home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Mitos Berkenaan Kesihatan Mata Paling Popular! #5 Tu Boleh Percaya Ke?

8 Mitos Berkenaan Kesihatan Mata Paling Popular! #5 Tu Boleh Percaya Ke?

Organ mata manusia adalah antara pancaindera yang paling penting kerana tanpanya, masakan kita semua mampu untuk melihat?

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk individu tahu cara menjaga mata dengan baik agar ia tidak mudah rosak!

Dalam usaha itu, sudah pasti akan timbul banyak mitos berkenaan kesihatan mata yang kita dapat dengar atau baca.

Meskipun mungkin ada kepercayaan yang betul, namun tidak semua yang dikatakan itu benar. Jadi, di sini kami akan rungkaikan untuk anda.

Mitos #1. Mata akan rosak jika duduk dekat dengan televisyen

Ketika kita semua masih kecil, sudah pasti pernah diberi amaran bahawa menonton televisyen terlalu dekat akan merosakkan mata.

Sebenarnya, mitos ini adalah tidak benar sama sekali kerana tiada beza jika anda menonton televisyen terlalu dekat atau jauh.

Hakikatnya, mata tetap akan berasa penat dan sakit setiap kali menonton skrin tanpa mengira jarak anda berada dengannya.

Untuk mengelakkan ia rosak akibat aktiviti melihat skrin, sila rehatkan mata anda selama beberapa minit/jam daripada skrin.

Mitos #2. Membaca dalam gelap boleh buat mata rosak

Ramai ibu bapa melarang anak mereka untuk membaca dalam gelap kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mata.

Pun begitu, membaca dalam gelap mungkin tidak akan merosakkan mata, namun ia hanya akan buat proses pembacaan lebih sukar.

menjaga mata

Buktinya, masyarakat zaman dulu hanya menggunakan lilin dan lampu gasolin untuk membaca atau bekerja, dengan mata yang sihat.

Akan tetapi, cahaya yang terang memang dapat membantu mencegah keletihan pada mata dan memudahkan pembacaan anda.

Mitos #3. Lobak memang bagus untuk mata manusia

Lobak adalah antara sayuran yang sangat kaya dengan vitamin A, nutrisi penting untuk memberikan penglihatan yang baik.

Pengambilan lobak akan membekalkan anda separuh jumlah vitamin A yang diperlukan untuk penglihatan yang baik.

Walau bagaimanapun, lobak bukanlah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin A.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nutrisi penting ini di dalam susu, keju dan kuning telur.

Mengamalkan diet makanan yang seimbang dengan pelbagai kandungan nutrisi juga penting sebagai cara menjaga mata dengan baik.

Mitos #4. Cermin mata buatkan anda bergantung kepadanya

Pemakaian cermin mata mampu untuk membantu memperbaiki penglihatan yang kabur ekoran masalah mata seperti rabun.

Ya, ia memang dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas selain tidak akan buatkan mata anda bergantung kepadanya.

Ini kerana cermin mata tidak akan merosakkan mata anda cuma mungkin anda akan jadi sudah terbiasa untuk dapat melihat jelas menggunakan spek.

Malah memakai cermin mata dengan preskripsi yang salah juga tidak akan merosakkan mata seperti mana yang dimomokkan.

Mitos #5. Individu buta warna melihat dunia hitam & putih

Seakan filem di zaman legenda P. Ramlee, ramai yang menyangka bahawa individu buta warna melihat dunia sebagai hitam dan putih.

Sebenarnya, memang ada individu malang yang sebegitu ekoran menghidap kebutaan terhadap warna dengan tahap paling teruk.

Pun begitu, ia sangat jarang berlaku dan kondisi ini biasanya hanya melibatkan kekeliruan terhadap warna terutamanya merah dan hijau.

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa kondisi ini juga adalah lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.

Mitos #6. Mata sensitif terhadap cahaya akibat pemanis buatan

Ada yang kata bahawa jika makan sesuatu yang manis, maka mata anda mungkin boleh jadi lebih sensitif terhadap cahaya.

Untuk pengetahuan anda, ia mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan dan pengambilan pemanis tiruan seperti cyclamate.

Selain itu, faktor lain seperti antibiotik, pil kontraseptif, ubat tekanan darah tinggi, diuretik dan diabetes juga boleh meningkatkan sensitiviti mata terhadap cahaya.

Mitos #7 – Kondisi juling air boleh dirawat

Strabismus, adalah istilah perubatan untuk mata juling dan ia adalah salah satu keadaan yang tidak akan pulih tanpa kaedah perubatan.

Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, kondisi ini sebenarnya mungkin boleh dirawat.

Pun begitu, kondisi mata juling air ini adalah lebih mudah diperbetulkan pada usia yang muda.

Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa melakukan ujian mata pada anak anda pada usia muda; kali pertama ketika anak masih bayi dan kali kedua ketika anak 2 tahun.

ketumbit mata

Mitos #8. Organ ini boleh didermakan pada orang lain

Tidak, adalah mustahil untuk mendermakan organ ini pada orang lain dan ia masih berfungsi kerana ia bersambung dengan otak!

Dalam pada itu, penyambung mata manusia dengan otak ini iaitu saraf optik, mengandungi lebih daripada 1 juta sistem saraf padanya.

Apabila sesuatu sistem saraf ini dipotong, ia tidak mungkin akan dapat disambung kembali meskipun pada tempat asalnya.

Jadi kini anda sudah tahu kebenaran di sebalik mitos tentang mata. Semoga artikel ini memberi manfaat pada anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/common-eye-vision-myths-facts
  2. https://www.stonybrookmedicine.edu/patientcare/ophthalmology/facts/eye-care-facts-and-myths
  3. https://preventblindness.org/common-eye-myths/
  4. https://kidshealth.org/en/parents/vision-facts-myths.html
  5. https://medlineplus.gov/ency/article/003029.htm
  6. https://www.lenstore.co.uk/eyecare/21-myths-about-your-eyes
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 17/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x