Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kanser Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan

Pemakanan seimbang adalah baik untuk penjagaan kesihatan. Namun bagi mereka yang menghidap kanser, ini adalah 7 makanan terbaik merawat kanser yang boleh dicuba untuk mengurangkan perkembangannya.

Rawatan kanser

Rawatan kemoterapi, radiasi dan pelbagai lagi jenis rawatan untuk merawat kanser boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecergasan badan anda. Malah anda mungkin mendapati rawatan yang anda lalui turut menjejaskan deria rasa dan juga selera makan anda.

Jadi anda perlu memilih dan merancang diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memberikan dan mengembalikan tenaga kepada anda untuk lebih kuat menempuhi hari anda. Berikut adalah beberapa makanan terbaik untuk pesakit kanser.

Pilihan makanan terbaik merawat kanser

  1. Sayuran berdaun hijau

Sayuran hijau adalah asas yang baik untuk sebarang jenis diet yang sihat kerana ia kaya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan enzim, malah rendah kalori, lemak dan natrium serta toksin lain.

Terdapat pelbagai jenis sayuran berdaun, antaranya bayam dan salad romaine – kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat melawan kanser, vitamin C dan beta-karoten (dari jenis vitamin A).

makanan terbaik untuk pesakit kanser

  1. Sayuran cruciferous

Antara contoh sayuran dalam kumpulan ini adalah seperti kubis, bunga kubis dan brokoli – dikenali sebagai pembunuh kanser yang kuat dan sumber makanan vitamin C yang terbaik.

Kaya dengan glutation – antioksidan utama yang dapat membantu melindung badan dari radikal bebas. Mengandungi isothiocyanate – berperanan untuk mencegah kanser –  sulforaphane dan indole – dua jenis antioksidan dan stimulator enzim detoksitifikasi yang melindungi struktur DNA.

  1. Buahan beri

Buahan beri seperti beri biru, rasberi, ceri, strawberi dan beri hitam – kaya kandungan antioksidan, sumber tenaga vitamin C, vitamin A, acid gallic – agen antikulat/antivirus yang berkuasa meningkatkan sistem imun.

Buahan beri juga kaya dengan antioksidan proanthocyanidin yang dipercayai bersifat anti-penuaan dan mampu mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

  1. Buah dan sayuran yang berwarna terang

Percayalah warna juga memainkan peranan penting. Buahan seperti oren, ubi keledek, labu dan lobak, merupakan antara pilihan sayuran dan buahan yang mempunyai pigmen warna terang menunjukkan ianya kaya dengan fitokimia – terutamanya antioksidan karotenoid.

Karotenoid – alpha-karoten, beta-karoten, lycopene, lutein, cryptoxanthin – adalah derivatif vitamin A yang banyak terkandung dalam buahan sitrus, ubi keledek, labu, beri dan tumbuhan lain.

  1. Herba dan rempah segar

Kunyit, sebagai contoh, mengandungi ramuan aktif, kurkumin, yang mempunyai peranan dalam diet anti-kanser dengan dikatakan dapat mengurangkan saiz ketumbuhan dan melawan kanser usus dan payudara.

Herba lain seperti hali, bawang putih mentah, thyme, cayenne pepper, oregano, basil dan pasli – juga antara herba yang baik untuk digunakan dalam pelbagai resepi masakan.

  1. Cendawan

Terdapat pelbagai variasi cendawan yang kaya dengan pelbagai faedah, rasa dan bentuk – tetapi kesemuanya dikenali dapat membantu mempertingkatkan imun dan melawan kanser.

pemakanan seimbang

  1. Ikan berlemak

Ikan seperti salmon, tuna dan sardin merupakan sumber protein utama dan kaya nutrisi. Ia mengandungi omega-3 yang dapat menjaga otot, vitamin B12 membantu proses menghasilkan sel darah merah, dan vitamin D sebagai komponen kesihatan tulang yang penting.

Pemilihan makanan terbaik untuk pesakit kanser adalah penting dalam menjaga tahap kesihatan dan mengurangkan risiko atau perkembangan kanser.

Makanan yang rendah kalori dan kandungan gula tetapi tinggi kandungan serat dapat membantu anda mengawal berat kerana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

7 Makanan Eksotik Yang Sebenarnya Boleh Membunuh Anda! No #4 Ramai Suka Makan!

Di dunia ini, terdapat banyak makanan eksotik yang bahaya dan boleh membawa maut. Negara kita juga tidak terkecuali. Sila ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan? Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

Tabiat mengunyah setiap saat bukan kerana anda berasa lapar, tetapi anda makan akibat tekanan yang dialami. Jadi bagaimana cara untuk menghentikannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/04/2020 . 4 minit bacaan

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bulking dan cutting

Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 2 minit bacaan
buffet

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
apa itu kerak usus

Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan