Tanda masalah jantung #5. Kesan kolesterol tinggi
Gumpalan darah mudah terbentuk apabila kolesterol, terutamanya kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), terkumpul terlalu banyak di dalam saluran darah.
Selain itu, kolesterol tinggi juga secara langsung boleh menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyakit lain yang turut mengganggu peredaran darah.

Kesan bagi kedua-dua keadaan ini pada akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung.
Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, anda perlu mengawal paras kolesterol dalam badan dengan baik dengan cara kerap melakukan senaman fizikal, selain fokus kepada pemakanan yang bernutrisi dan rendah kolesterol.
Bagaimana untuk menjaga kesihatan jantung?
Bagi mengelakkan tanda tanda masalah jantung, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan setiap hari.
Antaranya ialah mengawal tekanan darah dan juga mengawal paras kolesterol setiap hari.
Selain itu, pastikan berat badan juga tidak melebihi julat BMI yang disarankan.
Berhenti merokok dan amalkan pemakanan yang sihat juga boleh membantu memelihara kesihatan jantung untuk jangka masa panjang.
Tidak lupa juga, lakukan aktiviti fizikal setiap hari dan pastikan anda mengawal stres atau tekanan yang dialami.
Barulah jantung akan lebih sihat selain mengurangkan risiko mengalami penyakit atau komplikasi yang lain.
Selamat mencuba!
#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen