Terdapat dua jenis kolesterol utama iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). Pembentukannya juga sering dianggap buruk kerana disebabkan oleh keupayaannya yang menyekat arteri dengan jumlah yang berlebihan.
Sementara itu, HDL berfungsi sebagai kawalan kepada LDL yang mana ia membantu mengurangkan tahap LDL dan menyihatkan tubuh anda. Kolesterol tinggi didiagnosis apabila tahap LDL dalam tubuh melebihi hadnya.
Apakah punca kolesterol tinggi?
Jelas sekali, anda mahukan HDL mengatasi LDL. Bagaimanapun, dengan diet yang tidak baik dan gaya hidup yang tidak aktif, anda berisiko mendapat tahap kolesterol tinggi.
Lemak tepu yang ditemui dalam kebanyakan produk daging dan tenusu adalah salah satu penyumbang kepada diet yang buruk. Makanan lain termasuk telur dan organ haiwan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.
Selain itu, makanan yang mempunyai lemak trans iaitu sejenis lemak buatan manusia juga meningkatkan tahap LDL dan menurunkan HDL. Ini semestinya bukan apa yang anda mahukan untuk tubuh!
Makanan proses juga tidak syak lagi menjadi salah satu elemen berbahaya tambahan kepada diet anda. Tanda-tanda lain juga jelas bahawa anda akan mempunyai tahap kolesterol tinggi jika anda berlebihan berat badan atau obes.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen