backup og meta

7 Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser, Baru Tenaga Bertambah Baik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/07/2022

    7 Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser, Baru Tenaga Bertambah Baik!

    Pemakanan seimbang adalah baik untuk penjagaan kesihatan. Namun bagi mereka yang menghidap kanser, ini adalah 7 makanan untuk pesakit kanser yang terbaik dan boleh dicuba untuk mengurangkan perkembangannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini. 

    Rawatan kanser

    Rawatan kemoterapi, radiasi dan pelbagai lagi jenis rawatan untuk merawat kanser boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecergasan badan anda.

    Malah anda mungkin mendapati rawatan yang anda lalui turut menjejaskan deria rasa dan juga selera makan anda.

    Jadi anda perlu memilih dan merancang diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memberikan dan mengembalikan tenaga kepada anda untuk lebih kuat menempuhi hari anda. Berikut adalah beberapa makanan untuk pesakit kanser.

    Pilihan makanan untuk pesakit kanser

  • Sayuran berdaun hijau

  • Makanan untuk pesakit kanser yang pertama adalah sayuran hijau yang merupakan asas yang baik untuk sebarang jenis diet sihat kerana ia kaya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan enzim, malah rendah kalori, lemak dan natrium serta toksin lain.

    Terdapat pelbagai jenis sayuran berdaun, antaranya bayam dan salad romaine – kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat melawan kanser, vitamin C dan beta-karoten (dari jenis vitamin A).

    makanan untuk pesakit kanser

    1. Sayuran cruciferous

    Antara contoh sayuran dalam kumpulan ini adalah seperti kubis, bunga kubis dan brokoli – dikenali sebagai pembunuh kanser yang kuat dan sumber makanan vitamin C yang terbaik.

    Kaya dengan glutation – antioksidan utama yang dapat membantu melindung badan dari radikal bebas.

    Mengandungi isothiocyanate – berperanan untuk mencegah kanser –  sulforaphane dan indole – dua jenis antioksidan dan stimulator enzim detoksitifikasi yang melindungi struktur DNA.

    1. Buahan beri

    Buahan beri seperti beri biru, rasberi, ceri, strawberi dan beri hitam – kaya kandungan antioksidan, sumber tenaga vitamin C, vitamin A, acid gallic – agen antikulat/antivirus yang berkuasa meningkatkan sistem imun.

    Buahan beri juga kaya dengan antioksidan proanthocyanidin yang dipercayai bersifat anti-penuaan dan mampu mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.

    1. Buah dan sayuran yang berwarna terang

    Percayalah warna juga memainkan peranan penting. Buahan seperti oren, ubi keledek, labu dan lobak, merupakan antara pilihan sayuran dan buahan yang mempunyai pigmen warna terang menunjukkan ianya kaya dengan fitokimia – terutamanya antioksidan karotenoid.

    Karotenoid – alpha-karoten, beta-karoten, lycopene, lutein, cryptoxanthin – adalah derivatif vitamin A yang banyak terkandung dalam buahan sitrus, ubi keledek, labu, beri dan tumbuhan lain.

    1. Herba dan rempah segar

    Kunyit, sebagai contoh, mengandungi ramuan aktif, kurkumin, yang mempunyai peranan dalam diet anti-kanser dengan dikatakan dapat mengurangkan saiz ketumbuhan dan melawan kanser usus dan payudara.

    Herba lain seperti hali, bawang putih mentah, thyme, cayenne pepper, oregano, basil dan pasli – juga antara herba yang baik untuk digunakan dalam pelbagai resepi masakan.

    1. Makanan untuk pesakit kanser – Cendawan

    Terdapat pelbagai variasi cendawan yang kaya dengan pelbagai faedah, rasa dan bentuk – tetapi kesemuanya dikenali dapat membantu mempertingkatkan imun dan melawan kanser.

    makanan untuk pesakit kanser

    1. Makanan untuk pesakit kanser – Ikan berlemak

    Ikan seperti salmon, tuna dan sardin merupakan sumber protein utama dan kaya nutrisi.

    Ia mengandungi omega-3 yang dapat menjaga otot, vitamin B12 membantu proses menghasilkan sel darah merah, dan vitamin D sebagai komponen kesihatan tulang yang penting.

    Pemilihan makanan terbaik untuk pesakit kanser adalah penting dalam menjaga tahap kesihatan dan mengurangkan risiko atau perkembangan kanser.

    Makanan yang rendah kalori dan kandungan gula tetapi tinggi kandungan serat dapat membantu anda mengawal berat kerana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan