backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pernah Cuba Teknik Edging Saat Bersenggama? Ini Bantu Wanita Klimaks Berkali-Kali Tau!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    Pernah Cuba Teknik Edging Saat Bersenggama? Ini Bantu Wanita Klimaks Berkali-Kali Tau!

    Semua individu pasti mahukan kemuncak yang mengghairahkan atau klimaks banyak kali sewaktu bersenggama bersama pasangan.

    Untuk lelaki, kemuncak yang sangat diidamkan adalah apabila berkemampuan untuk tahan lama semasa berhubungan intim dan berejakulasi sepuasnya.

    Untuk kaum wanita pula, pastinya mencapai orgasma adalah keinginan yang sangat diidam-idamkan sewaktu bersenggama.

    Malah, ada juga kaum wanita yang bukan sekadar inginkan orgasma itu berlaku, tetapi menginginkan klimaks berkali-kali.

    Bolehkah anda mencapai orgasma atau klimaks berkali-kali sewaktu melakukan hubungan seksual?

    Jika tidak, jangan cepat mengalah.

    Kami ada rahsia untuk klimaks wanita banyak kali sewaktu berhubungan bersama pasangan.

    Jom baca apa yang kami sediakan di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimanakah anda boleh tahu jika anda telah mencapai klimaks wanita atau tidak?

    klimaks banyak kali
    Pakaian turut memainkan peranan dalam membangkitkan nafsu.

    Sebelum mengetahui rahsia untuk mendapat klimaks wanita banyak kali, adalah lebih elok anda memahami berkenaan keadaan klimaks itu sendiri terlebih dahulu.

    Apakah klimaks maksud:

    Apabila seseorang wanita itu mencapai orgasma atau klimaks, faraj, rahim dan dubur mereka akan mengalami kontraksi yang cepat sebanyak antara 3 hingga 15 kali.

    Cecair tersebut mengandungi campuran antara:

    • cairan putih daripada kelenjar peri-uretra Skene
    • dan juga air kencing

    termasuklah ketika klimaks semasa hamil.

    Apakah cara agar saya boleh klimaks banyak kali?

    Sebagai seorang wanita, antara cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan klimaks berkali-kali adalah seperti berikut:

    #1. Cuba lakukan teknik edging

    Anda pasti tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan edging (penulis tidak dapat mencari terma yang paling hampir dengan maksud edging).

    Edging adalah satu teknik di mana anda menaikkan nafsu anda sehingga anda rasakan seperti mahu klimaks.

    Tetapi anda perlu berhenti sebelum anda mencapai klimaks.

    Anda boleh melakukan edging dengan pelbagai cara seperti bermain-main dengan faraj anda.

    Goda diri sendiri sehingga anda rasa mahu klimaks, kemudiannya berhenti sebelum klimaks berlaku.

    Ia sebenarnya adalah satu kaedah kawalan diri daripada mencapai klimaks.

    Kaedah ini membantu anda untuk mendapatkan klimaks wanita yang lebih memuaskan selain meningkatkan stamina tubuh apabila bersetubuh bersama pasangan anda.

    #2. Terokai rangsangan tubuh yang lain

    klimaks banyak kali
    Rangsangan tubuh diperlukan untuk meningkatkan kepuasan.

    Bahagian faraj wanita sememangnya adalah bahagian tubuh yang paling mudah dirangsang untuk menaikkan nafsu syahwat.

    Tetapi jika anda ingin mendapatkan klimaks berkali-kali sewaktu melakukan hubungan seks, anda juga perlu mendapatkan rangsangan di kawasan lain tubuh anda.

    Cuba terokai tubuh anda sendiri, berikan sedikit sentuhan dan kenal pasti bahagian manakah yang turut terangsang sehingga boleh menaikkan nafsu anda.

    #3. Lakukan senaman Kegel

    Jika anda tidak tahu apakah senaman Kegel, jangan risau.

    Buka YouTube dan ikuti sahaja cara seperti yang dilakukan melalui video tersebut.

    Apabila anda telah mula lakukan senaman Kegel ini, anda mungkin akan menyedari perbezaan pada stamina, sensasi dan kawalan ejakulasi tubuh memandangkan otot yang semakin meningkat naik. 

    klimaks banyak kali

    Menguatkan otot lantai pelviks (pelvic floor muscle) melalui senaman ini boleh memberikan banyak kesan positif kepada tubuh.

    Ini termasuklah membantu anda mengawal kencing dan meningkatkan sensasi yang lebih banyak sewaktu bersama pasangan.

    #4. Elakkan melancap atau beronani

    Semakin lama anda tidak melakukan seks bersama pasangan atau beronani, maka anda akan menjadi semakin sensitif terhadap sebarang rangsangan yang akan berlaku.

    Sekiranya rangsangan tubuh menjadi semakin meningkat, maka anda akan menjadi lebih mudah untuk berejakulasi dan mencapai klimaks banyak kali.

    Cuba elakkan daripada melakukan hubungan seks atau melancap setiap hari.

    Anda mungkin boleh cuba mengehadkan hubungan seks kepada 2 kali sahaja dalam seminggu.

    Ia akan membantu anda untuk menjadi lebih sensitif dan lebih terangsang apabila anda melakukan seks bersama pasangan anda nanti.

    #5. Set dalam minda bahawa anda akan klimaks banyak kali

    Kadangkala bukan soal fizikal atau tubuh badan yang perlu diambil berat, tetapi juga minda dan mental anda.

    Apabila anda mempunyai satu mindset yang menyebabkan anda relaks dan hanya menikmati seks, maka anda akan dapat menikmatinya dan menyebabkan anda menjadi lebih sensitif.

    Oleh itu, cuba fikirkan bahawa anda mahu lakukan seks dengan lebih lama dan mencapai klimaks berkali-kali bersama pasangan anda.

    Ia akan menjadikan tubuh anda lebih relaks dan lebih bersedia ke arah itu.

    Kesimpulan

    Mencapai klimaks bukan hanya untuk orang lelaki sahaja, tetapi juga penting untuk kepuasan kaum wanita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan