Kenangan Memudar Seperti Gambar-gambar Lama

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Sepertimana gambar-gambar lama, kenangan turut memudar dari semasa ke semasa. Ini adalah berdasarkan satu penemuan mengejutkan daripada pasukan penyelidik Boston College yang bukan sahaja menganggarkan bahawa ingatan akan menjadi kurang tepat, tetapi mendapati individu turut mengalami kemerosotan dalam kualiti kepelbagaian (vibrancy) dan visual memori mereka.

Salah seorang penyelidik yang juga saintis saraf kognitif, Maureen Ritchey menyatakan, apabila seseorang individu mengingati masa lalu, mereka mengingatinya dengan pelbagai tahap kejelasan yang berbeza dan kadangkala, sesetengah individu mengingati banyak butiran tentang peristiwa tersebut seolah-olah mereka menghidupkan semula peristiwa tersebut ketika mana ia berlaku. Beliau turut mengatakan, pada waktu yang lain, memori kadangkala kelihatan pudar, dan butirannya kabur. Penyelidikan berkaitan memori sebelum ini menunjukkan bahawa peristiwa penting yang melibatkan emosi – seperti kemalangan kereta – diingati dengan lebih jelas berbanding peristiwa harian. Ritchey turut menambah bahawa pasukan penyelidikannya ingin mengetahui sama ada kejelasan memori ini berkaitan dengan bukan sahaja mengenai apa yang diingati, tetapi bagaimana ia diingati – kualiti visual memori.

Dalam tiga eksperimen yang dilakukan, peserta mempelajari imej negatif dan neutral yang beremosi yang berbeza-beza dalam kualiti visual iaitu daripada aspek pencahayaan dan tepu warna. Mereka kemudiannya membina semula kualiti visual setiap imej dalam ujian berikutnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa memori telah diingati semula dengan kurang vibran secara visual berbanding semasa imej tersebut dikodkan, yang menunjukkan kesan memori yang menghilang.

Perkara-perkara berkaitan emosi negatif dialami apabila melihat gambar, meningkatkan kemungkinan bahawa imej akan dikenang dengan tepat tetapi tidak mempengaruhi kepudaran kenangan. Tambahan lagi, penilaian subjektif terhadap kejelasan kenangan adalah lebih rendah bagi memori yang kurang tepat dan untuk memori yang telah pudar secara visual.

Penemuan ini memberikan keterangan bahawa kepelbagaian (vibrancy) maklumat peringkat rendah – seperti warna dan bentuk yang berkaitan dengan peristiwa – memudar dalam ingatan manakala inti atau makna pengalaman tersebut dikekalkan.

Individu mungkin mengingati kehadirannya ke pesta muzik dan menonton band kegemaran mereka, tetapi keamatan pengalaman deria tersebut, termasuklah perkara berkenaan lampu pentas yang terang dan kekuatan bass, akan perlahan-lahan memudar daripada kenangan.

Menurut seorang lagi penyelidik yang juga penyelidik pasca kedoktoran, Rose Cooper, penyelidikan tersebut mendapati bahawa kenangan seolah-olah pudar secara literal: individu secara konsisten mengingati adegan visual secara kurang kepelbagaian (vibrancy) berbanding apa yang mereka alami pada asalnya. Pasukan penyelidikannya menjangkakan bahawa kenangan akan menjadi kurang tepat selepas penangguhan, tetapi mereka tidak menyangka bahawa akan ada pergeseran kualitatif ini dengan cara kenangan tersebut diingati. Mereka juga terkejut apabila mendapati bahawa kenangan yang beremosi tidak mempengaruhi jumlah kepudaran memori.

Cooper dan Ritchey berkata, langkah seterusnya pasukan penyelidikan itu adalah untuk mengetahui apakah sebenarnya yang menyebabkan kesan memori memudar – adakah ia berpunca daripada kelupaan atau gangguan daripada kehadiran maklumat baharu? Bagaimanakah ia dipengaruhi oleh perbezaan individu dalam ingatan bagi maklumat peristiwa-peristiwa jenis lain?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: April 9, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut