Mencegah Glaukoma Dengan Pemakanan Sihat

Oleh

Glaukoma merupakan satu masalah kesihatan berkaitan mata, yang berpotensi menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta. Bolehkah penyakit ini dicegah? Adakah cara atau kaedah untuk mencegah glaukoma?

Dapatkah anda mencegah glaukoma?

Sebenarnya, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang glaukoma. Walau bagaimanapun, anda  boleh melambatkan perkembangan glaukoma melalui rawatan awal.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan mata yang berjadual dengan doktor. Pemeriksaan mata seperti pengukuran tekanan mata, pemeriksaan perkembangan mata (dilated eye exam) dan pemeriksaan visual, adalah tidak menyakitkan dan ia bertujuan untuk memeriksa jika terdapat sebarang perubahan dalam mata atau penglihatan anda.

Jika anda mempunyai glaukoma, dan ia tidak bertindak balas dengan ubat, doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan.

Nutrisi dan vitamin 

Seperti anda sedia maklum, tiada sebarang perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah glaukoma, tetapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal dan memperlahankan perkembangan glaukoma dengan pengambilan makanan bernutrisi serta vitamin.

  1. Vitamin A

Kekurangan vitamin A menjadi salah satu punca utama kebutaan di dunia. Ia penting untuk mengekalkan sel deria mata, photoreceptor.

Jika pengambilan vitamin A tidak mencukupi, anda berpotensi mengalami buta malam, mata kering atau penyakit mata yang serius, bergantung kepada tahap kekurangan vitamin A anda.

Vitamin ini hanya terdapat dalam makanan hasil dari haiwan, seperti hati, kuning telur dan produk tenusu. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan vitamin ini dari sebatian tumbuhan antioksida, provitamin A karotena, terdapat dalam jumlah yang tinggi dalam beberapa jenis buahan dan syauran, seperti bayam, kubis daun (kale) dan avokado.

  1. Lutein, Zeaxanthin

Sebahagian daripada keluarga karotena, kumpulan sebatian bermanfaat yang disintesis tumbuhan. Kajian menunjukkan bahawa sebatian ini boleh membantu mencegah katarak serta menghalang atau memperlambatkan perkembangan degenerasi makularAntara tumbuhan yang tinggi dengan sebatian ini adalah seperti bayam dan kubis daun.

  1. Asid lemak omega-3

Asid lemak omega-3 asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), penting untuk kesihatan mata. DHA membantu mengekalkan fungsi mata dan kekurangnnya boleh menjejaskan penglihatan terutama kepada kanak-kanak.

Pengambilan suplemen omega-3 turut mendatangkan manfaat kepada individu yang mengalami penyakit mata kering, yang berlaku kerana mata tidak dapat menghasilkan cecair humor berair (aqueous humor) yang mencukupi. Ia menyebabkan masalah visual dan ketidakselesaan.

Asid lemak omega-3 juga membantu mengurangkan risiko retinopati diabetes terutama kepada pesakit diabetes. Sumber terbaik EPA dan DHA adalah minyak ikan.

  1. Vitamin E

Merupakan antioksidan kuat yang membantu melindungi sel-sel dalam tubuh termasuk sel-sel mata, daripada kerosakan berpunca dari radikal bebas berbahaya dan molekul tidak stabil.

Pengambilan diet seimbang yang mengandungi vitamin E secukupnya dapat mengekalkan kesihatan mata yang betul. Beberapa pilihan makanan yang kaya dengan vitamin E adalah seperti kekacang, bijian (seed), ikan salmon, avokado, sayuran berdaun hijau dan minyak masak.

  1. Riboflavin

Turut dikenali sebagai vitamin B2, bertindak sebagai antioksidan yang berpotensi mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh termasuk pada mata. Riboflavin juga dikatakan dapat mencegah katarak.

Beberapa contoh makanan yang mengandungi kandungan vitamin B2 yang tinggi adalah seperti oat, susu, yogurt, daging lembu dan bijirin.

  1. Vitamin C

Seperti vitamin E, vitamin ini juga mengandungi antioksidan tinggi yang boleh melindungi mata daripada kerosakkan radikal bebas. Vitamin C juga diperlukan untuk menghasilkan kolagen, protein yang memberikan struktur kepada mata terutatamanya kornea dan sclera (lapisan luaran bola mata, berwarna putih jernih).

Kajian juga menunjukkan vitamin ini dapat membantu menurunkan risiko katarak. Antara makanan yang tinggi vitamin C adalah buahan citrus dan tropikal, lada benggala, brokoli dan kubis daun.

  1. Thiamine

Dikenali sebagai vitamin B1, memainkan peranan dalam memastikan fungsi sel yang betul dan menukar makanan menjadi tenaga. Mungkin juga berkesan untuk mengurangkan risiko katarak. Sumber makanan tinggi thiamine ini termasuk bijirin, roti, pasta, daging dan ikan.

  1. Zink

Mata mengandungi zink yang tinggi. Ia merupakan sebahagian daripada enzim penting, termasuk superoxide dismutase, yang  berfungsi sebagai antioksidan.

Ia juga terlibat dalam pembentukan pigmen visual di retina. Oleh sebab itu, kekurangan zink berpotensi menyebabkan buta malam. Sumber makanan semula jadi yang terdapat banyak zink adalah seperti tiram, daging, biji labu dan kekacang.

Langkah awal

Glaukoma bukan satu masalah kesihatan yang menyakitkan, jadi tidak ramai individu menyedari bahawa mereka menghidapinya, dan kerosakan pada mata serta kehilangan penglihatan  akibat penyakit ini tidak dapat disembuhkan. Jadi yang terbaik adalah dengan mendapatkan pemeriksaan mata biasa secara berkala dan amalkan gaya hidup serta pengambilan diet pemakanan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut