backup og meta

Khasiat Kubis Yang Ramai Tak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2023

    Khasiat Kubis Yang Ramai Tak Tahu

    Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita pasti pernah memakan kubis, terutamanya buat peminat coleslaw. Tetapi adakah anda tahu apakah khasiat kubis yang sebenarnya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Fakta berkenaan kubis

    Kubis adalah sayuran berdaun daripada keluarga “brassicas”. Ia ditanam sepanjang tahun, dan kita memakan bahagian daunnya yang berwarna hijau atau ungu dalam pelbagai jenis hidangan.

    Kubis boleh tumbuh daripada hanya 0.5 hingga 4 kilogram dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Ia hampir tidak mempunyai lemak dan sangat kaya dengan serat yang membuatnya sihat untuk dimakan.

    • Sayuran ini adalah sayur-sayuran daripada keluarga Brassicaceae
    • Bahan kimia dalam kubis boleh melindungi tubuh daripada kesan negatif radiasi.
    • Sulforaphane yang terdapat di dalam sayuran ini boleh membantu melindungi daripada kanser.
    • Setengah cawan kubis yang dimasak mengandungi 81.5 mikrogram vitamin K.

    khasiat kubis

    Khasiat kubis kepada kesihatan

    Sayuran ini amatlah bermanfaat untuk tubuh manusia. Pengubat pada zaman purba mengisytiharkan ia mengandungi moon power kerana ia tumbuh di bawah cahaya bulan.

    Sains pemakanan moden memahami manfaatnya berasal daripada kandungan sulfur dan vitamin C yang tinggi.

    Berikut merupakan antara kebaikan kubis:

    1. Ideal turunkan berat

    Terdapat hanya 33 kalori dalam secawan sayuran ini yang telah dimasak, selain ianya rendah kandungan lemak dan tinggi dengan kandungan serat. Ianya adalah smart carb.

    Khasiat kubis #2. Makanan otak

    Ia penuh dengan kandungan vitamin K dan anthocyanin yang membantu fungsi mental dan penumpuan.

    Nutrisi ini juga menghalang kerosakan saraf, meningkatkan pertahanan anda terhadap penyakit Alzheimer dan dementia.

    Vitamin K penting untuk penghasilan sphingolipid, pembungkus mielin yang berada di sekitar beberapa sel saraf. Pembungkus ini adalah apa yang melindungi saraf daripada kerosakan dan pereputan.

    Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandung vitamin K dapat meningkatkan pertahanan diri anda terhadap degenerasi saraf.Kubis merah mempunyai jumlah tertinggi nutrien-nutrien bermanfaat ini.

    khasiat kubis

    3. Mencantikkan kulit

    Sayuran ini membantu mengeringkan kulit berminyak dan jerawat.

    Sulfur adalah penting untuk keratin, bahan protein yang diperlukan untuk rambut, kuku dan kulit yang sihat.

    4. Detoksifikasi badan

    Kandungan vitamin C dan sulfur yang tinggi dalam sayuran ini menghilangkan toksin (radikal bebas dan asid urik), yang merupakan penyebab utama arthritis, penyakit kulit, penyakit sendi dan gout.

    5. Pencegah kanser, salah satu khasiat kubis

    Sebatian yang terdiri daripada lupeol, sinigrin dan sulforaphane merangsang aktiviti enzim dan menghalang pertumbuhan tumor kanser.

    Satu kajian yang dijalankan keatas wanita menunjukkan pengurangan kanser payudara apabila sayur-sayuran seperti kubis ditambah kedalam diet mereka.

    6. Kawal tekanan darah

    Kandungan kalium yang tinggi membantu dengan membuka saluran darah seterusnya memudahkan aliran darah.

    khasiat kubis

    Khasiat kubis #7. Mengawal gula darah dan anti radang

    Pigmen merah semula jadi dalam kubis merah (betalains) dikatakan menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan pengeluaran insulin.

    Sudah tentu, ia tidak mempunyai gula putih dan sedikit gula mudah. Betalains mempunyai sifat anti-radang yang kuat sepertimana ubi bit.

    8. Kesihatan jantung

    Antosianin yang kuat dalam kubis merah yang membantu melindungi daripada kanser telah ditunjukkan keberkesanannya dalam menekan keradangan yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

    Makanan yang kaya flavonoid amat bermanfaat untuk kesihatan jantung walaupun dalam jumlah yang kecil.

    Kandungan polifenol yang tinggi dalam kubis juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan mencegah pembentukan platelet dan mengurangkan tekanan darah.

    9. Imuniti dan pencernaan, antara khasiat kubis

    Cara yang paling popular untuk memakansayuran ini adalah dalam bentuk yang ditapai seperti sauerkraut dan kimchi.

    Makanan yang ditapai mungkin menjadi salah satu perkara terbaik yang boleh anda ambil untuk manfaat sistem imun dan pencernaan anda.

    Mikrob yang sihat menghasilkan persekitaran berasid untuk memelihara dan mengembangkan rasa; enzim yang dihasilkan dalam penapaian membuatkan vitamin dan mineral mudah diserap.

    Kandungan serat dan air pada sayuran ini juga membantu untuk mengelakkan sembelit dan mengekalkan saluran pencernaan yang sihat.

    Baca juga:

    Makan serat yang mencukupi menggalakkan keteraturan, yang mana ia penting untuk perkumuhan toksin melalui hempedu dan najis.

    Serat makanan memainkan peranan dalam mengawal sistem imun dan keradangan, mengurangkan risiko keadaan yang berkaitan dengan keradangan seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, kanser, dan obesiti.

    Kesimpulannya, makanlah banyak sayur-sayuran termasuklah sayur kubis kerana ia mengandungi banyak manfaat termasuklah manfaat yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini.

    Pelbagaikan cara masakan sayuran jenis ini agar anda tidak berasa bosan untuk mengambilnya dalam diet harian anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan