backup og meta

Penting Pilih Warna Pakaian Ikut Kesesuaian Tona Kulit, Ikut Tip Ini Untuk Hari Raya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Penting Pilih Warna Pakaian Ikut Kesesuaian Tona Kulit, Ikut Tip Ini Untuk Hari Raya!

    Kadangkala, warna baju, seluar, topi, tudung atau lain-lain pakaian adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan dan kecantikan individu. Persoalannya, apa warna yang sesuai untuk kulit gelap, cerah dan sederhana? Kulit sawo matang sesuai warna apa? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Kenapa warna pakaian itu penting?

    Kulit sawo matang sesuai warna apa?

    Dalam kehidupan seharian kita semua, adalah amat penting untuk tampil cantik lagi yakin supaya setiap individu itu mampu menjalani segala aktiviti mereka pada kualiti yang paling baik.

    Bukan sahaja dari segi solekan wajah atau dandanan rambut, pemilihan pakaian yang ideal warnanya, belang, jalur dan corak juga bakal memainkan peranan dalam meningkatkan keterampilan.

    Khususnya aspek warna pakaian, ia boleh memberi suatu tekaan, gambaran serta persepsi tentang personaliti individu itu daripada luaran sahaja, namun sudah tentu tidak akan begitu tepat.

    warna yang sesuai untuk kulit gelap
    Cuba dulu pakaian sebelum dibeli.

    Sebagai contoh, orang yang gemar mengenakan pakaian warna hitam sering kali dikaitkan dengan sifat pendiam dan pemalu sekali gus mendatangkan suatu persepsi personaliti seseorang individu itu.

    “Penggunaan pakaian yang penuh warna-warni termasuk merah, kuning, biru dan macam-macam lagi akan menghadirkan pelbagai manfaat positif terutama terhadap aspek emosi dan mental manusia,” jelas Pakar Psikologi Fesyen, Shakaila Forbes-Bell.

    Berbalik kepada persoalan dalam tajuk artikel, apa warna yang sesuai untuk kulit gelap, cerah atau sederhana sebagai pakaian?

    Malah lebih bagus lagi, mungkinkah wujud satu warna yang sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira putih, hitam, coklat dan lain-lain?

    Petua penting pilih warna pakaian!

    Gara-gara terlalu fanatik dengan fesyen selebriti popular dari Amerika atau Korea, ramai individu yang mungkin ingin cuba cara pakaian mereka tetapi tidak tahu kalau ia ‘kena’ atau tidak dengan diri.

    Akibatnya, anda mungkin bakal tampak sedikit ‘pelik’ ekoran pemilihan pakaian yang tidak sesuai sekali gus membuatkan tahap kecantikan dan keyakinan diri menurun dengan mendadak.

    Aspek utama yang perlu anda fikirkan adalah warna yang sesuai untuk kulit gelap, cerah dan sawo matang!

    Warna yang sesuai untuk kulit gelap

    Apa warna tudung untuk kulit gelap?

    Buat pemilik warna kulit gelap (hitam ke coklat dengan tona pekat), pakaian warna yang sesuai untuk kulit gelap adalah warna-warna primer seperti:

    • hitam
    • putih
    • merah
    • biru
    • kuning

    Apa yang lebih penting adalah individu juga harus mengelakkan daripada menggunakan warna pakaian terlampau kontra dengan warna kulit terutama warna striking termasuk pink dan turquoise.

    warna yang sesuai untuk kulit gelap
    Individu berkulit gelap tidak sesuai dengan tona warna terang.

    Warna yang sesuai untuk kulit cerah

    Bagi pemilik warna kulit cerah pula, anda boleh menggunakan variasi warna pakaian tanpa perlu khuatir sama ada tampak natural atau tidak.

    Anda dinasihatkan untuk memakai baju, seluar dan lain-lain pakaian dengan warna terang terutama dalam keluarga pastel agar dapat tampil lebih menarik serta menonjol.

    Kulit sawo matang sesuai warna apa?

    Sering bermain di fikiran dalam kalangan masyarakat Melayu, kulit sawo matang sesuai warna apa untuk anda pakai? Sebenarnya, jawapan tepat bagi soalan popular ini mungkin agak subjektif.

    Pun begitu, masih ada beberapa warna yang harus anda beri keutamaan contohnya merah hati, perak, kelabu atau hijau emerald kerana warna-warna sebegini amat sesuai untuk kulit sawo matang.

    Hindari daripada mengenakan pakaian yang berwarna coklat, emas, atau warna-warna lebih kurang sama dengan kulit sawo matang agar tidak nampak tenggelam!

    Warna yang sesuai untuk semua jenis kulit!

    warna yang sesuai untuk kulit gelap
    Antara cara buatkan kulit lebih glowing.

    Warna pastel untuk kulit gelap?

    Sekiranya anda mungkin kurang arif dan tidak peduli dengan warna yang sesuai untuk kulit gelap, cerah atau sederhana, anda harus mendapatkan satu warna pakaian dengan sifat universal.

    Warna hitam dan putih merupakan warna paling asas serta amat sesuai digunakan oleh setiap individu.

    Dalam pada itu, cuba elak daripada bereksperimen dengan pakaian berwarna ‘kuat’ dan ‘terang’. Ini kerana wujud risiko untuk ia menenggelamkan diri sendiri sekali gus menjejaskan keyakinan diri anda.

    Kesimpulan

    Mungkin benar bahawa warna pakaian mampu menilai persepsi personaliti individu tetapi apa yang lebih penting adalah ia menjamin keperluan, keselesaan dan keyakinan anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan