backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Awas! Tertelan Air Mani Boleh Buat Isteri SELESEMA, Ada 3 Lagi Kesan Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    Awas! Tertelan Air Mani Boleh Buat Isteri SELESEMA, Ada 3 Lagi Kesan Perlu Tahu!

    Seks adalah antara aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan oleh suami isteri. Persoalannya, adakah perbuatan menelan air mani pasangan akan mendatangkan mudarat atau tidak? 

    Untuk pengetahuan anda, ia boleh dilakukan dalam pelbagai posisi termasuklah seks oral.

    Pun begitu, kebanyakan pasangan terutamanya para isteri takut untuk melakukannya kerana ragu-ragu apakah boleh menelan air mani suami ataupun tidak.

    Untuk tahu jawapannya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Boleh atau tidak menelan air mani?

    Sebenarnya, situasi menelan air mani adalah normal untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri!

    Pun begitu, anda diingatkan untuk melakukan ujian air mani terlebih dahulu bagi memastikan anda benar-benar bebas daripada sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif anda.

    Jika belum melakukan ujian air mani, sang suami disarankan untuk menggunakan kondom saat melakukan seks oral bagi mengelakkan si isteri menelan air mani.

    Jadi, perbuatan menelan air mani semasa seks oral ini boleh dan selamat dilakukan sekiranya pakar sudah mengesahkan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

    Apa rasa sebenar jika anda menelan air mani?

    menelan air mani
    Air mani lelaki.

    Tidak ramai yang tahu mengenainya kerana ia adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia sudah pasti akan berbeza bergantung kepada individu.

    Pun begitu, ada beberapa faktor yang mungkin akan mendalangi rasanya.

    Hakikatnya, rasa air mani ini sangat bergantung kepada apa yang wujud di dalamnya.

    Antara elemen utama yang terkandung di dalamnya adalah cecair dengan sebanyak 96%.

    Bakinya, 2% adalah dikandungi oleh sperma dan 2% lagi terdiri daripada elemen seperti berikut:

    • Gula fruktosa yang membekalkan tenaga kepada sperma
    • Sodium bikarbonat yang melindungi sperma dari persekitaran berasid dalam faraj
    • Vitamin C yang memastikan sperma sentiasa kekal sihat
    • Beberapa mineral lain seperti fosforus, zink, magnesium dan potasium

    Disebabkan protein, enzim dan mineral ini, rasa asas air mani akan menjadi sedikit suam dan masin.

    Namun, ada yang berpendapat rasanya adalah sedikit manis atau tawar.

    Apa yang menyebabkan variasi pada rasa air mani ini?

    Sebenarnya, faktor yang paling penting dalam mempengaruhi rasanya adalah diet pemakanan kita.

    Sebagai contoh, perbuatan merokok dan pengambilan arak serta dadah boleh menyebabkan ejakulasi seseorang itu berasa pahit.

    Daging dan khinzir pula dikatakan menyebabkan rasa sperma yang pahit dan tidak enak.

    Punca perisa tidak enak yang lain adalah kafein yang mampu menyebabkan cecair ejakulasi anda berasa pahit.

    Sekiranya tubuh badan anda sihat, kemungkinan besar air mani anda akan berasa normal.

    Jadi, pastikan keadaan kesihatan anda semuanya baik dan dapatkan rawatan optimum.

    Tambahan lagi, sesetengah ubat-ubatan juga mungkin akan mempengaruhi rasa ejakulasi anda menjadi rasa pahit atau masin.

    Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika anda terpaksa mengambil ubat tersebut, anda boleh cuba untuk memperbaikinya dengan meminum banyak jus dan juga air putih.

    Apa mudarat jika menelan air mani?

    air mani suami
    Faktor risiko air mani lelaki.

    Kesan menelan air mani #1. Menyebarkan penyakit kelamin

    Jika diteliti, kandungan komponen yang terdapat dalam sperma kelihatan seperti boleh ditelan dan dihadam dalam perut sama seperti makanan lain.

    Namun begitu, sperma yang berasal daripada individu yang telah dijangkiti penyakit kelamin seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia berisiko terjangkiti dengan virus yang sedia ada.

    Risiko penyakit tersebut dijangkiti individu yang tertelan air mani ketika melakukan seks oral juga akan meningkat jika terdapat luka pada mulut, lidah, atau gusi.

    #2. Membangkitkan rasa loya dan muntah

    Air mani yang mempunyai kandungan protein yang tinggi sebenarnya mempunyai bau yang agak busuk dan memualkan.

    Oleh itu, cuba anda bayangkan bagaimana pasangan anda mahu menelan sesuatu yang mempunyai bau yang teruk?

    Ia cuma akan membangkitkan rasa loya dan kemudian muntah lalu merosakkan mood seks anda dan pasangan.

    #3. Mendatangkan sakit kepala dan selesema, antara kesan menelan air mani

    Selain daripada loya dan muntah, perbuatan telan air mani juga akan menyebabkan individu itu mengalami sakit kepala.

    Ini berlaku akibat gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma.

    Bukan itu sahaja, menelan air mani pasangan juga sebenarnya akan mendatangkan jangkitan selesema akibat reaksi alahan mereka terhadap protein yang terkandung dalam sperma.

    masalah gonorrhea
    Perbezaan simptom gonorrhea pada lelaki dan wanita.

    #4. Menelan air mani boleh mengakibatkan trauma

    Bagi pasangan yang sudah tertelan air mani secara tidak sengaja, ia akan mengakibatkan trauma kepada mereka.

    Ini berlaku ekoran daripada bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya.

    Jika perbuatan ini dilakukan berulang-ulang kali, ia akan mengakibatkan trauma.

    Rumusan

    Menelan air mani

    • Rasa air mani bergantung kepada apa yang wujud di dalamnya
    • Diet pemakanan boleh mempengaruhi rasa air mani

    Kini segala persoalan anda mengenai menelan air mani suami boleh tidak telah pun terjawab. Namun begitu, pastikan anda mendapat nasihat dari pakar untuk mengesahkan tahap kesihatan anda terlebih dahulu sebelum mula melakukan seks oral.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan