backup og meta

Cepat Pancut Dikira Ejakulasi Pramatang? Ini 5 Benda WAJIB Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/10/2022

    Cepat Pancut Dikira Ejakulasi Pramatang? Ini 5 Benda WAJIB Anda Tahu

    Ejakulasi pramatang maksud sebenarnya, ejakulasi yang berlaku dengan rangsangan seksual yang minimum dan sebelum orang itu menginginkannya berlaku.

    Ia adalah salah satu bentuk disfungsi seksual yang paling biasa berlaku. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Ejakulasi pramatang maksud dan penyebabnya

    Ejakulasi pramatang maksud mudahnya adalah cepat pancut apabila terangsang atau semasa bersama pasangan.

    Keterangsangan dan kebimbangan adalah dua punca utama yang menyebabkan ejakulasi pramatang.

    Keterangsangan berlaku apabila seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan pasangannya dalam beberapa kali yang pertama dengan keghairahan dan keinginan yang tinggi.

    Mereka yang menjalani hubungan seks selepas sekian lama tidak bersama atau dengan pasangan baru juga boleh meningkatkan mood yang membawa kepada keterangsangan.

    Apabila bercakap tentang kebimbangan pula, terdapat pelbagai sebab. Ia boleh menjadi niat untuk mengelakkan kehamilan atau tekanan di tempat kerja.

    Dalam banyak kes lain, multiple sclerosis, sensitiviti melampau pada zakar, kecederaan dalam saraf dan masalah neurologi yang lain boleh menyebabkan ejakulasi pramatang.

    Adakah ia kerap berlaku?

    Menurut beberapa kajian semasa, kira-kira 30 peratus daripada lelaki Amerika mengadu mengalami ejakulasi pramatang. Bagi orang lain, mereka mungkin mempunyai masalah ini tetapi mereka tidak sedar.

    Di samping itu, ejakulasi pramatang adalah masalah yang sangat biasa dan merupakan keadaan yang sementara di kalangan lelaki muda atau mereka yang memulakan hubungan baru.

    Apa yang boleh lakukan untuk menangani keadaan ini?

    ejakulasi pramatang maksud

    Pertama, anda perlu mengambil nafas dalam-dalam. Ia akan membantu mengganggu tindak balas tekanan dan memberikan anda masa untuk berehat.

    Semasa melakukan hubungan seks, anda perlu melakukan sentuhan seluruh tubuh dan kongenital, bukannya hanya fokus pada zakar sahaja.

    Elakkan mengambil ubat-ubatan atau alkohol. Ini akan meningkatkan kesedaran terhadap badan. Anda juga boleh mencuba salah satu daripada helah ini.

    Ia membantu sesetengah lelaki menjadi lebih kuat dan tahan lama:

    • Teknik berhenti dan mula. Anda perlu berehat selama kira-kira 20 atau 30 saat dan kemudian bermula sekali lagi
    • Kedudukan yang lebih rendah. Kedudukan ini juga boleh mengurangkan sensitiviti dalam sesetengah lelaki di mana mereka tidak perlu menampung berat badan mereka menjadikan mereka lebih relaks

    Bagaimana jika semua perkara di atas tidak membantu?

    Kira-kira 75 peratus daripada wanita yang mempunyai kepuasan seks mengalami orgasme melalui rangsangan klitoris.

    Anda perlu bertanya pasangan anda apa yang disukainya dan terus mencari dan mencuba pelbagai kaedah sehingga mendapat teknik yang betul.

    Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana lelaki mengalami ejakulasi pramatang disebabkan masalah fizikal atau isu emosi yang lebih mendalam.

    Oleh itu, jika tiada sebarang peningkatan selepas beberapa bulan, sila berjumpa dengan doktor.

    Sudah faham ejakulasi pramatang maksud sebenarnya, jadi berapa cepat ia terjadi?

    ejakulasi pramatang maksud

    Ia digelar ejakulasi pramatang jika seorang lelaki berejakulasi sebelum dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai orgasme.

    Di samping itu, ia juga adalah keadaan di mana jika seorang lelaki hanya boleh bertahan selama 1 minit.

    Mereka yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan bantuan perubatan. Doktor mungkin ingin mengetahui sejarah perubatan dan seksual anda.

    Selain itu, doktor boleh memesan beberapa ujian untuk menyingkirkan masalah perubatan yang lain.

    Tempoh purata bagi seorang lelaki kebiasaannya sekitar lima hingga sepuluh minit. Jika anda tidak tahan cukup lama, anda mungkin mengalami ejakulasi pramatang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan