrip ubat antidepresi dalam dos rendah iaitu selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI) yang mempunyai kesan mengurangkan orgasma.
Intervensi lain tanpa preskripsi juga boleh digunakan seperti kondom dan spray atau krim anestetik bertujuan mengurangkan sensitiviti kemaluan.
Kini, anda telah tahu beberapa rawatan yang boleh dilakukan jika anda menghadapi masalah ini. Jangan malu untuk bersuara dan mendapatkan bantuan jika anda hadapi masalah ejakulasi pramatang. Segera anda bertindak, lebih cepat anda mencapai klimaks!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.