Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 4 mins read

“Emm, nak makan apa pagi ni…”

Biasalah kalau pada waktu pagi, masing-masing sudah tidak tahu mahu mengambil jenis makanan apa sebagai hidangan pertama mereka pada hari tersebut. Bihun goreng, nasi lemak, roti canai, kuih karipap, teh tarik, semua telah dicuba pada hari-hari yang lepas. Kadangkala, menu sarapan pagi yang sama setiap hari juga boleh menghilangkan selera makan. 

Apa kata, kami cadangkan beberapa jenis menu sarapan pagi yang mungkin anda boleh cuba dan membuka selera anda pada setiap pagi. Bukan apa, tidak elok juga kalau setiap hari anda makan makanan berminyak dan berlemak sebagai hidangan sarapan anda. Cuba selang-selikan menu sarapan pagi harian anda dengan menu kegemaran dan juga menu sihat. Nak tahu apa menu sihat sarapan pagi yang boleh anda cuba? Lihat pada apa yang kami sediakan di bawah ini.

Jenis-jenis menu sarapan pagi yang menyihatkan yang boleh anda cuba

#1. Telur

Hidangan yang satu ini pasti diambil oleh hampir kesemua orang pada waktu pagi. Nasi lemak dengan potongan telur rebus, atau bihun goreng dengan sebiji telur goreng, siapa sahaja yang mampu menolak keenakannya. Mungkin selepas ini anda boleh mencuba hidangan telur dengan cara penyediaan yang lebih sihat seperti telur rebus dan juga poached egg.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan telur pada waktu pagi boleh meningkatkan rasa kekenyangan, mengurangkan pengambilan kalori pada hidangan seterusnya dan membantu mengekalkan kestabilan gula darah dan tahap insulin. Tambahan lagi, bahagian kuning telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksidan yang membantu mencegah penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula. Selain itu, telur juga merupakan sumber kolin yang terbaik, iaitu nutrien yang amat membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan hati.

#2. Yogurt Greek

Pada kebiasaannya, makanan yang ditapai atau difermentasi adalah sangat baik untuk kesihatan usus anda, begitu juga dengan yogurt Greek ini. Protein yang terkandung dalam yogurt ini pula telah menunjukkan kesan mampu mengurangkan rasa lapar dan mempunyai kesan terma yang lebih tinggi berbanding lemak dan karbohidrat. Kesan terma bermaksud peningkatan kadar metabolik yang berlaku setelah anda makan.

Selain itu, yogurt dan juga produk-produk tenusu yang lain juga membantu dalam pengawalan berat badan kerana makanan jenis ini meningkatkan tahap hormon yang menggalakkan kekenyangan. Yogurt penuh lemak mengandungi asid linoleik konjugated (CLA) yang mungkin meningkatkan kehilangan lemak dan mengurangkan risiko kanser payudara. Kandungan probiotik seperti Bifidobacteria yang terdapat dalam sesetengah yogurt Greek juga membantu meningkatkan kesihatan usus anda. Anda boleh mencuba memakan yogurt bersama campuran buah-buahan yang bukan sahaja menjadikannya lebih enak, malah menambahkan nutrien seperti serat dan vitamin dalam hidangan yogurt anda.

#3. Oat

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan oat atau oatmeal dan ramai yang pasti tahu ia adalah jenis makanan yang amat sihat untuk diambil semasa sarapan pagi. Oat mengandungi sejenis serat unik yang dipanggil oat beta-glucan. Antara kebaikan serat ini ialah dapat mengurangkan kolesterol dalam tubuh anda. Selain itu, oat beta-glucan adalah sejenis serat likat yang menggalakkan rasa kenyang jika anda memakannya.

Oat juga kaya dengan kandungan antioksidan yang melindungi asid lemaknya daripada menjadi tengik. Antioksidan juga diketahui memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan juga menurunkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa satu cawan oat (sekitar 235 gram) hanya mengandungi sekitar 6 gram protein sahaja, yang mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan sarapan yang kaya dengan kandungan protein. Oleh itu, untuk anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi ketika mengambil oat pada waktu sarapan, campurkan oat anda dengan air susu dan juga sekeping keju sebagai hidangan sampingan.

#4. Kekacang

Jika anda makan kacang semata-mata pada waktu sarapan pagi, ia mungkin sedikit pelik. Malah, ia mungkin kurang enak dan kurang memuaskan perut anda. Oleh itu, salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan menambahkan kekacang dalam hidangan sarapan pagi anda. Mungkin anda boleh mencuba nasi lemak dengan tambahan kacang yang lebih, roti panggang dengan kacang parang dalam tin atau hidangan yogurt dan oat dengan campuran kacang.

Walaupun kekacang mempunyai kandungan kalori yang tinggi, kajian menunjukkan bahawa tubuh badan kita tidak menyerap keseluruhan lemak yang terdapat dalam kacang tersebut. Selain itu, kekacang juga dilihat mampu mengurangkan rintangan insulin dan mengurangkan keradangan. Kesemua jenis kekacang juga tinggi dengan kandungan magnesium, kalium dan lemak mono tidak tepu yang baik untuk kesihatan jantung.

#5. Buah pisang

Ini mungkin antara jenis menu sarapan pagi yang paling mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu hidangan sampingan lain kerana buah pisang sudah sedia enak walaupun anda memakannya begitu sahaja. Pisang amat terkenal dengan kandungan kaliumnya yang tinggi. Jika anda masih tidak mengetahui apakah fungsi kalium untuk tubuh anda, disini kami ingin membuka rahsianya. 

Kalium adalah nutrien yang penting yang membantu menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Jika anda menginginkan menu sarapan pagi yang lengkap dengan pelbagai nutrien, campurkan potongan pisang dalam hidangan bijirin anda atau kisar untuk dijadikan milk shake atau smoothie. Mungkin anda terfikir, agak sukar untuk mencari buah pisang jika anda berada di kawasan tempat kerja atau bandar. Anda silap kerana banyak kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7 Eleven dan juga myNews menjual buah pisang ini di kaunter-kaunter bayaran mereka. 

Kesimpulan

Mengapa sarapan pagi amat penting? Kerana sarapan pagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari anda setelah anda tidak memperoleh sebarang sumber tenaga ketika anda tidur pada waktu malam. Tambahan lagi, jika anda skip waktu sarapan pagi anda, anda akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak atau meningkatkan pengambilan kalori pada waktu makan yang seterusnya. Kesannya, anda akan lebih cepat meningkatkan berat badan anda. Cadangan menu yang kami berikan ini bukan sahaja ringkas dan mudah, malah menyihatkan. Oleh itu, anda tidak mempunyai sebab untuk tidak bersarapan pagi kerana anda kini boleh mendapatkan menu sarapan pagi di mana-mana sahaja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ambil Sarapan Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak

    Kajian menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Berapa Biji Telur Yang Boleh Saya Makan Dalam Sehari?

    Anda sering makan telur dan gemarkan hidangan berasaskan telur. Persoalannya, berapa biji telurkah yang boleh anda makan dalam sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Tahukah anda, banjir cuma permulaan kepada fasa perluasan habitat untuk nyamuk Aedes bertelur? Nak tahu dengan lebih lanjut? Ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 22/10/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 mins read
    rawatan kesuburan

    Siti Nurhaliza & Elizad Bersedia Jalani Rawatan IVF Balik, Anda Tahu Apa Persediaan Perlu Dibuat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 mins read
    alahan kulit

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/02/2020 . 4 mins read
    sarapan pagi

    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 mins read