Kesan peralihan potassium yang masuk dan keluar dari sel boleh mengurangkan kepekatan kalium yang dalam darah.
- Penggunaan insulin
- Keadaan metabolik tertentu (seperti alkalosis)
Mengurangkan pengambilan makanan atau kekurangan zat makanan
- Anorexia (masalah psikologi sehingga kehilangan selera makan)
- Bulimia (masalah psikologi yang memuntahkan semula makanan)
- Pembedahan bariatrik (pembedahan mengecilkan saluran perut bagi membendung obesiti)
- Pengguna alkohol
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko paras potassium rendah?
Wanita dan Afrika-Amerika berisiko mengalami hipokalemia. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut tentang faktor risiko kekurangan potassium.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah paras potassium rendah didiagnosis?
Kadang-kadang punca kekurangan potassium tidak jelas. Doktor anda akan melakukan ujian tertentu untuk mengecualikan keadaan-keadaan seperti asidosis tiub ginjal, sindrom Cushing, dan hipokalsemia (kekurangan kalsium).
- Jika ketidakseimbangan elektrolit disyaki, ujian darah akan dijalankan untuk memeriksa paras kalium. Ujian fungsi buah pinggang (BUN dan kreatinin), glukosa, magnesium, kalsium, dan fosforus dilakukan jika ketidakseimbangan elektrolit disyaki
- Oleh kerana kalium rendah diketahui mempengaruhi rentak jantung (aritmia), seorang doktor boleh memberi ubat digoxin (Lanoxin) sekiranya pesakit sedang mengambil ubat persediaan digitalis
- ECG atau pengesanan jantung (heart tracing) akan dilakukan untuk mengesan perubahan elektrik pada jantung dan juga mengesan beberapa jenis ketidakteraturan rentak jantung yang mungkin disebabkan oleh kalium yang rendah
Bagaimanakah paras potassium rendah dirawat?
‘Terapi penggantian kalium’ akan dilakukan ke atas pesakit berdasarkan jenis dan kadar keterukan simptom pesakit. Rawatan dimulakan selepas ujian makmal mengesahkan diagnosis.
Orang yang disyaki mempunyai paras kalium yang sangat rendah perlu dipantau dengan alat pemantauan jantung (cardiac monitor) dan terapi melalui intravena (salur darah) akan dimulakan.
Biasanya, bagi mereka yang paras kaliumnya berkurang secara ringan atau sederhana rendah (2.5-3.5 mEq / L), yang mana tidak mempunyai simptom, atau yang hanya mempunyai adua kecil hanya perlu dirawat dengan kalium yang diberikan dalam bentuk pil atau cecair. Ini lebih sesuai kerana ia mudah dikendalikan, selamat, murah, dan mudah diserap dari saluran gastro intestinal (salur pencernaan). Sesetengah bagi pengambilan, atau terlalu tinggi dos, mungkin mengganggu perut dan menyebabkan muntah.
Jika aritmia jantung atau simptom penting muncul atau jika paras kalium kurang daripada 2.5 mEq / L, kalium secara intervena harus diberikan. Dalam keadaan ini, pesakit perlu dimasukkan ke unit kecemasan. Memasukkan kalium (melalui intravena) mengambil masa beberapa jam kerana ia harus diberikan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan masalah jantung yang serius dan mengelakkan iritasi saluran darah di mana IV (intravena) diletakkan.
Bagi mereka yang mempunyai paras kalium yang sangat rendah bersama dengan simptom, kedua-dua kaedah intravena dan oral diperlukan.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas masalah paras potassium yang rendah?
Cara hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi paras potasium yang rendah:
Penjagaan diri bagi pesakit paras potassium rendah di rumah
- Sekiranya anda mendapati paras kalium anda rendah, elakkan aktiviti fizikal yang berat kerana kehilangan kalium berlaku dengan berpeluh
- Jika anda mengambil suplemen makanan, suplemen herba, diuretik (pil pembendung air), atau julap yang menyebabkan simptom kalium yang rendah, elakkan mengambil produk ini dan dapatkan nasihat doktor. Jangan berhenti mengambil ubat yang ditetapkan tanpa terlebih dahulu berunding dengan doktor anda
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen