Mata merupakan antara deria yang penting dalam tubuh seseorang individu. Namun, terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh mengganggu tahap penglihatan dan mungkin boleh menyebabkan penyakit katarak mata atau glaukoma.
Dalam artikel ini, akan menerangkan tentang glaukoma dan jenis-jenisnya.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mata di sini.
Apa itu glaukoma?
Glaukoma adalah keadaan mata yang mengalami kerosakan saraf optik, yang berfungsi membekalkan maklumat visual ke otak dari mata, dan ia boleh menjadi semakin teruk dari masa ke semasa.
Ia biasanya disebabkan tekanan luar biasa di dalam mata. Semakin meningkat tekanan, ia akan dapat mengikis tisu saraf optik, yang mungkin mengakibatkan kehilangan penglihatan atau buta.
Masalah kesihatan ini adalah antara punca utama kebutaan yang dialami individu dewasa berusia 60 tahun dan ke atas. Namun, ia turut boleh berlaku kepada sesiapa dan ia cenderung untuk diwarisi.
Apakah yang mencetuskan penyakit katarak mata?
Bahagian belakang mata berfungsi untuk menghasilkan cecair jernih yang dipanggil humor berair (aqueous humor). Cecair ini akan memenuhi bahagian depan mata dan keluar dari mata melalui saluran yang terdapat di kornea dan iris.
Tetapi sekiranya saluran ini disekat atau sebahagiannya terhalang, tekanan semula jadi pada mata, yang dipanggil tekanan intraokular (intraocular pressure (IOP)), boleh meningkat dan berkemungkinan menyebabkan saraf optik menjadi rosak.
Faktor yang menyebabkan peningkatan tekanan mata tidak dapat diketahui secara tepat.