Mungkin anda merupakan salah seorang yang pernah mendengar petua atau tip sebegini, minum jus atau makan epal hijau untuk merawat darah tinggi.
Jika anda belum pernah mendengar tip ini, mesti anda tertanya-tanya, benarkah epal hijau boleh bertindak sedemikian?
Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi? Bagaimana pula dengan epal merah?
Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, kami telah sediakan penerangannya melalui tulisan di bawah ini.
Adakah khasiat epal hijau boleh merawat tekanan darah tinggi dan kolesterol?
Sekiranya anda salah seorang individu yang sedang mencuba mengawal tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol tubuh, memakan epal mungkin boleh membantu anda.
Tetapi ia bukanlah terhad kepada buah epal hijau semata-mata. Mengapa?
Kerana epal lain seperti epal merah juga mengandungi kandungan serat tidak larut air yang boleh menurunkan kadar kolesterol.
Selain itu, epal juga mempunyai serat larut yang membantu penghadaman, gula yang sihat serta fitonutrien yang bekerjasama memberikan manfaat pada tubuh anda.
Buah epal juga boleh membantu anda mengawal berat badan dan mengurangkan risiko masalah berkaitan kardiovaskular disebabkan kandungan kalori yang rendah dalam buah epal ini.
Khasiat epal hijau, bagaimana ia boleh mengatasi masalah hipertensi
Menurut Dr. Sarah Brewer, seorang pakar pemakanan, anda boleh mengurangkan risiko hipertensi atau darah tinggi dengan memakan sekitar empat biji epal setiap hari.
Menurut kajian dari Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 2016, memakan empat biji epal atau lebih setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko darah tinggi sehingga sembilan peratus.
Menurut Dr. Sarah lagi, buah epal kaya dengan kandungan antioksidan yang disebut sebagai flavonoids, yang bertindak sebagai ACE inhibitor (perencat).
Quercetin antioksidan yang terdapat dalam kandungan buah epal, mempunyai kesan perlindungan pada saluran darah untuk meningkatkan keanjalannya. Ini antara khasiat epal hijau.
Menurut Dr. Sarah, kajian telah menunjukkan bahawa memakan buah epal bukan sahaja dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi, malah ia juga mengurangkan risiko komplikasi darah tinggi tersebut seperti serangan jantung.
Mereka yang memakan banyak buah epal mempunyai 41 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat strok trombotik, berbanding dengan mereka yang hanya memakan sedikit buah epal.
[embed-health-tool-bmi]
Serat larut dan serat tidak larut
Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal adalah amat penting untuk memastikan tahap tekanan darah berada pada kadar yang selamat.
Dengan memakan epal, ia dapat membantu anda mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan semasa anda.
Untuk pengetahuan pembaca, setiap biji epal yang bersaiz sederhana tidak mengandungi sebarang lemak dan hanya mengandungi 95 kalori.
Ia juga memberikan anda 4 gram serat yang menyebabkan anda mudah untuk membuang air dan mengenyangkan perut anda untuk jangka masa yang lama.
Buah epal mengandungi kedua-dua jenis serat larut air dan serat tidak larut air, yang mempercepatkan penghadaman dan juga mempunyai khasiat merendahkan kadar kolesterol tubuh pemakannya.
Ini antara khasiat epal hijau dan merah.
Anda mungkin berminat:
- Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap
- BERHENTI Percaya Nanas Buah Punca Keguguran! Ini 3 Kebaikannya Buat Kehamilan Yang Anda Tak Tahu
Kandungan asid urik
Kepekatan darah yang tinggi dengan kandungan asid urik mempunyai kesan antioksidan yang membantu tubuh anda melawan radikal bebas.
Asid urik plasma yang tinggi mungkin mengurangkan risiko anda untuk mendapat beberapa keadaan kardiovaskular yang kronik, termasuklah tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Menurut Linus Pauling Institute, Oregon State University, buah epal tidak mengandungi asid urik.
Walau bagaimanapun, gula semula jadi yang terdapat dalam buah ini masih lagi meningkatkan kandungan asid urik dalam darah.
Apabila anda memakan sebiji epal, hati anda akan memetabolisme fruktosa buah ini dengan cepat, merangsang pengeluaran asid urik dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam badan anda.
Khasiat epal hijau terhadap penyakit jantung
Pengambilan buah epal sememangnya mempunyai perkaitan yang jelas dengan pengurangan risiko masalah berkaitan kardiovaskular.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan epal telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kedua-dua penyakit kardiovaskular dan peristiwa kardiovaskular.
Menurut kajian tersebut lagi, wanita yang memakan epal dengan kerap mempunyai 13 hingga 22 peratus pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.
Kajian tersebut adalah berdasarkan Kajian Kesihatan Wanita, iaitu satu tinjauan yang dilakukan terhadap hampir 40,000 orang wanita.
Ia memeriksa perkaitan antara flavonoid atau pigmen berasaskan tumbuhan dengan kemampuan antioksidan dan penyakit kardiovaskular.
Kesimpulan
Secara umumnya, buah epal khususnya khasiat epal hijau dapat membantu anda mengurangkan tekanan darah yang tinggi. Walau bagaimanapun ia tidak terhad kepada jenis epal hijau sahaja.
Selain itu, jangan lupa untuk memakan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan kalium seperti buah pisang.
Buah pisang boleh didapati dengan harga yang murah, malah anda boleh menanam pokoknya di halaman rumah anda tanpa sebarang penjagaan yang ketat dan serius.
Jika doktor ada memberikan preskripsi ubat-ubatan untuk mengawal darah tinggi anda, jangan sesekali meninggalkan pengambilannya walaupun anda kerap memakan buah epal.
Epal sahaja tidak mencukupi untuk mengawal keadaan tekanan darah tinggi anda.